Wanita Berjaya Walau Mula Bisnes Kecil-Kecilan

Wanita Berjaya Walau Mula Bisnes Kecil-Kecilan

Golongan wanita ini boleh dikatakan serba boleh sebenarnya. Bayangkan mereka ini boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa.

Cuba lihat seorang wanita yang sudah berumah tangga, merekalah yang biasanya menguruskan rumah, menjaga anak-anak dan suami, menjadi ‘menteri kewangan’ rumah tangga dengan bertanggungjawab memegang duit suami, ada yang juga berkerja dan bermacam-macam lagi.

Apatah lagi seorang suri rumah, pelbagai perkara perlu dilakukan termasuk ada yang menjalankan bisnes sampingan – bisnes kecil-kecilan untuk membantu keluarga. Kini bukan menjadi satu perkara luar biasa bila seorang wanita itu terutama suri rumah menjadi usahawan hingga mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Mengikut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) jumlah usahawan PKS berdaftar di Malaysia pada 2015 adalah sebanyak 907,065 syarikat dan daripada jumlah itu, 186,855 atau 20.6 peratus adalah usahawan PKS wanita.

Wanita juga tidak ketinggalan dalam menjalankan bisnes di negara ini. Bahkan, ramai saja wanita yang melakukan bisnes kecil-kecilan pada mulanya sudah berjaya berkembang hinggakan ada saja yang mencapai RM1 juta pertama mereka malah lebih lagi.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui anak-anak didik RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam latihan dan bimbingan yang diberikan sejak 2008.

Ramai usahawan wanita yang berjaya, bermula dari bisnes kecil-kecilan.

Banyak usahawan wanita yang dibimbing ini boleh mengubah hidup mereka dengan bina bisnes yang berjaya tidak kira mereka sebagai Founder ataupun hanya jual produk orang lain dengan bermula secara kecil-kecilan.

Berbekalkan ilmu, sistem yang betul dengan bimbingan MenThor yang terbukti sudah lahirkan ramai usahawan jutawaan, mereka juga mampu berjaya.

Daripada seorang suri rumah, wanita ini kini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam syarikat sendiri hasil bisnes yang mendapatkan ilmu.

Kebanyakan wanita yang berjaya bina bisnes ini kebiasaannya mempunyai kemahuan yang tinggi dan big why yang jelas. Mereka tahu apa yang dimahukan contohnya mahu bantu keluarga, menjana pendapatan sendiri dan sebagainya.

Tidak berhenti di situ, selepas berjaya kebanyakan mereka akan bantu orang lain yang mencari peluang jana pendapatan juga yang mana berdepan kesusahan sama seperti mereka sebelum ini.

Anda juga boleh berjaya seperti usahawan jutawan ini, Puan Norrizah , Puan Fatin, Puan Nik Norezreen dan banyak lagi yang bermula dari bisnes kecil-kecilan.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Suzana binti wahee

    Assalamualaikum.team rich work,maaf salah tulis,tangan kebas, pegang tel,
    Kebengangan saya,MCM mana nk berjaya MCM org lain

Leave a Reply