5 Teras Proses Bisnes Bagi Usahawan Baru

5 Teras Proses Bisnes Bagi Usahawan Baru

Anda baru saja bermula, bisnes tak sampai setahun pun pastinya akan timbul banyak persoalan dan pelbagai langkah dilakukan namun tidak pasti sama ada ia berkesan dan berjaya atau tidak.

Sebab itu, melalui teras proses bisnes dapat membantu anda dalam menjalankan perancangan dan tindakan yang lebih berkesan dan baik. Berikut kami kongsikan 5 teras proses bisnes terutama bagi usahawan baru.

5 teras proses bisnes yang boleh usahawan gunakan :

1. Value Creation

Satu aktiviti kerja yang menaikkan nilai barangan, perkhidmatan serta bisnes itu juga. Sebagai usahawan baru, kita kena jelas dengan matlamat dan tujuan kenapa kita buat bisnes itu sendiri. Berapa jauh kita mahu bawak bisnes itu, siapa pelanggan kita, apa kajian demografik bisnes kita serta semua faktor persekitaran yang boleh menjejaskan bisnes kita.

Bila aktiviti ini dilakukan bersungguh-sungguh, ianya akan meyakinkan:
1. Pelanggan
2. Pekerja
3. Pelabur
4. Shareholders

2. Marketing

Ini aktiviti yang juga penting selari dengan Value Creation.

Keyakinan pelanggan bergantung kepada betapa agresif pemasaran yang kita buat. Buat orang nampak! Ini suatu aktiviti yang tak boleh ditinggalkan langsung.

Kenal pasti siapa pelanggan kita dan tarik mereka dengan strategi pemasaran yang sesuai. Ada banyak tips yang dikongsikan. sebelum ini.

3. Sales Distribution

Rangka rancangan berikut:

a) Berapa banyak tempat atau saluran untuk mendapatkan barang anda?
b) Adakah anda punya kedai atau produk boleh didapati melalui stokis/ ejen?
c) Apakah strategi online untuk bisnes anda?

4.  Delivery

a) Dari aspek operasi penghasilan barangan, ramuan, perihal pembungkusan, pengstoran, kuantiti dan kualiti dan operasi lain
b) Dari aspek operasi penghantaran barang, tempoh masa penerimaan- janji kepada pelanggan
c) Pengalaman & kepuasan pelanggan untuk kita ketahui apa mereka rasa bila pakai produk kita.

5. Finance

Aha, bila duit dah mula masuk, kita kena kawal aspek ini sebaik-baiknya. Adakan rekod yang sistematik. Ini penting untuk mengetahui prestasi kita dan nombor-nombor penting ini akan menjawab hasil kepada usaha yang kita buat.

Artikel terbaru

3 Comments

  • As

    Kukuhkan asas pemasaran dengan lebih agresif untuk orang kenal

  • Mastura Che mansor

    Saya tidak fokus dengan satu bisnes walaupun saya beratkan pada bisnes Pertama tetapi saya ada buat bisnes sambilan konon nya nak tambah income dengan cepat tetapi tidak ada hasil pun..ya!! Memang kesilapan saya sebab tidak fokus pada satu..kali ni saya akan fokus pada satu bisnes iaitu bisnes tudung hayda scarf..terima Kaseh ats nasihat yang di beri.

    • Team RichWorks

      Semoga bermanfaat penulisan dan perkongsian ini. Terima kasih atas feedback yang diberikan . Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus rujuk Team Richworks untuk kami bantu di talian wasap.my/60167136638

Leave a Reply