Bagaimana Nak Kira Kos Permulaan Bisnes Anda

Bagaimana Nak Kira Kos Permulaan Bisnes Anda
Berapakah jumlah wang yang anda perlukan untuk memulakan bisnes yang kecil. Penting untuk anda buat pengiraan supaya anda tahu berapa dana yang anda perlukan, mudah untuk anda tarik pelabur dan mudah bila anda boleh buat kiraan dan jangkaan bila anda boleh dapat keuntungan.

 

80% kejayaan dalam bisnes adalah datangnya dari persediaan. Sebelum anda buka bisnes anda kepada orang ramai, anda perlu sedar anda ada bil yang anda perlu bayar dan kos yang anda perlu tanggung. Dengan memahami jumlah kos dan perbelanjaan anda, akan bangtu anda lancarkan bisnes anda dengan jayanya!

Mengira kos permulaan bisnes anda akan bantu anda:
  • Menjangkakan keuntungan
  • Membuat analisa titik pulang modal
  • Memudahkan untuk mendapatkan pinjaman atau dana
  • Menarik minat pelabur
  • Membuat anggaran kos untuk bayaran cukai
Kenal pasti kos permulaan bisnes anda:

Jenis-jenis kos bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes anda. Dan jumlahnya juga berbeza-beza. Antara kos yang anda patut ambil kira ialah:

  • Sewaan ruang pejabat
  • Peralatan dan bekalan
  • Komunikasi
  • Utiliti
  • Lesen perniagaan, lesen-lesen yang berkenaan dan permit
  • Insurans
  • Perkhidmatan peguam dan akauntan
  • Gaji
  • Periklanan dan pemasaran
  • Kajian Pemasaran
  • Bahan cetakan 
  • Laman Web
Jenis-jenis kos yang anda perlu tahu:
  • Kos langsung – kos yang terlibat dalam nak hasilkan satu produk/servis. Contoh, mak kiah jual goreng pisang, kos langsung dia, pisang, tepung dll.

    Kos tak langsung – kos yang terlibat secara tak langsung dalam proses hasilkan produk/servis atau proses jualan. Contoh gaji pekerja.

    Kos tetap – Kos yang kita kena bayar tak kira bisnes buat untung ke tak, produk dapat dihasilkan atau tidak. Contoh sewa ofis.

    Kos berubah – Kos yang berubah mengikut faktor jualan atau keadaan semasa. Contoh, kos untuk dapatkan pelanggan menggunakan iklan, marketing.

    Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang kos dan pengurusan cashflow dalam bisnes boleh hubungi konsultan kami di (LINK)