BAJANAS : Gara-Gara PKP, Kutip Sampah Setiap Malam Untuk Jadi Baja. Wedding Planner Ini Bangkit Semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
BAJANAS : Gara-Gara PKP, Kutip Sampah Setiap Malam Untuk Jadi Baja. Wedding Planner Ini Bangkit Semula

Dulunya Tuan Muhamad Nazrul Nazaruddin seorang wedding planner yang berjaya dengan jualan jutaan ringgit namun pandemik yang melanda dunia sejak tahun lalu benar-benar memberikan kesan kepadanya.

Ekoran tidak dapat beroperasi berbulan-bulan sejak 18 Mac 2020, beliau tiada pendapatan hinggakan duit deposit pelanggan perlu dipulangkan hinggakan habis duit simpanannya.

Menurut Founder dan pengilang BAJANAS itu, ekoran dugaan besar dialaminya, hinggakan beliau mengutip sampah setiap malam untuk dijadikan baja.

Kini Bajanas yang diusahakan sudah nampak hasilnya dengan kepakaran dalam membantu manusia untuk jimat belanja dan jana pendapatan dengan merawat alam semula jadi tanpa bahan kimia.

Jualan beliau pada tahun lalu berjaya mencecah RM2.1 juta dan pada 2021 hingga 9 Februari lalu saja, alhamdulillah jualan sudah capai RM2.3 juta. Apatah lagi beliau berjaya cipta rekod dengan menyaksikan dalam tempoh 4 hari saja berjaya capai jualan RM1 juta.

Perkara betul yang dilakukan ketika PKP agar dapat bertahan malah bangkit semula dengan mengikut teori SHERPA. Di mana kita tahu apa purpose tujuan kita buat bisnes ini dan seterus bigger why anda.

Selain itu, Tuan Nazrul melihat untuk sesebuah bisnes berjaya disebabkan mempunyai energy, terus fokus disamping sentiasa belajar, upgrade diri serta berkongsikan ilmu itu.

Usahawan juga tidak boleh cepat selesa dan jangan berhenti belajar disamping mengajar kepada orang lain.

Mengapa buat bisnes?

Tuan Nazrul mahu menjalankan bisnes kerana ia dilihat suatu platform untuk jana pendapatan, umpama tempat mencangkul duit.

Namun benda penting baginya yang menjadi asbab untuk beliau bisnes adalah bagi bantu orang lain dalam 3 perkara sebelum seseorang meninggal dunia iaitu bersedekah, berkongsikan ilmu bermanfaat dan dapatkan doa anak-anak soleh.

Kenapa pilih bersama RichWorks?

Sebelum ini, beliau sudah banyak pergi ke seminar dan program, dalam dan luar negara namun dilihat RichWorks mempunyai perbezaan.

“RichWorks mengajar soal hakiki, reason in life.”

Tuan Nazrul

Sehubungan itu, beliau memilih untuk bersama RichWorks dengan mendapatkan bimbingan secara dekat bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman. Beliau sudah menyertai Titanium circle sekitar 15 bulan dengan banyak perkara dipelajari bukan saja dari MenThor malah dikalangan circle yang ada.

Dalam Titanium juga, beliau lebih jelas maksud hidup ini untuk apa dan kenal tujuan hidup diri beliau.

Matlamat ingin dicapai Bajanas

Bajanas mahu menyaksikan tersenarai dalam bursa saham dengan tersenarai dalam IPO sehingga jualan RM2.5 bilion di seluruh dunia dengan rangkaian kompleks pertanian organik sendiri.

Ianya nanti akan menjadi tumpuan orang ramai belajar pentingnya untuk jaga alam semula jadi di sekitar negara Asia untuk membantu manusia sejagat.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Anda mahir menggunakan Facebook untuk tujuan peribadi anda? Mengapa tidak buat duit dengan bisnes melalui Facebook? Anda boleh menggunakan Facebook sebagai alat pemasaran sepenuh masa