Ini bukan sekadar promosi. Tetapi dengan memberi hadiah percuma, anda akan dapat tarik perhatian prospek dan pelanggan. Anda akan buat mereka sedar bahawa anda dan bisnes wujud.
Melalui tawaran hadiah yang diberi secara percuma, anda akan dapat data pelanggan yang banyak. Hadiah percuma tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Anda boleh berikan tawaran ebook percuma atau khidmat konsultansi percuma.
Contoh hadiah percuma yang anda boleh beri untuk tarik perhatian :
- Jika anda sebuah kedai makan, anda boleh beri tawaran diskaun harga sehingga 40% kepada 10 pelanggan pertama setiap hari.
- Jika anda menjual produk kecantikan, anda boleh beri tips penjagaan kecantikan, tutorial solekan atau mungkin sampel produk percuma kepada 30 orang pertama yang PM anda.
- Jika anda menjual tudung, anda boleh berikan tutorial tudung istimewa atau percuma inner kepada 30 orang pertama yang beli produk anda.
- Setiap kali mereka nak dapatkan hadiah percuma, pastikan mereka isikan borang database atau beri anda maklumat seperti nama, nombor telefon dan alamat email untuk anda simpan sebagai data pelanggan anda. Data ini sangat berguna untuk anda buat “follow up”.
2 Comments
Idea bagus untuk saya lakukan. Terimakasih
Terima kasih