Entrepreneur Foundation Program
Nak menjadi USAHAWAN yang faham dengan jelas tentang Cashflow, Perakaunan, dan Bagaimana Nak Memudahkan Anda Dapat Loan Untuk Kembangkan Bisnes
Anda adalah?
Usahawan/Founder/Bisnes Owner/ yang baru berjinak dalam dunia bisnes
Tapi.. anda pasti ke anda dah ada mindset seorang USAHAWAN? Atau sibuk fikir nak kejar sales je sampaikan buat bisnes main hentam je. Tak fikirpun bisnes anda tu ada sistem yang betul tak? Ada sistem akaun yang betul tak? Bisnes tu berdaftar dengan SSM ke tak? Buat bisnes under Enterprise ke Sdn Bhd? Yang mana satu lagi baik?
bisnes owner yang dah buat sales lebih dari RM 50K sebulan
Tapi.. rasa macam dah kaya sebab boleh buat sales banyak.. tapi hujung bulan tak pernah nampak duit tu. Tak pernah tahu ke mana perginya duit syarikat. Isunya, nak cakap pasal DUIT, anda tahu tak Profit & Loss Statement (P&L), dan Balance Sheet tu apa? Paling teruk tak pernah tahupun apa itu Payment Voucher.
Bisnes owner yang dah berniaga lebih dari 3 tahun
Tapi.. masih gagal nak capai jualan RM 1 juta! Itu maknanya CASHFLOW bisnes anda memang tengah bermasalah. Anda tak pernah dapat simpan DUIT UNTUNG bisnes, baki akaun bank bisnes KOSONG, DUIT KELUAR (perbelanjaan) lagi banyak dari DUIT MASUK (jualan).
Buat bisnes tak pernah tahu MARGIN keuntungan sebab terlalu sibuk nak lawan harga dengan pesaing sampaikan kos pun tak dijaga dengan betul. End up terpaksa tanggung kerugian nak cover kos operasi, kos marketing, kos jualan dan kos-kos tersembunyi.
bisnes owner yang rasa bisnes dah kukuh dan bersedia nak kembangkan syarikat
Tapi… sibuk lari dari bayar cukai kononnya takut dengan LEMBAGA (LHDN) dan KASTAM. Nak bayar cukai pun tak tahu macam mana nak bayar.. tak tahu proses, tak faham cara mudah dan tak ada kesedaran yang betul pasal cukai
Jika anda adalah golongan bisnes owner di atas, pasti anda sedang mengalami masalah pengurusan bisnes seperti ini:
Nak buat loan untuk besarkan lagi bisnes tapi asyik kena reject dengan pihak bank sebab profil kewangan tak cantik
Takut nak bayar cukai sebab takut nanti bisnes tak ada untung sebab kena bayar cukai yang mahal. Ada yang tak tahupun macam mana nak bayar cukai, berapa jumlah cukai sepatutnya nak kena bayar dan tak tahu pun apa jenis cukai yang nak dibayar.
Sales masuk banyak, tapi bisnes tak buat untung.. untung tak sampai 10% pun. Penat je berniaga dari pagi sampai malam tapi tak pernah nampak duit untung bisnes.
Tak tahu selama ni buat bisnes kira kos produk dan servis betul ke salah. Buat main hentam je.. letak harga ikut pesaing, kadang-kadang tu lagi rendah dari pesaing. Tapi tak kira dan kenalpasti dulu berapa kos untuk satu produk dan servis yang anda tawarkan. Penyudahnya, bisnes tak ada untung pun.
Dah hire staf tapi semua kerja masih buat sendiri. Sebab masa interview dulu tak set context betul-betul dengan staf tu. Pilih staf pun main hentam je.. tak tahu apa cara yang betul untuk pilih staf. End up dapat staf yang asyik balik awal sedangkan kerja tak siap lagi, staf tak buat kerja, staf cuti ikut suka hati macam dia pulak boss. Last-last anda makan hati je tengok perangai staf.
Produk dah banyak demand, tapi masih takut nak ambil staf sebab takut tak mampu nak bayar gaji staf. Macam mana nak bayar, tak pernah tahu urus duit bisnes, last-last duit pun tak ada. Diri sendiri pun tak ambil gaji, nak kira gaji untuk staf lagilah tak tahu.
Hari-hari sakit kepala, stress sebab kena fikir nak rolling modal bisnes setiap bulan.
Stok masuk banyak, dah jual bagi habis. Tapi jumlah sales dengan stok selalu tak tally
Entrepreneur Foundation Program
Apa Anda Pelajari?
Topik 1 : Penubuhan Entiti Perniagaan
- Bagaimana nak tahu anda berniaga secara sah
- Bagaimana nak tahu bisnes kita patut berada di tahap Enterprise atau dah tiba masa untuk upgrade ke Sdn Bhd
- Bagaimana kita jadi bijak dan lebih arif tentang peranan Company Secretary, Akauntan, Auditor & Agen Cukai.
- TERBARU! Format Rumah Pematuhan yang lebih komprehensif!
Topik 2 : Pengurusan Aliran Tunai Perniagaan
- Apa yang kita perlu tahu sebagai seorang pemilik bisnes
- Bagaimana nak elak situasi berniaga lama tapi tak pernah nampak duit / hasil jualan
- Bagaimana nak betulkan aliran tunai yang salah urus
- Bagaimana nak tahu duit hari-hari
- TERBARU! Jadual Urus Duit Setiap Hari!
Topik 3 : Kos & Harga
- Bagaimana nak tahu sebenarnya bisnes kita menguntungkan atau tidak
- Bagaimana nak elak kita Bisnes walaupun Jualan ada tapi masih rugi juga.
- Bagaimana nak belajar asas pengiraan kos dan penetapan harga produk atau servis Bisnes kita.
- TERBARU! Sample Kiraan Kos Ikut Jenis Perniagaan
Topik 4 : Harta Intelek
- Bagaimana nak jaga jenama kita dari elak dicuri oleh orang lain.
- Apa itu sebenarnya harta intelek dari sudut pemahaman SME.
- Bagaimana nak kenalpasti kategori yang ada dalam perlindungan harta intelek.
- TERBARU! Apa pentingnya lindungi jenama bila bisnes sudah berkembang
Topik 5 : Pengurusan Sumber Manusia
- Bagaimana nak pastikan kita menjadi majikan yang mengambil pekerja secara sah dari segi undang-undang.
- Bagaimana nak pastikan kita mengambil pekerja dengan proses yang betul.
- TERBARU! Belajar tentang Pindaan Akta Kerja 1955 yang bakal berkuatkuasa pada 1 Jan 2023
Topik 6 : Perakaunan & Laporan Kewangan
- Mudah fahami dan analisa Balance Sheet (Kunci Kirakira) + Profit & Loss Statement (Penyata Untung Rugi).
- Belajar dengan lebih jelas kedudukan perniagaan anda dari sudut kewangan + Untung/ Rugi.
- TERBARU! Contoh P&L dan Balance Sheet yang mudah faham.
Topik 7 : Percukaian
- Bagaimana untuk patuh cukai dan bayar cukai yang betul.
- Bagaimana nak bina profil diri dan bisnes dengan aturan cukai yang baik.
- Belajar asas Urus Cukai sebagai seorang Pemilik Bisnes dan Pembayar Cukai Pendapatan di Malaysia.
- TERBARU! Senarai Semak Cukai Pendapatan PERIBADI + BISNES
Topik 8 : Perundangan
- Bagaimana nak pastikan perjanjian kita dengan vendor, pembekal dan pihak ketiga adalah guna dokumen yang betul.
- Bagaimana nak pastikan hak kita sebagai pemilik bisnes terjaga dari segi undang-undang.
- BONUS: Beberapa contoh Agreement termasuk KONTRAK KERJA!
Topik 9 : Perbankan
- Bagaimana memaksimakan potensi bisnes kita supaya
‘disukai’ oleh pihak Bank untuk dapatkan bantuan pinjaman. - Bagaimana kita boleh kembangkan bisnes kita ke tahap
lebih tinggi dengan memaksimakan modal yang ditawarkan oleh Bank. - TERBARU! Checklist Formula 5C untuk mudah dapat loan.
Topik 10 : Kalendar Pematuhan
- Apakah yang perlu dipatuhi untuk tahun kewangan berakhir
- Tarikh Penyerahan Anggaran Cukai (CP204A)
- Pembayaran Cukai Pendapatan & SST
- Pembayaran cukai pendapatan bulanan berdasarkan anggaran cukai yang telah diserahkan
- Pembayaran SST untuk tempoh dua bulan terakhir
- Tindakan Berkaitan Pengurusan Gaji
- Penyediaan dan Penyemakan Akaun
Betul ke Entrepreneur Foundation Program (EFP) ni membantu? Ini pengalaman mereka yang dah hadir ke EFP
Kos dan Harga? Ramai usahawan tak ambil berat tentang pengiraan kos dan penetapan harga yang betul.
“Selama ni kita hanya tahu nak letak harga jualan tu hanya ikut harga pasaran. Sedangkan kita kena kira dulu berapa kos yang sebenar atau kos yang terlibat dalam bisnes kita.
– Puan Nur Adlina – Founder Sugary By Dlina –
“Saya belajar dengan RichWorks dah setahun dan banyak ilmu yang saya dah dapat. Di EFP sendiri saya belajar tentang buka akaun bisnes. Saya dah tahu sebelum ni, tapi bila datang EFP dan diajar dengan lebih detail, saya lebih faham dan mudah nak ajar pada orang lain jugak.”
– Sharif Amir – Pengurus SS Rezki –
Bab duit, kalau kita tak control jawabnya hancurlah bisnes, koyaklah cashflow tu.. macam tu jugaklah pengalaman sendiri Puan Nurfatin sebelum ni.
“Sebelum ni, Company Secretary yang saya hire tu tak pernah cerita sedetail macam ilmu yang saya dapat di Entrepreneur Foundation Program (EFP). Bisnes yang baru nak bermula macam saya ni, sekarang saya dah tahu macam mana nak urus dari segi duit masuk, duit keluar.. macam mana nak control.”
– Puan Nurfatin – Kingdom of Roadtax –
Entrepreneur Foundation Program
Untuk pembayaran Instalment boleh hubungi team sales kami dengan tekan butang Whatsapp di bawah.
PENAFIAN: Program Latihan RichWorks direka untuk membimbing Klien untuk belajar bagaimana untuk mencapai kejayaan secara konsisten dan membuat pilihan yang sesuai. Walaupun usaha sebaiknya telah diambil untuk mengekalkan Privasi Pelanggan, RichWorks tidak memberikan jaminan dalam hal ini atau untuk maklumat yang dikomunikasikan oleh dan antara Klien dalam program ini. Kejayaan Klien juga merupakan hasil daripada beberapa faktor termasuk motivasi dan niat peribadi, sikap, pengetahuan, ketekunan, kerja keras dan tekad.
Hak Cipta Terpelihara © 2024 | Polisi Privasi | RichWorks International Sdn. Bhd. (909099-W)