Lihat orang lain buat bisnes membuatkan kita rasa seronok dan ingin juga jadi sepertinya. Anda juga boleh buat bisnes jika anda pandai rancang bagaimana untuk mula.
“Percaya pada diri sendiri dan lakukan tindakan hari ini juga! Jangan sesekali bertangguh lagi dan buatlah perancangan yang terbaik” – Datuk Wira Dr Azizan Osman
Paling penting, anda perlu set niat yang betul agar anda tahu apa yang anda ingin capai dengan melakukan bisnes.
Jom kita kenali antara beberapa bisnes tanpa modal yang membawa pulangan besar. Disini kami kongsikan antara contoh untuk anda yang mahu mula berjinak-jinak melakukan bisnes tapi tak berani ambil risiko untuk tanggung kerugian yang besar.
1. Dropship
Kita mulakan dengan bisnes yang paling mendapat sambutan di luar sana. Ramai orang memilih untuk jadi dropship kerana ia mudah untuk dilakukan dengan ILMU dan TEKNIK yang betul.
Konsep dropship adalah anda menjual produk orang. Ya, mulakan bisnes dengan jual produk orang untuk lihat potensi dan juga skill bisnes anda. Anda akan dapat lihat semampu mana produk orang terjual dengan hasil usaha anda.
Caranya mudah sahaja, anda perlu mencari produk-produk yang tengah hangat di pasaran ataupun yang sudah dikenali. Kaji produk tersebut, lebih banyak kebaikan atau keburukan? Jika anda sudah yakin, next step anda hanya perlu daftar mengikut cara yang ditetapkan.
Anda juga perlu ingat, tidak semua produk memberikan caj pendaftaran secara percuma. Ada juga brand yang mengenakan kadar caj yang rendah untuk pendaftaran. Tugas anda adalah untuk memilih.
Keistimewaan menjadi dropship kepada produk orang adalah anda akan dibekalkan dengan bahan-bahan untuk tujuan promosi. Anda hanya perlu mempromosikannya kepada kenalan serta pengikut anda di laman sosial. Mudah bukan?
Cara ini juga dapat memanfaatkan founder kepada produk tersebut kerana orang ramai akan lebih kenal produk mereka dengan marketing yang dilakukan oleh dropship. Win-win situation wujud di sini.
Anda akan mendapat keuntungan hasil jualan bisnes melalui komisen ikut kadar yang ditetapkan oleh founder bagi kuantiti tertentu. Lagi banyak anda dapat close sale, lagi tinggi komisen anda.
Ada juga brand yang menetapkan indeks kayu pengukur (KPI) dan syarat-syarat tertentu bagi memastikan dropship mampu hit sale yang telah ditetapkan. Dengan cara ini, anda akan lebih komited dan bersemangat untuk dapatkan pelanggan.
Dalam menjadi dropship juga ada cabarannya. Paling penting sekali anda perlu konsisten berikan servis layanan terbaik kepada pelanggan yang pelbagai ragam. Selain itu, anda adalah orang yang bertanggungjawab untuk pastikan produk yang dibeli sampai ke tangan pelanggan dalam keadaan baik dan cepat.
Disamping itu juga anda perlu menjaga prestasi jualan. Anda mungkin tidak boleh teruskan menjadi dropship jika anda tidak mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh sesetengah brand.
Anda dah faham konsep dropship? Syaratnya anda cuma perlu rajin promosikan dan share kebaikan produk kepada orang ramai.
2. Affiliate
Mungkin ada antara anda yang baru tahu mengenai affiliate. Bisnes jenis ini kurang dikenali di luar sana. Jadi, potensi anda untuk berjaya melalui affiliate sangat besar.
Dengan ilmu yang betul anda mampu jana pendapatan yang sangat menguntungkan melalui affiliate. Konsepnya sama sahaja dengan dropship, apa yang membezakannya adalah anda tidak perlu close sale pelanggan. Anda Cuma jadi orang tengah sahaja, pemilik bisnes sendiri yang akan close sale. Mudah kan?
Antara produk yang dijual melalui kaedah affiliate adalah tiket seminar, eBook, tempahan hote, software dan video. Produk fizikal juga ada gunakan cara affiliate. Contohnya platform besar yang sudah berjaya seperti Lazada, Amazon dan Shopee.
Bagaimana cara buat affiliate?
Anda cuma perlu mendaftar melalui cara yang ditetapkan. Selepas pendaftaran, anda akan diberikan link affiliate khas untuk kegunaan anda. Dari situ, mula lah tugas anda untk berbisnes.
Anda cuma perlu promote dan yakinkan orang untuk klik link anda. Keuntungan datang dari bentuk komisyen yang ditetapkan oleh pemilik apabila ramai prospek beli daripada link affiliate anda.
3. Graphic Designer
Dimana-mana sahaja pasti akan ada iklan jawatan kosong yang menawarkan perkhidmatan Graphic Designer. Melihat kepada pola ekonomi perniagaan sekarang, role sebagai seorang graphic designer amat diperlukan.
Manakan tidak, keuntungan datangnya dari pelanggan. Macam mana pelanggan nak kenal kita kalau tiada iklan dan juga posting menarik? Ini lah peranan graphic designer iaitu untuk capai KPI syarikat terhadap engagement.
Tidak kira lah syarikat itu kecil atau besar, semua pasti mahukan perhatiansupaya orang ramai kenal produk serta brand mereka.
Usah abaikan kelebihan dan skill anda. Manfaatkannya dengan cara yang betul. Anda juga boleh mulakan karier bisnes dengan hanya menjadi freelance jika tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat. Anda juga mampu bina portfolio yang lebih power apabila bekerjasama dengan lebih banyak brand.
Apa yang harus diingat adalah tentang kualiti. Kualiti kerja yang akan menjadi penanda aras terhadap bayaran bisnes anda.
Anda hanya perlu fokus menghasilkan design menarik mengikut peredaran masa serta trending. Bagus untuk brand dan diri sendiri jika anda bermula dari awal. Bina networking dan kumpul segala idea sebanyak yang mungkin.
4. Social Media Manager
Ini mungkin salah satu bisnes yang boleh berikan keseronokan untuk anda bereksplorasi dengan daya kreativiti serta tahap penulisan anda. Anda hanya perlukan telefon bimbit dan laptop sahaja untuk bermula. Sudah tentu untuk handle sosial media juga perlukan skill.
Jika anda seorang yang gemar menghabiskan banyak masa dengan melayari media sosial, bisnes ini mungkin boleh anda mulakan. Selalunya tugas yang diberikan tidaklah terlalu berat. Anda perlu memastikan segala posting berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.
Anda yang perlu menggalas tanggungjawab itu. Sosial media merupakan senjata penting bagi setiap brand dan juga institusi. Tidak kira sama ada mereka berbisnes atau hanya menyalurkan maklumat, mereka mahu orang di luar sana tahu dan kenal mereka.
Anda juga mungkin akan ditugaskan untuk membuat content serta membuat suntingan video. Yang pasti anda perlulah mempunyai skill asas agar kepercayaan dapat diberikan kepada anda.
Jika anda mahu dapat lebih banyak pengalaman, anda boleh lakukan role ini sebagai freelance. Bekerja dengan lebih banyak brad mampu membuatkan anda hasilkan idea yang lebih segar dan menarik untuk tatapan umum di media sosial.
Mungkin satu hari nanti anda pula dapat menjadi majikan kepada para sosial media manager. Focus dan buat dengan bersungguh-sungguh pasti akan mendatangkan hasil.
5. Menulis E-book
Tak mahu sia-siakan ilmu dan kepakaran yang ada pada anda? Mahu berkongsi ilmu dan memberikan manfaat kepada ramai orang di luar sana? Ini bisnes yang sesuai untuk anda. Ceburilah bisnes melalui platform E-Book ini.
Orang di luar sana juga dahagakan ilmu. Mereka sanggup laburkan duit untuk dapatkan pengetahuan yang dicari selama ini. Konsep E-Book dapat menarik perhatian jika ilmu yang dikongsikan itu meluas dan dapat digunakan dalam segenap aspek.
Anda cuma perlu ada sasaran yang betul supaya anda tahu pasang strategi untuk mula menulis. Contoh topik yang hangat di pasaran adalah pemasaran, pendidikan, bisnes dan masakan.
Tidak kira apa pun hasil tulisan anda, jika anda tahu siapa target anda pasti dapat melakukannya dengan baik. Asalkan ianya bermanfaat dan memberikan perubahan positif kepada pembeli di luar sana.
Orang yang buat bisnes E-Book bukan sahaja dapat rasa keuntungan yang lumayan, malah mereka juga dapat bantu lebih ramai orang di luar sana untuk topup ilmu dan ubah taraf hidup.
Tak perlu tulis tebal-tebal. Cukup hanya 15-20 muka surat pun anda dah boleh jual. Yang pastinya, input haruslah berkesan dan berkualiti.
Terinspirasi dengan perkongsian ini? Anda boleh kenali lebih banyak perniagaan tanpa modal yang terdapat di luar sana. Biarpun anda hanya perlu keluarkan modal yang agak kecil, anda mampu mendapat pulangan yang lumayan jika anda tahu tekniknya.
Sudah tentu dengan melakukan bisnes-bisnes ini anda akan dapat merasai sendiri realiti bisnes. Pengalaman itu lah yang berharga, yang bakal dijadikan rujukan serta motivasi untuk terus bangkit.
Kami yakin, jika anda tahu teknik marketing yang betul anda mampu mendapat keuntungan yang besar.
Bila simpanan dah kukuh, modal pun dah banyak barulah anda fikir cara bagaimana untuk bina produk dan bisnes anda sendiri jika anda mahu.
Anda hanya perlu mempersiapkan diri untuk menempuh jalan hidup orang berbisnes.
Semua bisnes bermula daripada kecil. Jadikan pilihan anda ini sebagai batu loncatan untuk tunjukkan kemampuan. Orang lain boleh, anda juga pasti boleh. Kuatkan azam untuk bina bisnes berjaya serta capai keinginan yang telah dirancang.
Sudah bersedia? Selamat menjadi seorang usahawan berjaya.