Kenapa banyak alasan boleh buatkan anda tak berjaya? Cuba anda bayangkan, jika Steve Jobs dan Steve Wozniak mengatakan mereka memerlukan pejabat bagi memulakan bisnes bukannya garaj. Kemungkinan tidak ada lagi Apple atau iPhone hari ini.
Memberikan alasan itu sangat mudah, namun ia akan buatkan anda kekal berada pada tahap yang sama ataupun zon selesa masing-masing.
Anda sebenarnya mengelakkan diri daripada melakukan perkara sepatutnya lakukan dalam hidup atau bisnes sedangkan ia memberi peluang untuk perubahan dan perkembangan baru.
Jika anda beri alasan untuk berdepan ketakutan ditolak atau buat kesilapan, ia hanya akan menangguhkan kejayaan anda. Sebab itu ada menyatakan bahawa tahap kejayaan anda dipengaruhi dengan berapa banyak alasan diberikan.
Orang berjaya ini dapat ‘menewaskan’ biawak dalam diri ini, tidak melayan suara-suara untuk berikan alasan yang membuatkan mereka dapat mewujudkan peluang-peluang membawa kepada kejayaan besar.
Sehubungan itu, jangan biarkan alasan-alasan menghalang diri anda daripada mencapai potensi yang sebenar dan terlepas peluang yang ada. Berikut kami kongsikan 5 alasan biasa diberikan ramai orang yang menghalang kejayaan mereka.
4 alasan yang biasa diberikan menghalang kejayaan anda :
1. Saya tiada masa
Masa itu emas, setiap daripada kita mempunyai 24 jam sehari. Beza orang berjaya apabila mereka dapat menguruskan masa dengan baik, menggunakan dengan sebaik-baiknya.
Contohnya jika kita mahukan sesuatu perkara itu, pastinya akan memperuntukan masa bagi mencapainya. Seperti mereka yang masih bekerja namun melakukan bisnes secara part-time bagi menjana pendapatan sampingan.
Mereka akan cari jalan untuk peruntukan masa untuk bisnes itu dengan bangun awal ataupun tidur lewat. Jika mereka betul-betul nak sesuatu perkara itu.
2. Saya tak dapat peluang
Setiap orang sebenarnya ada pilihan mereka. Jangan lagi berikan alasan, bisnes ini tak mudah jika tiada ilmu, sistem dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Sekiranya terdapat penghalang, cabaran dan sebagainya, cari jalan untuk mengatasinya. Alasan hanya buatkan anda mengalah sebelum bermula lagi.
3. Takut berdepan risiko
Risiko datang dengan hasil yang mana lagi tinggi risiko buatkan lagi tinggi hasilnya. Setiap usahawan berdepan dengan risiko apatah lagi bagi yang tidak ada ilmu, sistem dan MenThor akan buatkan risiko untuk gagal dan kekal pada tahap sama lebih tinggi.
4. Saya berpuas hati dengan apa yang ada
Alasan yang biasa diungkapkan ramai orang di luar sana sebenarnya bermaksud anda tidak mahu bekerja lebih keras lagi. Anda tidak mahu keluar daripada keadaan sedia ada, zon selesa yang buatkan diri merasa tidak apa-apa.
Sehubungan itu, sepatutnya kita membuang jauh-jauh sikap banyak alasan yang diberikan jika ada sebelum ini. Jika ada cabaran, peluang dan risiko yang dihadapi, cari jalan dan cuba lakukan yang terbaik.
Berikan peluang kepada diri anda kali ini, buat sesuatu yang luar daripada kebiasaan untuk mendapatkan hasil yang berbeza. Kalau buat perkara atau langkah sama setiap masa, pastinya akan mendapatkan hasil sama saja.
1 Comment
Alhamdulillah..artikel ini banyak mwmbantu saya dalam menaikkan semangat dan keinginan ingin berjaya supaya lebih sukses dalam perjalanan menuju hari mendatang..Terima kasih team Rich Works.