Executive Partner Najeehah : Suri Rumah Capai RM1 Juta Pertama Dalam 3 Bulan Sertai SPIRE

Executive Partner Najeehah : Suri Rumah Capai RM1 Juta Pertama Dalam 3 Bulan Sertai SPIRE

Mulanya hanya seorang suri rumah, kemudian memilih untuk berniaga bagi membantu meringankan bebanan suami dan bai anak-anak hidup lebih selesa.

Kini, Puan Hanisah Daniel yang lebih dikenali sebagai Kak Niss merupakan Executive Partner Najeehah di Sabah yang membantu suri rumah yang lain menjana pendapatan luar biasa bagi meringankan beban suami dan realisasikan impian mereka.

Bahkan, beliau yang hanya jual produk orang lain berjaya mencatatkan pencapaian luar biasa selepas hanya 3 bulan sertai Mentorship SPIRE pada Jun 2020 dengan mencapai jualan RM1 juta pertamanya.

Bagi jualan sepanjang 2020, ketika sesetengah orang masih bergelut dan mencari jalan, beliau dan team Fynaz Rich Empire mencatatkan jualan berjumlah RM1.5 juta berbanding hanya RM456,008 pada 2019.

Bagaimana Executive Partner Najeehah capai RM1 juta pertamanya?

Tiga perkara betul yang buatkan Kak Niss mencapai RM1 juta pertamanya pada tahun lalu apabila beliau fokus kepada target yang jelas, konsisten buat orang nampak melalui iklan dan team yang allign dengan matlamat mereka semua.

Tambahnya, untuk nak pergi jauh dalam bisnes, kena upgrade diri dan ilmu, kuatkan sikap kepimpinan bagi memimpin team dengan betul.

Bagi beliau sikap leadership sangat penting untuk memastikan team sentiasa bersama-sama capai matlamat. Sebab itu, memastikan team jelas dan faham dengan visi dan misi syarikat salah satu rahsia kejayaannya.

“Tidak perlu jual banyak produk, fokus (satu) dan buat gila-gila, sabar serta trust the process.”

Menurutnya lagi, beliau bersama RichWorks untuk bina bisnes yang berjaya kerana percaya dengan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan team RichWorks boleh bantu sebab sudah terbukti ramai yang berjaya.

Dalam SPIRE, membuatkan beliau lebih berkeyakinan dalam menguruskan team disamping berkongsikan ilmu-ilmu kepada mereka.

Bukan itu saja, circle dalam SPIRE semua hebat-hebat hingga buatkan beliau sentiasa terbakat melihat sendiri pencapaian usahawan yang lain.

Bagi Kak Niss, beliau melihat bagi seseorang itu nak berjaya dalam bisnes perlu banyak bersabar dalam perjalanan bisnes mereka, betulkan mindset disamping mempunyai matlamat jelas agar tidak kira apa cabaran datang mereka tak akan mudah mengalah.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Kita Buang Masa Bila…

Kita Buang Masa Bila…

Ya benarlah kata pepatah, masa itu emas. Kita akan buang masa bila… 1/ Kita buang masa bila kita tidak berterus terang dalam berkomunikasi sesama kita;

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Kerja berpasukan yang hebat dapat memberikan impak positif kepada bisnes anda. Ia dapat membuatkan kerja-kerja team dapat berjalan dengan lancar bagi mencapai sasaran dan matlamat