Wow! Dulu Founder Not Found, Sekarang Berjaya Dengan Jual Produk Orang Lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Dulu Founder Not Found, Sekarang Berjaya Dengan Jual Produk Orang Lain

Sebelum ini, usahawan wanita ini bukan saja berniaga malah jadi Founder produk tetapi tak berjaya. Mulakan bisnes hanya untuk jadi Founder, bila rasa susah jadilah ‘Founder Not Found’.

Malah matlamat ketika itu pun nak kaya saja, hanya tahu buat bisnes untuk jual beli dan untung.

Dulu Founder Not Found, Sekarang Berjaya Dengan Jual Produk Orang Lain

Associate Executive Partners (AEP) Faith Fleur, Fellyzra Elvya Pojol berkongsi, turning point beliau untuk berubah pada awal apabila adik lelakinya menyatakan beliau menyusahkan ibu bapa saja.

Sebab adik Cik Felly kata, dia pergi sambung pengajian ke peringkat Master sehingga ibu bapanya terpaksa buat pinjaman sampai di rumah makan nasi, telur dan sardin saja.

Ketika itu, Felly yang merupakan anak sulung berasa seperti seorang yang ‘loser’. Dalam usia 25 tahun, masih mengharapkan duit ibu bapa.

Kemudian beliau menyertai Faith Fleur sebagai dropship pada mulanya apabila menghadapi masalah keguguran rambut.

Apabila melihat keberkesanan produk itu, beliau berminat dan serius dalam Faith Fleur – dari dropship menjadi ejen kemudian stokis dan akhirnya AEP atau kata mudahnya sebagai master stokist.

Sebelum ini, kedua ibu bapanya hilang kepercayaan bila beliau buat bisnes akibat kesilapan yang lalu. Malah lebih teruk, ibu beliau tidak izinkan untuk jalankan bisnes.

Beliau sedar dia perlu dapatkan kepercayaan ibu bapanya dengan menunjukkan results. Pada bulan September 2019, beliau berjaya capai RM10 Ribu yang pertama. Pada bulan seterusnya beliau cabar diri untuk jadi stokis dan bantu lebih ramai orang.

Perubahan dapat disaksikan apabila dibimbing MenThor, berada dalam circles yang baik dan membetulkan niatnya untuk bantu lebih ramai orang lain. Kemudian secara tak langsung, bisnes juga akan berkembang.

“Ada MenThor, kita lebih jelas. Dulu tak ada MenThor, apa saya rasa betul saya buat saja, tak ada hala tuju dan itu sebabkan Felly gagal berkali-kali (dalam bisnes) pada masa dulu.”

Bukan itu saja, beliau sudah dapat hadiahkan gelang emas buat maknya. Dulu dari kecil lagi beliau asyik lihat ibunya masuk kedai emas, tapi tak mampu beli satu pun.

Beri wang saku pada ibu bapa dari RM500 dan semakin bertambah ke RM1,000 sebulan. Setiap kali jika mereka kekurangan wang, beliau pasti berjaya hulur bantuan walaupun masih bergelar pelajar sepenuh masa dan bergantung pada income bisnes.

Beliau yang berada dalam Program Mentoring Spire terus menyaksikan perubahan dan pencapaian yang meningkat dengan menjual produk orang lain tanpa perlu pun menjadi Founder pun.

Cik Felly kini sedang membina bisnes yang berjaya dengan menjual produk orang lain. Anda juga boleh menjadi seperti beliau tanpa perlu pun menjadi Founder!

Siapa kata bukan Founder tak boleh berjaya, buat duit?

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Anda mahir menggunakan Facebook untuk tujuan peribadi anda? Mengapa tidak buat duit dengan bisnes melalui Facebook? Anda boleh menggunakan Facebook sebagai alat pemasaran sepenuh masa