business metamorphosis bootcamp

Business Metamorphosis Bootcamp

Jadikan Bisnes Mampu Beroperasi Tanpa Anda!

Dapatkan Formula “Proven Success Results” Yang Telah Berjaya Lahirkan Lebih 350 Usahawan Jutawan Pada Tahun 2020-2021 Bersama RichWorks

PERHATIAN: Tawaran ini hanya terhad untuk 1,000 usahawan terawal sahaja. Adakah anda salah seorang daripada mereka?

Business Metamorphosis Bootcamp
03 – 05 Jun 2022

Mahukan Bisnes Mampu Beroperasi Tanpa Anda!

Dapatkan Formula “Proven Success Results” Yang Telah Berjaya Lahirkan Lebih 350 Usahawan Jutawan Pada Tahun 2020-2021 Bersama RichWorks

PERHATIAN: Tawaran ini hanya terhad untuk 1,000 usahawan terawal sahaja. Adakah anda salah sorang daripada mereka?

37,415

Bisnes gulung tikar sepanjang pandemik Covid-19

RM40.1 B

Jumlah minimum wang yang ada di dalam pasaran sekarang

1,424

Bisnes yang telah melalui fasa transformasi di bawah bimbingan RichWorks pada tahun 2021

Dari meja Datuk Wira Dr Azizan Osman

20 April 2022

METAMORPHOSIS

Metamorfosis bagi saya bermaksud sesuatu perubahan besar atau transformasi dalam hidup.

Kebanyakan daripada kita tanpa disedari, sebenarnya sudah pun mengalami metamorfosis.

Bagaimanapun untuk mendapatkan metamorfosis atau transformasi lebih baik, ia perlu dilakukan dengan consciousness atau secara sedar.

Bagi usahawan, saya umpamakan mereka ini seperti beluncas dalam kitaran hidup sebelum menjadi kepompong dan akhirnya terbang sebagai kupu-kupu.

Tapi tahukah anda, fasa kepompong adalah masa yang sangat genting, sukar untuk menentukan sama ada ia dapat meneruskan kitaran hidupnya.

Berada dalam ruang yang kecil, tanpa makan minum dan bergantung kepada bekalan tersimpan dalam badan, malah terdedah kepada ancaman luaran.

Kepompong yang dibentuk pula perlu dipecahkan sendiri oleh bakal kupu-kupu.

Kajian saintis mendapati apabila beluncas cuba ‘dibantu’ dengan memecahkan kepompong agar memudahkan ia keluar, serangga itu lebih mudah mati.

Kupu-kupu tidak dapat survive apabila mereka tak mengikuti proses memecahkan kepompong.

Ketika fasa kepompong itulah, umpama seseorang usahawan yang sedang menerima tekanan dan perubahan, jadi adaptasi perlu dilakukan.

Mereka perlu bertahan malah melalui proses perjalanan dalam membina bisnes yang berjaya. Ingat apa saya selalu katakan:

“Trust the process!”

Sebagai usahawan, anda perlu percaya kepada proses yang perlu dilalui dengan melakukan tindakan, strategi dan panduan diberi.

Dari proses inilah, ramai usahawan berjaya terhasil terutamanya anak bangsa saya.

Di sinilah lahirnya usahawan jutawan dan RichWorks memang ada banyak bukti-bukti kejayaan anak didik yang menyaksikan transformasi hingga mencapai jualan bukan setakat jutaan, malah puluhan dan ratusan juta.

Dalam membina bisnes berjaya, usahawan perlu melakukan metamorfosis yang memerlukan tiga perkara ini:

1. Mempunyai matlamat yang lebih besar.

2. Bila ada matlamat yang besar maka ia memerlukan tindakan besar bersama tekanan padanya.

3. Proses transformasi tahap tinggi itu berlaku dengan sengaja.

Tiga perkara ini menunjukkan apa yang diperlukan untuk metamorfosis. Jika tak nak berubah, maka hidup kita ini boleh reverse atau terkebelakang.

Ini yang saya saksikan sendiri daripada bimbingan yang pernah diberikan kepada ramai usahawan yang membina bisnes berjaya bersama kami.

Khas untuk anda…

Business Metamorphosis Bootcamp

BAGAIMANA UNTUK ANDA SERTAI BMB?

Anda akan hadir ke Sesi Konsultasi Bisnes sebelum anda ke Business Metamorphosis Bootcamp untuk kami lebih faham situasi dan cabaran yang sedang anda hadapi sekarang dan pastikan anda betul-betul ready untuk dibimbing oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Anda boleh pilih salah satu sesi di bawah untuk teruskan permohonan anda.

PERHATIAN: Kami hanya mencari 1,000 bangsa usahawan yang komited untuk transformasi bisnes. Slot adalah TERHAD.

Panggilan Telefon (30 Minit)

Anda akan bercakap secara langsung dengan salah seorang pegawai RichWorks untuk dapatkan konsultasi bisnes anda.

Mereka akan menjelaskan lebih terperinci mengenai Business Metamorphosis Bootcamp dan menjawab segala persoalan mengenainya.

Dalam masa sama, mereka akan memahami situasi bisnes anda untuk bantu kenal pasti apa isu dan penghalang menyebabkan bisnes anda kekal pada tahap sama. Pilih slot masa yang bersesuaian dengan anda.

Sesi BEST (2 jam)

Program khas buat anda yang komited nak saksikan perubahan dalam bisnes secara PERCUMA.

Anda akan dijemput hadir ke Pejabat RichWorks di Shah Alam atau secara Online melalui platform ZOOM selama 2 jam.

Speaker RichWorks akan mendedahkan bagaimana untuk memahami bisnes dengan lebih teliti dari pelbagai aspek.

Di samping itu, kenal pasti halangan yang menyekat anda dari terus berkembang ke tahap lebih tinggi.

Mereka telah berjaya. Kini giliran anda!

“Komitmen dan dedikasinya untuk membina perniagaan kami seperti perniagaanya sendiri adalah sangat luar biasa. Datuk Wira Dr. Azizan Osman tidak pernah gagal untuk sentiasa berhubung dengan kami sekurang-kurangnya seminggu sekali sama ada melalui emel, telefon, video, zoom atau kadang-kadang secara peribadi. Dengan bimbingannya, dari kami tidak punya apa-apa, kini mempunyai rangkaian besar lebih daripada 25,000 ejen dan berkembang dengan lebih laju.”

NUR AINI ZOLKEPELI
SAIFUL ANUAR SELIMAN

Pengasas
Nurraysa Global Sdn Bhd

“Kesukaran hidup sebelum ini sehingga tidak mampu membeli susu anak telah menjadi Big why kenapa kami ingin berubah. Selepas menyertai Program Mentorship Datuk Wira Dr. Azizan, kehidupan kami mula berubah daripada sebuah mesin jahit kepada mempunyai warehouse sendiri bagi memenuhi permintaan pelanggan. Kejayaan Sabella ini diperoleh daripada hasil didikan dan bimbingan MenThor yang tanpa henti ingin membantu dan mengubah hidup ramai masyarakat di luar sana.”

MOHD SUFIAN SULAIMAN
SITI FATIMAH ABD SAMAT

Pengasas
Sabella Holding Sdn Bhd

“Siapa sangka seorang guru bergelar ustaz mampu membina sebuah perniagaan baju kurung yang menjana jutaan ringgit. kami percaya dengan ilmu dan didikan mampu mengubah hidup dan boleh membantu lebih ramai masyarakat. Ilmu yang kami dapat sepanjang bermenThorkan Datuk Wira Dr. Azizan Osman a telah menjadi bukti bahawa sesiapa juga mampu mengubah hidup daripada biasa-biasa kepada luar biasa.”

MOHD HASBULLAH AWANG @ HASSAN
NURIAH ZAKARIA

Pengasas
Hasnuri Sdn Bhd

“Pada awalnya Madammu hanya berkongsi minat secara Live di Facebook tanpa ada niat untuk memulakan perniagaan. Tergiang-giang di telinga kata-kata Datuk Wira Dr. Azizan Osman, apabila buat Facebok Live jangan kira berapa orang yang tengok, kira berapa kerap live boleh bantu ramai orang. Alhamdulillah, dengan bimbingannya, kini Madammu sudah membantu ramai wanita di luar sana untuk mencari pendapatan dan mengubah hidup mereka”.

ERIYCA BAIDURI
MUHAMMAD AZRI CHE NOH

Pengasas
Noir Health & Beauty Sdn Bhd

“Didikan dan bimbingan yang diberikan oleh Datuk Wira Dr. Haji Azizan Osman telah mengubah hidup kami daripada seorang jururawat dan perniaga pasar malam kepada usahawan yang mempunyai ribuan agen dan stokis. Kesungguhan dan komitmen beliau untuk membantu ramai orang di luar sana telah memberi kesan luar biasa dalam hidup kami dan Team Faith Fleur. Kini, bisnes kami berkembang maju dan telah memiliki billboard di seluruh Malaysia”

SITI MARIAM ABD SAMAD
MUHAMAD ABDUL HALIM BAHADORISAM

Pengasas
Ctymary Resources Sdn Bhd

“Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah menjadi mentor luar biasa kepada saya. Kesediaannya untuk berkongsi sendiri pengalaman serta kebijaksanaanya sambil mendengar semua permasalahan saya dengan teliti membuatkan inilah sifat yang saya pelajari daripadanya. Sebagai mentor, dia selalu berusaha untuk membantu saya menjadi “versi saya” yang lebih baik daripada cuba merangka saya kepada perspektifnya. Sokongan berterusannya sepanjang saya menjadi menteenya memang tidak ternilai.”

NAJIB ASADDOK

Internet Entrepreneur & CEO
Momentum Internet Sdn Bhd

liputan dalam dan luar negara

© 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193