Fishing Buddies Academy : Kelas Memancing Online, Sales Meningkat Pada 2020

Fishing Buddies Academy : Kelas Memancing Online, Sales Meningkat Pada 2020

Siapa pun tak boleh menolak bahawa 2020 merupakan tahun yang sukar buat semua bangsa usahawan di luar sana termasuk Fishing Buddies Academy (FBA).

Bagaimanapun, Founder FBA, Syafi’e Abdul Shukor berjaya mengharunginya dengan menyaksikan peningkatan jualan pada Januari hingga November tahun lalu memecah tembok RM500,000 yang pertama.

Beliau merupakan pesara tentera dan atlit pemancing profesional syarikat memancing terbesar dunia, Shimano mula menyertai Program Mentoring SPIRE pada Januari tahun 2020.

Jualan yang dicapai berjumlah RM612,000 berbanding hanya RM225,495 pada 2019. Ia merupakan satu wins dan kejayaan buat dirinya. Apa yang lebih luar biasa, ketika itu kolam pancingnya terpaksa ditutup selama 6 bulan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan prosedur operasi standard (SOP) pada tahun lalu.

Ketika kolam pancing ditutup, beliau menumpukan perkhidmatan mengajar para pemancing menjadi pemancing profesional dan bagaimana memilih alatan yang sesuai secara atas talian sahaja.

Tuan Syafi’e kekalkan energy kerana yakin dengan energy yang tinggi income juga tinggi dan akan hasilkan results luar biasa.

Dalam tempoh PKP juga, beliau gandakan energy dengan buat Facebook Live sehari 4 kali. Buat pengetahuan anda, sejak 2019 sehingga ke hari ini beliau tidak pernah ponteng untuk Live di Facebook.

Malahan pada Ogos 2020, FBA ada sedikit isu tapi beliau berjaya selesaikan dengan cepat. Hasilnya sangat bagus dan dari bulan September sehingga Disember lalu, jualan beliau meningkat.

Bukan senang buat bisnes?

Jelas Tuan Syafi’e, bahawa hakikatnya susah nak berniaga berbanding tugasnya sebelum itu sebagai tentera.

Bisnes jadi susah sebabnya beliau tidak ada ilmu, banyak ‘langgar dinding’ yang sebenarnya boleh dielakkan jika ada ilmu dan bimbingan MenThor.

“Saya selalu pesan dekat student saya, kalau tak ada guru sukar nak lihat progress dengan lebih cepat.

“Malah selalu pegang 3B, macam selalu diberitahu Datuk Wira Dr. Azizan Osman iaitu Berilmu, Berguru dan Bermuhasabah”

Tuan Syafi’e

Beliau juga percaya setiap masalah adalah satu peluang.

Fishing Buddies Academy – Belajar Casting Online (BCO) :

Kini melalui FBA, kaki pancing yang serius nak tingkatkan ilmu ‘casting’ mereka bolehlah belajar secara online bersama beliau. Tak semestinya perlu ke kolam pancing atau pergi ke laut atau sungai baru boleh belajar casting ye.

Dulu ramai skeptikal untuk belajar memancing secara online. Tapi sekarang FBA ada lebih 3,000 student yang dibimbing di dalam & luar negara.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Orang Berjaya Dia Bersabar

Orang Berjaya Dia Bersabar

Tahukah anda, antara ciri orang berjaya ialah sabar. Mereka bersabarlah yang membuatkan dapat berjaya dalam bisnes malah kehidupannya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi orang