Bebanan Hutang Tinggi Buatkan Norsyafiqah Bangkit Dalam Bisnes

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Bebanan Hutang Tinggi Buatkan Norsyafiqah Bangkit Dalam Bisnes

Oleh kerana terlalu terikut akan gaya hidup semasa dan penampilan yang bergaya, perkara itu telah memakan dirinya sehinggakan beliau dibebani pelbagai jenis hutang.

Dari situlah Puan Norsyafiqah Mas Sahak, Master Stokis Kokojar Shake mula mengambil keputusan untuk buat tindakan agar dia mampu keluar dari masalah yang membelenggunya.

“Kerja pada ketika itu gaji cuma RM3290, komitmen dan hutang saya lebih tinggi daripada gaji yang diterima. Itu semua tidak termasuk makan minum, pampers dan susu anak.”

Perkara itu membuatkan beliau sangat stres sehinggakan kawannya meminjamkan kad kredit pada beliau untuk teruskan kelangsungan hidup. Baginya, jika dia terus bekerja makan gaji hutangnya tidak akan habis dibayar.

Gila…Sakit jantung! Itu yang mungkin saya rasa kalau saya tak jumpa dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Saya pernah berhutang lebih RM250,000 dan komitmen saya ketika itu lebih daripada gaji yang saya terima!

Beliau nekad untuk keluar cari jalan penyelesaian dengan menuntut di RichWorks. Alhamdulillah, beliau telah dapat belajar banyak benda bila berada di dalam circle yang hebat (Titanium).

Terdahulu, Puan Norsyafiqah mula kenal Datuk Wira Dr Azizan Osman selepas dicadangkan oleh rakan sekerja. Pada masa itu, beliau langsung tidak kenal MenThor ini.

Namun, sebab keinginan yang tinggi untuk keluar daripada kemiskinan hidup beliau mula mengkaji dan mengenali Datuk Wira Dr Azizan Osman. Dari dulu hingga sekarang beliau masih tidak berhenti untuk menuntut ilmu dan sentiasa menambah nilai pada diri dan perniagaan. Fokusnya adalah untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana.

Pencapaian Puan Norsyafiqah

Selepas mendapat bimbingan daripada program mentoring SPIRE, jualan Puan Norsyafiqah melonjak naik. Beliau berjaya mencapai RM1 juta pertama pada Ogos 2020.

Sepanjang tahun lalu, beliau membuat jualan sebanyak RM2.5 juta. Bagi jualan terkini yang dihasilkan hingga Februari 2021, beliau sudah mencatatkan jualan lebih RM186,150.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

7 Tips Hasilkan eBook

7 Tips Hasilkan eBook

Mesti anda tertanya-tanya apabila anda buka Blog atau page seseorang di laman web, akan keluar ‘pop up’ yang meminta anda mengisi maklumat seperti nama dan

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

Seronok berniaga secara online? Senang dan mudah untuk dilakukan terutama bagi mereka yang baru berniaga. Tapi tahukah anda ada beberapa kesilapan yang selalu peniaga lakukan