‘Spending today complaining about yesterday won’t make tomorrow any better’.
Sebab tu orang kata masa itu emas. Orang yang tak menghargai masa adalah orang-orang yang rugi. Agama sendiri menuntut kita menghargai masa. Kalau tak, tidak akan ada suruhan untuk kita manfaatkan 5 perkara sebelum 5 yang lain. Apa pasti sudah tahu apa 5 perkara tersebut, betul?
Hargailah masa-masa anda dengan perkara yang berfaedah. Kerana, masa yang anda bazirkan tidak akan balik kepada anda. Jadi, jika anda asyik komplen tentang masa yang telah anda bazirkan, ia tak akan memberi apa-apa makna pada anda.
Kami akan kongsikan dengan anda apa yang membuatkan masa itu emas.
5 kepentingan masa buat anda :
- Buktikan anda boleh
Anda ingin jadi seorang peniaga yang kaya dan berjaya? Gunakan masa ini untuk buktikan anda boleh berjaya. Sekiranya ada cara untuk berjaya dalam masa yang singkat, kenapa mesti anda gunakan jalan yang jauh untuk berjaya?
Jika ada peluang pembelajaran yang boleh menjadikan anda berjaya dalam masa yang singkat, rebut ia. Tapi jangan gunakan jalan singkat yang salah seperti skim-skim yang telah diharamkan oleh kerajaan. Cari ilmu yang ada mentor yang mana telah terbukti kejayaannya.
- Pengurusan masa
Masih ada lagi orang yang tak pandai nak uruskan masa mereka sendiri. Ini membuatkan hidup mereka tak teratur dan mengadu pula yang mereka tak cukup masa. Padahal, mereka sendiri yang bazirkan masa tersebut.
Uruskan masa anda dengan berada di landasan yang betul, fikir apa yang nak lakukan setiap hari, ada jadual harian tapi tak perlulah sampai anda buat jadual seperti budak sekolah, berlatih untuk kontrol diri anda dan minimumkan gangguan (distraction) dalam hidup anda.
- Jangan bertangguh
Ada juga peniaga yang suka bertangguh dalam membuat kerja. Kadang-kadang, mereka terlalu banyak berfikir sehingga melepaskan peluang keemasan yang mereka dapat. Jika anda rasa ia satu peluang terbaik untuk anda boost kan bisnes, terus rebut tanpa berfikir panjang.
Sekiranya anda dapat peluang ini dari orang-orang yang sudah terbukti kejayaan mereka, tidakkah merugikan jika anda lepaskannnya? Biasanya amalan yang suka bertangguh ini amalan syaitan. Tanamkan dalam hati anda untuk jadi orang yang menghargai masa.
- Menepati masa
Lebih ramai orang yang suka melewati masa dari menepati masa. Anda tahu kelebihan bila anda tepati masa. Bila anda seorang yang menghargai masa, anda akan ada ramai rakan dan disenangi ramai orang kerana bila anda berjanji, ia selalu ditepati.
Allah ada berfirman yang bermaksud, “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”. [al-‘Ashr 103:1-3].
- Tidak akan kembali
Mungkin anda sendiri tahu, setiap masa yang anda bazirkan tidak akan kembali. Begitu juga dengan setiap moment yang anda ada, tak kiralah moment manis atau pahit, anda hanya dapat kenangnya tanpa boleh berbuat apa-apa.
Oleh itu, jika anda ada peluang untuk tingkatkan perniagaan anda, gunakan peluang ini untuk belajar dan cari MenThor yang dipercayai dan diakui kehebatannya. InsyaAllah anda tak akan rugi.
18 Comments
Sy suka sy suka
Awesome
Thank You
You’re welcome
Saya betul2 nak lebih Masa bersama anak2 yg kasih Kecil dan family dalam pada Masa yg sama Saya nak bantu dan members manfaat pada ramai org. Aminnn
Moga dipermudahkan segala urusan Puan. Insyaallah pasti ada jalan .
Jom rebut peluang terbaik ini.
BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!
Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial
Saya nak berjaya.. Nak belajar dari menthor hebat dr azizan.. Tp malang sekali duit pun tidak ada utk ikut program 10hari tu.. Yg akan datang nanti.. Saya buntu.. Mati akal.. Tak tau nk buat apa.. Maju salah.. Undur pun salah.. Hutang banyak nk kena bayar.. Ya Allah… Tolong la..
Mulakan langkah demi langkah.
BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!
Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial
Syukur Alhamdulillah ya Allah apa yang saya pelajari dengan ilmunya Dato’ Wira Dr Azizan Osman saya dapatkan ilmu bina bisnes berjaya dan terima kasih kepada Dato’Wira Dr Azizan Osman sengat baik
Alhamdulillah. Moga segala input yang diterima beri manfaat sedikit sebanyak. Moga bisnes semua terus maju
Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberi. Ilmu yang sangat bermanfaat. Moga team Richworks sentiasa sihat, diperluaskan pintu rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin
Alhamdulillah. Terima kasih atas doanya : )
Alhamdulillah sehingga hari ke 8 join kelas ,,saya sudah berani buat live dan terus buat seperti doc wira cakap,,saya dah mula bisness sebagai dropship,dah tak rasa malu atau takut nak berdepan dengan live lagi,,tq dato wira AzizanOsman👍🏻👍🏻👍🏻
Amazing ! Keep sharing. Moga dipermudahkan : )
So, mcmana saya nak mula skrg? Saya dah lama buang masa krn asyik tgk orang dan mengatakan cukuplah gaji saya sebagai guru shj.
Mulakan langkah demi langkah
BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!
Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial
Fakta yang dikemukan semuanya betul.
Terima kasih atas pesanan usahawan muslim.
Alhamdulillah. Sama sama