Dulu Sampai Akaun Bank -VE. Founder Ubaila Bangkit Membina Bisnes Berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Dulu Sampai Akaun Bank -VE. Founder Ubaila Bangkit Membina Bisnes Berjaya

Siapa sangka, dulunya Founder dan pemilik Ubaila Enterprise, Tuan Mohd Zulhelmy Hishamuddin pernah mengalami kesusahan hingga dalam akaunnya bukannya kosong sebaliknya negatif.

Hinggakan beliau tidak tahu apa yang hendak di makan pada esok harinya. Bukan itu saja ada ketika beliau terpaksa keluar dari rumah sewa sebab sudah tak mampu bayar sewa.

Adakah anda pernah mengalami situasi sama seperti beliau ini? Jika ya, jangan cepat mengalah, cari jalan dan berusaha untuk mengatasinya.

Pencapaian Ubaila

Kini, beliau dengan jenama bisnesnya Ubaila yang menyediakan blouse muslimah plus size kegemaran akak-akak cantik & comel di Malaysia berjaya capai jualan berjumlah RM1.558 juta

Malah team yang dahulunya datang dan pergi kini bertambah sebanyak 10 orang, pejabat yang lebih besar dan pada tahun 2020 Ubaila Enterprise berjaya capai JUALAN jualan sebanyak RM 1.55 juta berbanding RM567,000 pada 2019.

Beliau yang sebelumnya bekerja sebagai Air Traffic Engineer berkongsikan bila bisnes beliau dapat bersama anak-anaknya hampir 24 jam di depan mata.

“Kepercayaan dan kebergantungan kepada Allah SWT lebih kuat. Alhamdulillah semakin saya faham yang Allah jaga kita sekiranya kita jaga Allah.”

Tuan Mohd Zulhelmy

Banyak aspek dalam kehidupannya semakin berubah ke arah lebih baik termasuk dari segi perhubungan dengan isteri, anak-anak dan keluarga.

Terdahulu, ketika masih bekerja beliau menyertai program RichWorks, Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada Mei 2016. Daripada situ, beliau ambil keputusan untuk berhenti kerja walaupun tanpa ilmu yang cukup dan kewangan yang masih belum bagus.

Beliau bantu bisnes dijalankan isterinya namun ada saksikan jatuh dan bangun disebabkan tak ada ilmu yang cukup dan betul ketika itu.

Bagaimanapun selepas menyertai program-program RichWorks hinggakan kini sudah pun menyertai program mentoring Titanium.

Berkat berada di dalam circle yang betul dan tuntut ilmu bisnes yang tepat, strategi dan teknik yang digunakan dalam bisnesnya makin bagus.

Dalam program latihan dan bimbingan RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman, beliau betulkan perkara core dalam bisnes iaitu mindset dan perbetulkan diri.

“Mindset dan perbetulkan diri yang ini paling core dalam bisnes yang selama ini saya tak tahu.”

Selain itu, beliau kini lebih tahu dan jelas dengan soal pengurusan cash flow dan cost analysis. Dan pastinya konteks bisnes secara keseluruhannya.

Datuk Wira Dr Azizan Osman dedahkan bahawa bisnes ini adalah untuk tinggalkan legasi. Bahagian demi bahagian dan langkah demi langkah untuk mencapainya, insyaAllah.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Pengertian Raya Aidilfitri

Pengertian Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri kali ini pastinya disambut dengan berlainan. Demi memastikan keselamatan dan melindungi nyawa orang ramai, kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP

Senyuman Dalam Bisnes

Dalam bisnes, peniaga mesti selalu senyum. Senyuman bukan setakat dapat melembutkan hati pelanggan, tetapi ia merupakan amalan sedekah yang dituntut ketika berniaga. Rasulullah s.a.w sendiri

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan