Rahsia Kejayaan Orang Jepun

Rahsia Kejayaan Orang Jepun

Orang Jepun telah mengharungi banyak cabaran antaranya pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, tsunami, gempa bumi dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun, orang Jepun dapat bangkit hingga menjadi antara negara maju dan ekonomi besar di dunia. Apakah yang membuatkan negara ini dapat bangkit dan berjaya hingga hari ini?

5 perkara yang buatkan orang Jepun berjaya :

  1. Semangat yang kuat

Meskipun cabaran atau dugaan datang sama ada semula jadi atau perbuatan manusia, mereka terus maju ke depan dengan berani dan tabah menghadapinya.

Mereka berjaya bangkit dan membangun semula dengan cepat seperti yang dapat kita lihat selepas Perang Dunia Kedua.

  1. Tepat pada masa

Mereka terkenal dengan soal menepati masa mereka. Kepentingan menguruskan masa dengan baik dan produktif menjadi amalan dan gaya hidup kebanyakan orang Jepun.

Malah difahamkan kelewatan kereta api di Jepun hanya dengan purata sekitar 7 saat saja. Ini membuktikan bagaimana ketepatan sangat dijaga di sana.

  1. Disiplin

Mereka amat berdisiplin dengan menghormati perundangan yang ada. Mereka tidak bercakap menggunakan telefon ketika dalam kereta api, bantu mereka memerlukan seperti orang tua dan tidak buang sampah merata-rata.

  1. Kesopanan

Adab yang dijaga dengan menunduk kepala setiap kali bertegur sapa, bercakap dengan lembut dan merendah diri.

  1. Tiada kesilapan dalam diri

Mereka menyasarkan zero kesilapan dan keefisienan tinggi. Orang dan teknologi tidak dapat dipisahkan yang akan membantu dalam bisnes dan bidang anda.

Artikel terbaru

6 Comments

Leave a Reply