Daripada satu perbualan suami isteri ketika menikmati sarapan pagi di sebuah restoran di Kitajima, Jepun, ia bertukar menjadi sebuah realiti yang telah mengubah sepenuhnya hidup mereka.
Mengasaskan salun rambut muslimah El Rahah, Siti Rahah Mohd. Norin berkata, idea untuk mengusahakannya tercetus disebabkan kesukaran untuk mencari salun rambut muslimah sewaktu di zaman belajarnya.
“Ketika sedang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Johor, saya dan rakan-rakan gemar untuk ke salun selepas berakhirnya peperiksaan.
“Namun, situasinya agak sukar untuk saya disebabkan berhijab dan kewujudan salun rambut muslimah masih lagi kurang pada waktu itu.
“That’s the turning point macam mana saya dan suami dapat idea untuk buka salun di Johor.