A’mee Kitchen : Saksikan Peningkatan Ketika PKP 2020 – Jualan Lebih RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
A'mee Kitchen : Saksikan Peningkatan Ketika PKP 2020 - Jualan Lebih RM1 juta

A’mee Kitchen yang mempunyai kepakaran membuat kabinet dapur dan almari baju berjaya saksikan peningkatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.

Walaupun ia merupakan tempoh yang sukar buat kebanyakan bangsa usahawan apabila ada yang tak dapat beroperasi, terpaksa bekerja dari rumah (WFH), mengecilkan operasi hingga perlu menukar model bisnes mereka untuk dapat bertahan malah kekal berdaya saing.

Bahkan sejak PKP dikuat kuasa pada tahun lalu, lebih 800,000 orang dilaporkan telah kehilangan pekerjaan.

Bagaiamanapun, A’mee Kitchen yang dimiliki Home Station Design berjaya menanganinya hingga mencapai jualan RM1.4 juta pada tahun lalu berbanding RM1.07 juta pada 2019.

Menurut Pengurus Home Station Design, Puan Norhaidah Nordin, sebelum itu beliau bekerja sebagai kerani di sebuah bank mengambil keputusan untuk berhenti dan membantu A’mee Kitchen yang dimiliki oleh suaminya.

Katanya, beliau nak bersama-sama bantu menaikkan ekonomi keluarga.

Daripada situ, beliau mula mencari ilmu dan bertindak agar dapat mengembangkan lagi bisnes itu. Pada Disember 2019, Puan Norhaidah menyertai Program Mentoring Spire.

Kalau dulunya, beliau tak nampak pun di mana duit dalam bisnes meskipun ada sales. Kini semuanya sudah berubah hasil ilmu dan bimbingan RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Melalui Spire, banyak perkara dipelajari hingga menyaksikan peningkatan dalam sales, pengurusan yang lebih sistematik, ketahui cara pengurusan staf dengan betul dan nampak duit yang ada dan tahu untuk deal dengan supplier atau pembekal.

“Melalui Spire juga membuatkan saya menjadi lebih komited daripada ilmu dan pemantauan yang diperolehi, circles yang positif dan cara betul untuk jalankan perniagaan terutama soal membahagi tugasan.”

Puan Norhaidah

Berikut 3 perkara betul yang dilakukan untuk capai RM1 juta pertama :

  1. Soal marketing dengan mengetahui sasaran yang betul.
  2. Tetapkan target setahun dan mengetahui magic numbers diperlukan.
  3. Menyusun team pengurusan & operasi yang melancarkan kerja malah membuatkan lebih fokus dalam tugas masing-masing.

Dalam pada itu, Puan Norhaidah merancang untuk A’mee Kitchen mencapai jualan sehingga RM5 juta dalam tempoh 3 hingga 5 tahun. Malah beliau berhasrat untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menaikkan ekonomi umat Islam.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Anda mahir menggunakan Facebook untuk tujuan peribadi anda? Mengapa tidak buat duit dengan bisnes melalui Facebook? Anda boleh menggunakan Facebook sebagai alat pemasaran sepenuh masa