Bagaimana Nak Sediakan Perancangan Bisnes Anda

Bagaimana Nak Sediakan Perancangan Bisnes Anda
Perancangan bisnes anda adalah asas untuk bisnes anda. Belajar untuk menulis satu pelan bisnes dengan cepat dan efisien dengn template pelan bisnes.
Perancangan Perniagaan akan bantu anda menjalankan bisnes anda

Perancangan Perniagaan yang bagus akan bantu anda untuk lalui setiap fasa permulaan dan pengurusan bisnes anda.
Anda akan gunakan bisnes plan sebagai ‘peta’ atau panduan untuk bagaimana nak bina struktur bisnes anda, menguruskan bisnes anda setiap hari dan mengembangkan bisnes. Ia sebenarnya adalah cara anda berfikir tentang perkara-perkara penting dalam bisnes.

Perancangan Perniagaan akan bantu anda untuk dapatkan dana atau membawa masuk rakan kongsi baru. Orang akan melabur bila mereka rasa yakin dan nampak dengan jelas pulangan yang mereka akan dapat dari bisnes anda.

Perancangan Perniagaan anda adalah satu alat yang boleh anda gunakan untuk meyakinkan orang ramai untuk bekerjasama dengan anda atau melabur dalam bisnes anda.

Apa Yang Perlu Ada Dalam Perancangan Perniagaan
Dalam Perancangan Perniagaan, ini adalah maklumat yang penting untuk anda sediakan.
Executive Summary
Secara ringkas anda boleh terangkan latar belakang bisnes anda dan kenapa ianya boleh berjaya. Perlu masukkan misi dan visi syarikat, penerangan tentang produk atau perkhidmatan, informasi asas tentang Team Pengurusan, pekerja dan lokasi. Anda perlu juga masukkan latar belakang kewangan dan pelan pembangunan jangka panjang jika anda nak jadikan Pelan Perniagaan ini sebagai peluang untuk dapatkan dana.
Penjelasan Tentang Syarikat
Gunakan bahagian ini untuk jelaskan latar belakang syarikat. Jelaskan dengan lebih lanjut bagaimana produk / perkhidmatan anda boleh selesaikan masalah orang lain. Anda boleh jelaskan dengan lebih lengkap dan senaraikan nama pelanggan, organisasi atau perniagaan lain yang anda boleh bantu.
Analisa Pasaran

Anda mesti jelas dan faham tentang seluruh pasaran anda dan siapa pelanggan anda. Dalam bahagian ini anda boleh tunjukkan siapa pesaing anda, kenal pasti apa trend pasaran dan tema yang pesaing anda sedang gunakan. Anda boleh tanya dan fikirkan tentang soalan berikut:

Apa yang pesaing terbesar anda sedang lakukan?
Adakah anda boleh lakukan lebih baik dari dia?

Organisasi Dan Pengurusan

Anda boleh jelaskan apakah struktur kompeni anda dan siapa yang akan menguruskannya. Anda juga boleh terangkan tentang peracangan anda dalam tempoh terdekat ke mana hala tuju bisnes anda, apa yan anda lakukan dari segi perundangan, jika anda masih Enterprise atau PLT bila anda rancang untuk upgrade bisnes anda menjadi Sdn Bhd.

Lampirkan organisasi syarikat anda untuk menunjukkan siapa yang bertanggungjawab untuk melancarkan operasai perniagaan anda setiap hari. Nyatakan juga apa kepakaran team anda dan bagaimana ianya dapat membantu bisnes anda. Anda boleh masukkan ‘resume’ dan CV Team / Key Person anda juga.

Penjelasan Tentang Produk Atau Perkhidmatan

Jelaskan tentang produk dan perkhidmatan anda dan bagaimana ianya boleh membantu pelanggan. Anda boleh nyatakan apa faedah yang diberikan oleh produk dan perkhidmatan anda. Anda juga boleh kongsikan tentang bagaimana anda nak Trademark kan produk dan perkhidmatan anda.

Nyatakan juga jika anda sedang adakan Penyelidikan & Pembangunan (R & D) ke atas produk atau perkhidmatan anda.

Pemasaran & Jualan

Dalam bahagian ini anda perlu jelaskan bagaimana anda perlu tarik perhatian pengguna dan jaga pengguna yang sedia ada. Anda perlu jelaskan dengan lebih lanjut bagaimana perancangan anda untuk buat marketing & sales kerana ini akan bantu anda untuk buat jangkaan kewangan nanti.

Pastikan anda jelaskan strategi pemasaran dan jualan anda dengan jelas.

Dana

Jika Perancangan Perniagaan anda bertujuan untuk mendapatkan dana, anda sepatutnya guna bahagian ini untuk menjelaskan berapa jumlah dana yang anda perlukan. Matlamat anda ialah untuk memaklumkan mereka, berapa jumlah yang diperlukan untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Jelaskan bagaimanakah anda akan menggunakan dana tersebut. Adakah anda gunakannya untuk membeli peralatan, mesin, membayar gaji pekerja, atau untuk menampung sebahagian kos dan bil sehingga anda mula buat keuntungan.

Jangkaan Kewangan

Bahagian ini adalah penting untuk menyokong berapa banyak dana yang anda nak memohon. Jika bisnes anda sudah mula meningkat, anda perlu sediakan penyata akaun, ‘balance sheet’ dan penyata tunai untuk tempoh 3 hingga 5 tahun. Jika anda ada aset yang anda boleh jadikan cagaran, anda juga boleh senaraikan dan berikan nilai.

Bagus juga jika anda boleh sediakan graf dan carta dalam bahagian ini.