Pernah tak anda melalui satu keadaan yang anda tidak faham sesuatu dan anda cuba berfikir untuk selesaikan apa yang anda tidak faham, tetapi tiba-tiba anda faham selepas anda baca sebuah buku, tonton sebuah filem, hadir seminar atau melihat kejadian alam. Saya panggil itu – A HA Moment.
Kepastian.
Ia satu perkataan yang semakin dekat dihati saya. Manusia capai sesuatu atau tidak capai sesuatu sangat bergantung kepada tahap kepastian di dalam diri.
“Tidak ada kepastian” pula adalah menakutkan dan meragukan apatah lagi di dalam membina sesebuah perniagaan kerana ia melibatkan risiko dan potensi untuk kerugian.
Memulakan bisnes itu tidak susah. Susah bagi yang tidak tahu.
Mereka ini (Titanium) melepasi tahap “memulakan” perniagaan dan berada pada tahap mengembangkan serta mencari sustainability. Apa sustainability dalam Bahasa Malaysia tinggi? Entah.
Mereka bukan berada pada keadaan apa strategi pemasaran yang nak digunakan. Itu tidak susah In sha Allah.
Mereka bertanya soalan tentang bagaimana menggandakan bisnes mereka 3 ke 5 kali ganda dalam masa setahun dengan kos yang rendah dan margin keuntungan yang tinggi.
Mereka mendapat teguran untuk perkara yang tidak patut lakukan atau bakal membawa kecelakaan dan kesilapan kepada bisnes mereka. Ini mengelakkan kerugian besar.
Ia bukan persoalan tentang FBAds, InstaFamous atau blog. Ini bukan tentang syarikat enterprise atau sdn bhd. Itu budak baru nak belajar berniaga kena faham.
Ini tentang jumlah jualan mereka lebih berbillion setahun. Bagaimana nak terus berkembang setiap bulan dan membina perniagaan yang mampu bertahan di dalam apapun cabaran ekonomi In sha Allah.
Apa yang kita buat untuk capai ke tahap ini bukanlah perkara yang sama yang kita buat untuk ke tahap berikutnya.
Jika tahun lepas anda mampu capai jualan RM2.1 juta sahaja untuk seluruh tahun dan selepas sesi coaching dengan saya, jualan anda mencapai RM2.5 juta untuk suku pertama tahun itu.
Jika tahun sebelum ini, jualan anda 6 bulan hanya RM3.5 juta dan selepas coaching setahun jualan mencapai RM8.5 juta. Jika tahun itu anda capai jualan RM1.8 juta dan selepas coaching jualan anda suku tahun pertama saja sudah mampu cecah RM1.5 juta.
Anda rasa? Sanggup tak anda spend masa dengan saya?
Datuk Wira Dr Azizan Osman
MenThor dan Pakar Pemasaran Nombor 1 Asia