Pentingnya Bisnes Model. 80% Punca Kegagalan Usahawan?

Pentingnya Bisnes Model

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan golongan usahawan yang penting yang mana merangkumi 98.5% bisnes di negara ini. Sebab itu, pentingnya usahawan ini kenal pasti dan menjalankan bisnes model yang betul.

Hal ini kerana mengikut penyelidikan Kumpulan Ambank mendapati 80% punca kegagalan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ekoran tidak mempunyai bisnes model yang tepat, pengurusan dan kesinambungan bisnes itu.

Malah daripada jumlah usahawan PKS itu, 70% didapati gagal untuk bertahan dalam tiga tahun pertama bisnes yang dijalankan. Tak ke rugi masa, tenaga dan wang ringgit yang digunakan untuk membina bisnes yang tak dapat bertahan lama?

Apa maksud bisnes model?

Bisnes model bermaksud pelan syarikat untuk menghasilkan keuntungan. Ia mengenal pasti produk atau servis dalam pelan bisnes untuk dijual, kenal pasti pasaran sasaran disamping mengambil kira soal perbelanjaan.

Kata mudahnya, bisnes model ini penting bagi bisnes yang baru saja bermula ataupun sudah lama beroperasi. Ia akan membantu bisnes anda untuk menarik pelabur, pekerja, rakan bisnes malah memberikan semangat kepada pengurusan dan staf anda.

Melalui bisnes model, usahawan akan dapat memberikan fokus kepada produk atau servis itu dan mengembangkannya. Tidaklah melakukan banyak bisnes dalam satu masa.

Tahukah anda?

Bisnes yang berjaya sentiasa kemas kini pelan bisnes supaya tidak ketinggalan dengan perubahan semasa dan trend yang berlaku termasuk cabaran baru.

Contohnya, ketika pandemik dengan PKP 1.0 tahun lalu yang menyaksikan kesemua bisnes terjejas. Bagi bisnes yang tahu terutama yang mendapat bimbingan bersama RichWorks mengetahui perubahan yang perlu dilakukan dalam bisnes model mereka seperti beralih ke online untuk menawarkan produk dan servis mereka.

Bisnes yang berjaya mempunyai bisnes model yang membolehkan mereka memenugi keperluan pelanggan pada harga kompetetif dan kos yang mapan. Dari semasa ke semasa, kebanyakan bisnes akan melihat semula bisnes model untuk menyesuaikan dengan perubahan persekitaran perniagaan dan permintaan pasaran.

Kesilapan ramai usahawan lakukan apabila mewujudkan bisnes model baru namun tak ambil kira kos untuk mengoperasikannya sehingga ia boleh mendatangkan keuntungan. Mengira kos bagi permulaan produk atau servis baru itu saja tidak cukup.

Bisnes itu perlulah dapat kekal beroperasi sehingga hasil diperolehi akan melebihi perbelanjaan mereka.

Ada yang mengatakan menjalankan bisnes ini seumpama pergi berperang. Anda perlu mempunyai senjata api dan peluru yang betul agar dapat menembak tepat kepada sasaran musuh. Begitulah dengan adanya bisnes model yang tepat, ia akan membantu usahawan sebagai hala tuju yang jelas untuk anda dapat mencapai apa yang dikehendaki.

Tapi bagi yang menjadi dropship atau ejen kepada bisnes, mereka tidak perlu memikirkan sangat mengenai bisnes model produk atau servis kerana pihak Founder yang akan fikirkannya.

Anda hanya perlu fokus dalam aspek jualan dan pemasaran dalam bisnes itu. Melalui jual produk orang lain pun, sudah ramai usahawan boleh berjaya seperti yang pernah dikongsikan sebelum ini.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Ahmad Rani

    Maafkan saya kerana menegur di sini. Bisnes Model ialah bahasa Melayu rojak dan rosak. Ejaan dalam bahasa Melayu sepatutnya Model Perniagaan atau Model Bisnes (mengambil kata pinjam business). Dalam bahasa Inggeris, Business Model.

    • Team RichWorks

      Terima kasih diatas teguran anda. Kami akan perbaiki untuk masa hadapan. Semoga artikel ini bermanfaat untuk Tuan.

Leave a Reply