Pada mulanya, tak minat pun berniaga namun atas dorongan emaknya untuk ‘terjebak’ dalam perniagaan. Menurutnya, mula-mula nak elak, tapi akhirnya Nur Shazliana sendiri minat untuk menjalankan perniagaan.
Beliau secara rasminya menyertai KME Pest sejak 3 tahun lalu. Walaupun di usia muda, Nur Shazliana sudah menguruskan syarikat dengan 15 kakitangan yang pastinya tak mudah. Ketika rakan sebaya masih mencari-cari arah, relaks, belajar ataupun bekerja, Cik Nur Shazliana sudah membina kerjayanya sambil menyambung pengajian secara sambilan.