Kuasai Branding Untuk Pemasaran

Pemasaran merupakan satu bidang yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Para peniaga dan usahawan perlu terus mencari cara baru yang lebih baik untuk memasarkan produk dan perkhidmatan anda.

Setelah anda telah memahami konsep, fungsi dan tugas pemasaran, anda juga perlu tahu apakah ciri-ciri pemasaran yang ada sekarang.

Misalnya sasaran pelanggan adalah golongan muda, platform media massa adalah tempat yang paling sesuai untuk jalankan pemasaran. Kebanyakan pelanggan mudah terpengaruh dengan jenama jika mereka ingin membeli sesuatu.

Tambah-tambah lagi orang muda. Mereka lebih percaya pada sesebuah jenama yang sudah popular berbanding jenama yang suam-suam kuku. Jika anda mahu melakukan pemasaran yang lebih berkesan, anda perlu mantapkan branding anda.

Branding / Penjenamaan

Branding

Branding menurut definisi adalah amalan pemasaran di mana syarikat membuat nama, simbol atau reka bentuk yang mudah untuk dikenali sebagai milik syarikat.

Branding dapat membantu pengguna mengenal pasti produk dan membezakannya daripada produk dan perkhidmatan lain. Branding penting kerana ia bukan hanya memberikan kesan yang tidak dapat dilupakan oleh pengguna tetapi juga membolehkan pelanggan set apa yang mereka harapkan dari syarikat anda.

Kepentingan branding untuk pemasaran adalah seperti berikut:

Kepentingan Branding

Penjenamaan sangat penting bagi perniagaan kerana ia memberi kesan keseluruhannya terhadap syarikat anda. Penjenamaan boleh mengubah cara orang melihat jenama anda, ia dapat mendorong perniagaan baru dan meningkatkan kesedaran jenama.

  • Penjenamaan Mendapat Pengiktirafan

Sebab penjenamaan penting bagi perniagaan adalah kerana bagaimana syarikat mendapat sambutan dan dikenali oleh pengguna. Logo adalah elemen penjenamaan yang paling penting terutama mengenai faktor ini, kerana pada dasarnya logo adalah wajah kepada syarikat.

  • Penjenamaan Meningkatkan Nilai Perniagaan

Penjenamaan penting untuk perniagaan yang sedang berusaha menjana perniagaan masa depan. Jenama yang mantap dapat meningkatkan nilai perniagaan dengan memberi perusahaan lebih banyak pengaruh dalam industri.

Pengguna tidak kisah untuk keluarkan duit untuk membeli barangan dari jenama dikenali. Lebih-lebih lagi kalau sesebuah brand tersebut mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Siap beli buat koleksi sehinggakan ada yang tidak pernah terlepas untuk membeli setiap koleksi dari setiap warna.

Jika perniagaan anda mampu wujudkan situasi tersebut, perniagaan anda akan menjadi pilihan pelabur-pelabur dan rakan kongsi sekaligus perniagaan anda akan semakin kukuh di pasaran.

  • Penjenamaan Menjana Pelanggan Baru

Jenama yang baik tidak akan menghadapi masalah untuk menjayakan perniagaan yang bakal tiba. Penjenamaan yang kuat secara amnya bermaksud terdapat kesan positif syarikat di kalangan pengguna.

Pengguna cenderung melakukan urusan perniagaan dengan anda kerana mereka percaya dengan jenama anda. Sudah tentu ianya harus disusuli dengan kualiti produk serta servis yang baik. Setelah jenama berjaya dibina, mouth to mouth akan menjadi teknik pengiklanan terbaik dan paling berkesan untuk perkembangan syarikat.

  • Meningkatkan Kebanggaan dan Kepuasan Pekerja

Apabila pekerja bekerja untuk syarikat berjenama dan benar-benar berdiri di belakang jenama tersebut, mereka akan lebih berpuas hati dengan pekerjaan mereka dan mempunyai kebanggaan yang lebih tinggi terhadap pekerjaan yang mereka lakukan.

Bekerja untuk jenama yang mempunyai reputasi yang baik dapat membantu pekerja untuk lebih seronok dalam melakukan kerja. Pekerja yang gembira dapat membantu menjana idea dan hasil kerja yang cemerlang.

Sudah tentu, mereka ingin berikan yang terbaik agar syarikat mampu menjana keuntungan yang besar.

Ingat, happy workers ia a productive workers.

  • Menjana Kepercayaan Di Dalam Pasaran

Penampilan profesional dan penjenamaan yang disusun dengan baik akan membantu syarikat membina kepercayaan yang baik dengan pengguna, bakal pelanggan dan pelanggan. Orang lebih cenderung melakukan urusan jual beli dengan syarikat yang mempunyai gambaran yang baik dan profesional.

  • Penjenamaan Menyokong Pengiklanan

Iklan adalah komponen lain untuk penjenamaan, dan strategi periklanan secara tidak langsung mencerminkan jenama dan gambaran yang diinginkan. Banyak contoh iklan dihasilkan oleh jenama dikenali di luar sana yang boleh anda jadikan sebagai contoh. Seperti Milo dan Maggi.

Mereka sudah tidak perlu jelaskan apa yang syarikat mereka lakukan kepada penonton. Jenama mereka sudah besar dan SELALU dilihat. Itu bonus yang menjadikan mereka sentiasa menjadi pilihan pengguna di luar.

Senang kata, anda pun beli barangan dari jenama yang anda kenali bukan? Sebab itu lah jenama memainkan peranan yang sangat besar di dalam pemasaran sesebuah perniagaan.

Ciri-ciri brand yang hebat.

Untuk menghasilkan brand yang hebat dan mampu menarik perhatian orang ramai di luar sana, anda perlu ada ciri-ciri seperti berikut.

  • Pengetahun Mengenai Sasaran Pasaran.

Brand yang berjaya mereka tahu siapakah sasaran pasaran mereka. Mereka wujudkan produk yang boleh bantu selesaikan masalah yang dialami oleh sasaran pelanggan.

Contohnya seperti Maggi. Sasaran pelanggan mereka adalah individu yang tidak mempunyai masa dan kurang peralatan untuk memasak. Jadi, mereka cipta mee segera yang dapat memudahkan tugas pelanggan.

Siapa sasaran pelanggan mereka? Sudah tentulah individu yang sibuk bekerja, pelajar, pelancong serta individu yang gemarkan aktiviti lasak.

Selesai atau tidak masalah pelanggan?

  • Keunikan.

Keunikan adalah bonus point untuk perniagaan anda. pastikan produk / perkhidmatan anda ada keunikannya yang tersendiri. Tak banyak pun taka pa, asalkan ia dapat dijadikan tarikan utama produk.

Macam Maggi, keunikan produk mereka adalah pelbagai variasi perisa serta tekstur yang kenyal. Selain itu, mereka juga menghasilkan dua pilihan kepada pelanggan iaitu Maggi dalam bungkusan plastik dan cup yang lebih memudahkan pengguna untuk menikmati mee segera.

  • Kesungguhan.

Berniaga tanpa kesungguhan ibarat melepaskan batuk di tangga. Brand yang tidak ada kesungguhan tidak mampu untuk bertahan lama dalam sektor perniagaan.

  • Kecekalan.

Peniaga dan usahawan perlu cekal menghadapi segala cabaran yang tiba. Brand yang kuat adalah brand yang mampu mendepani pelbagai cabaran.

  • Daya saing.

Pesaing adalah perkara dalam perniagaan. Semangat daya saing perlu wujud di dalam diri anda dan bersainglah secara sihat. Fokus dan hasilkan kepelbagain idea serta inovasi agar anda mampu bersaing dengan pesaing anda.

Dengan adaanya persaingan, anda akan senntiasa membawa perubahan dan meningkatkan prestasi brand ke tahap yang lebih baik.

  • Pendedahan.

Apabila berniaga, anda tidak boleh berdiam seorang diri. Anda perlu terdedah dengan persekitaran yang sesuai. Anda perlu mengenali ramai usahawan-usahawan dan peniaga di luar sana agar anda dapat merasai sendiri realiti serta vibes seorang peniaga.

Dengan banyaknya pendedahan yang diterima, anda boleh belajar, wujudkan pandangan positif serta mampu bekerjasama untuk menaikan brand anda

  • Kepimpinan.

Akhir sekali, brand yang baik wujud dari kepimpinan yang baik. Oleh sebab itu, ramai pengasas tidak malu untuk terus belajar dan mendalami ilmu bisnes walaupun mereka sudah berjaya.

Brand akan maju jika pengasasnya bijak memimpinnya.

Sudah tentu jika anda mempraktikkan ciri-ciri yang dikongsikan, anda mampu menghasilkan brand yang lebih berjaya pada masa akan datang. Ingat, trust the process.

Sudah terang lagi bersuluh, branding adalah kunci utama bagi pemasaran yang berjaya. Adakah anda sudah ada brand anda sendiri? Semoga anda mampu bina bisnes berjaya anda sebaiknya. Jika mahu dibimbing dan belajar lebih banyak tips perniagaan berkesan, daftar Bina Bisnes Berjaya 100% PERCUMA sekarang juga.

Artikel terbaru

Leave a Reply