Helicopter Money & Bisnes

Beberapa hari ini, dapat dilihat dalam media sosial memperkatakan soal ‘helicopter money’ atau dengan kata mudah bermaksud bank pusat mencetak duit baru untuk diberikan kepada rakyat yang dicadangkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ketika temu bual di radio BFM.

Menurutnya, langkah itu boleh diambil bagi membantu masyarakat yang terjejas khusus kepada golongan B40 dan M40 terkesan hingga nak masuk ke dalam B40. Langkah itu boleh disekalikan dengan cadangannya terdahulu -menghapuskan hutang B40.

Langkah ini dikatakan satu idea yang berani dan pemikiran di luar kotak oleh Pengerusi Movement for Monetary Justice, Ahamed Kameel Mydin Meera. Katanya, langkah itu bersesuaian dan boleh dilakukan ketika kegawatan di mana tahap kecairan wang yang rendah.

Kecairan wang rendah akan menekan kepada permintaan dan tak menarik pelaburan baru dalam ekonomi seterusnya memberi impak kepada keupayaan bank untuk mengeluarkan pinjaman baru.

Beliau juga faham kerisauan ramai orang bahawa langkah itu akan membawa kepada inflasi yang teruk dan mata wang ringgit akan jatuh. Namun ia dapat dielakkan dengan pengurusan yang berhati-hati.

Bagaimanapun, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PNB, Jalil Rasheed dalam ciapan Twitternya menolak idea supaya mencetak wang untuk membantu merancakkan ekonomi. Jelasnya, LANGKAH mencetak wang bukan penyelesaian buat Malaysia. Ia menurunkan nilai mata wang yang mana sekarang pun ringgit sudah cukup lemah. Katanya, negara seperti Zimbabwe dan Venezuela yang pernah melakukan helicopter money menyaksikan hiper inflasi.

Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang. Ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan serta boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang.

Apa kaitan dengan bisnes?

Kami di sini bukannya nak katakan yang mana satu LANGKAH betul atau tidak yang boleh diambil Kerajaan. Kami ingin menekankan soal LANGKAH betul dan tepat yang perlu diambil oleh sesebuah bisnes itu untuk terus dapat bertahan dan bangkit kembali pada masa ini.

Ketika ini, sudah tentu kesemua bisnes sedikit sebanyak terkesan ekoran pandemik Covid-19. Kebanyakan bisnes menyaksikan jualan dan pendapatan yang menurun.

Bagaimanapun, ada daripada bisnes itu telah menyaksikan kenaikan dan meraih pulangan lebih baik berbanding sebelum ini selepas mengambil LANGKAH tertentu.

Mengapa perkara ini boleh terjadi? Mesti ada sebabnya yang membuatkan bisnes yang menyaksikan kenaikan dan pertumbuhan positif ini walaupun dalam keadaan krisis ekonomi.

Pastinya ada LANGKAH yang betul diambil sesebuah bisnes itu bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa. Suatu LANGKAH perlu diambil sama ada pemikiran di luar kotak ataupun tidak. Apa yang penting adalah kesannya selepas langkah itu diambil.

Adakah ia akan membawa kebaikan atau keburukan pada jangka pendek dan paling penting jangka panjang?

Kajian Kes

Kami berikan anda salah satu contoh bisnes bersama RichWorks International yang menyaksikan peningkatan luar biasa ketika tempoh pandemik.

Bisnes Krukkrapmy International yang mengeluarkan produk snek – golden salted egg peyek. Founder, Puan Nuramalina Ahmad Baharuddin pada bulan Februari telah berjaya menyertai circle Titanium bagi mendapatkan bimbingan secara dekat bersama MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Itu merupakan LANGKAH yang diambil beliau hingga menyaksikan perubahan dan peningkatan luar biasa.

Buktinya, Krukkrapmy sudah mempunyai sebuah kilang yang dibina dan beroperasi pada bulan April lalu. Bukan itu saja, jualan hingga kini telah capai RM7 juta berbanding hanya RM400,000 pada tahun lalu. ‘Cetak duit’ ke apa ni?

Lebih 10 kali ganda atau secara tepat 17.5 kali ganda ye kenaikan jualan yang dicapai oleh Krukkrapmy.

Ini hanyalah salah satu daripada bisnes-bisnes yang mendapatkan pendidikan dan bimbingan bersama RichWorks International. Pelbagai peringkat bisnes telah pun menyaksikan peningkatan yang baik malah lebih baik lagi hasil daripada LANGKAH dan tindakan yang diambil.

Anda sebagai usahawan juga boleh mendapatkan hasil yang sama jika tahu caranya dan mengambil LANGKAH yang betul.

Apa-apa langkah yang nak diambil perlulah dikaji dulu untuk mengetahui kesannya. Tapi dengan adanya MenThor dan ilmu, bukankah lebih pantas untuk anda mendapatkan kejelasan dan kepastian ketika membuat sesuatu keputusan yang akan beri kesan kepada bisnes!

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Kenapa Buat Bisnes?

Ramai daripada anda rasanya tahu kenapa nak buat bisnes? Untuk nak jual produk atau perkhidmatan, nak cari pendapatan dan macam-macam lagi. Betul, tak salah, cuma