sellection.com : Mula Bisnes Muffin, Kini Miliki Bisnes Online Outlet Premium Pertama Di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
sellection.com : Mula Bisnes Muffin, Kini Miliki Bisnes Online Outlet Premium Pertama Di Malaysia

Siapa sangka, Founder dan Ketua Pegawai Operasi (COO) sellection.com, Puan Nor Rafidah Khairuddin dulunya bermula dengan menjual muffin pisang dan kini sudah ada butik sendiri.

Malah apa yang membanggakan, usahanya diiktiraf hingga menjadi Bisnes Online Outlet Premium pertama di negara ini.

Beliau bersama suaminya, Tuan Abdul Hadi Wisman kini berusaha bagi terus mengembangkan sellection.com ini hingga ke tahap lebih tinggi lagi. Bukan itu sahaja sales yang berjaya dicapai Puan Rafidah ialah RM8.4 juta dan terkini sales jualan yang berjaya dicapai ialah sebanyak RM3.5 Juta.

Dan pada tahun 2020 beliau dan suami telah menerima award Brand laureate kategori E-commerce.

Bagaimana sellection.com bermula?

Sebelum ini, Puan Rafidah tinggal di Kota Montreal bagi mengikuti suaminya bekerja. Walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi, hidup di bumi asing tidak ‘semudah’ yang disangka.

“Bila buat keputusan berkahwin dan pindah ke Kanada saya mula bersedia dan tak boleh mengeluh.”- Puan Rafidah

Beliau juga pernah membuat pelbagai jenis pekerjaan sebelum ini dari tukang cuci hinggalah mengambil upah sebagai pembantu dapur dalam masa yang sama.

Hasrat Puan Rafidah untuk menjual muffin itu tidak disukai oleh suami kerana baginya ianya tidak normal bagi seorang wanita bertudung menjual kek muffin dari kafe ke kafe di sekitar Montreal, Kanada.

Namun Puan Rafidah tetap teruskan bisnes itu sehingga berjaya dapatkan 9 kafe untuk beliau bekalkan di sekitar Montreal.

“Asbab jual muffin, saya mula ada duit dan dapat reward diri sendiri dengan beg branded.”

“Self reward sangat penting untuk boost inner self dalam kehidupan kita,” jelasnya.

Bermula dari situ, beliau buat keputusan berniaga sebagai personal shopper dibantu suaminya. Awal-awal berniaga tak ada bimbingan, jualan hanya cecah RM25,000 sahaja.

Sama seperti usahawan yang lain, beliau juga hadapi struggle yang sama dan hampir putus asa namun disebabkan big why beliau untuk bantu suami ketika itu, beliau teruskan niat berniaga.

Rutin beliau selama 2 tahun, bermula pukul 5.30 pagi hingga 3.30 petang dengan bekerja sebagai freelance translator dan software translator.

Kemudian 3.30 hingga 6.30 petang digunakan bagi penghantaran menggunakan Metro Subway. Mereka kemudian akan mula membuat muffin untuk esok hari pada pukul 8 malam hinggas 10 malam.

Tidak berhenti di situ , beliau kemudian melayan pula media sosial – Facebook yang kebanyakan daripada pembeli di negara.

Pada tahun 2017, pasangan ini memutuskan untuk kembali ke Malaysia dan lakukan penjenamaan semula bisnes mereka daripada Branded Handbags by Rafidah kepada sellection.com dan nekad untuk buka sebuah butik fizikal pertama di Kuala Lumpur.

Kini beliau sudah ada 11 orang kakitangan bagi membantu operasi bisnes sellection.com ini berjalan dengan baik.

“Untuk bisnes game yang lebih tinggi, apa yang paling penting adalah ilmu dan MenThor bagi mempercepatkan bisnes naik atau mungkin menyelamatkan bisnes dari melingkup,” kata Puan Nor Rafidah Khairuddin.

Beliau telah aplikasi ilmu Marketing dari Datuk Wira Dr. Azizan Osman iaitu dengan membuat LIVE dari media sosial secara konsisten.

Tak fikir panjang beliau buat keputusan untuk jadi sebahagian dari Titanium Circle sebab yakin dengan tekad berniaga dengan adanya MenThor. Asbab tindakan pertama beliau untuk mula dapatkan ilmu bisnes dan mula bermenThor, butiknya semakin berjaya.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Pengertian Raya Aidilfitri

Pengertian Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri kali ini pastinya disambut dengan berlainan. Demi memastikan keselamatan dan melindungi nyawa orang ramai, kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP

Senyuman Dalam Bisnes

Dalam bisnes, peniaga mesti selalu senyum. Senyuman bukan setakat dapat melembutkan hati pelanggan, tetapi ia merupakan amalan sedekah yang dituntut ketika berniaga. Rasulullah s.a.w sendiri

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan