Pernah dengar Spartan Race? Ia bukan saja menguji kelasakan anda malah kekuatan mental dan fizikal. Acara larian berhalang antara yang paling mencabar di dunia. Penganjuran acara Spartan Race pastinya dinantikan ramai orang termasuk badan korporat bagi menguji ketahanan dan teamwork mereka untuk sampai ke garis penamat.
Tahukah anda, sebelum muncul pandemik Covid-19, Spartan Race beroperasi pada 45 negara dengan 325 acara tahunan. Namun ekoran pandemik, semua acara itu sudah tak dapat dilakukan.
Menurut Founder Spartan Race, Joe De Sena, itulah kehidupan. Ketika mereka berada di puncak dunia, kemudian pandemik melanda yang menumbuk mereka.
Kekuatan mental bagi usahawan :
Kekuatan mental dapat membantu semua orang terutama usahawan untuk berdepan dengan situasi sebenar dunia yang adakala berlakunya perkara di luar jangka.
Sehubungan itu, pertama sekalinya jelas De Sena bahawa usahawan perlu tahu dan faham dalam bina bisnes yang berjaya akan ada masalah dan cabaran dalam journey anda.
Anda kena tahu, perjalanan ini tidak semestinya berhasil sekelip mata malah mungkin beberapa tahun yang bergantung kepada banyak faktor terutama diri usahawan itu sendiri.
Untuk memiliki ketahanan dan kekuatan mental, mereka perlu melatihnya dengan mengubah tabiat dan sikap usahawan itu.
Ikuti 6 perkara yang dikongsikan bagi melatih kekuatan mental untuk berdepan situasi mencabar :
1. Tahu big why anda
Perkara yang mendorong anda untuk berusaha setiap hari. Jika anda tahu tujuan anda sebagai usahawan, maka walau dalam apa keadaan anda akan dapat terus bergerak ke depan.
2. Jangan mudah selesa
Kesusahan, cabaran dan masalah dihadapi akan membuatkan usahawan tidak selesa. Suka dengan keadaan ini yang akan buatkan anda untuk mencari jalan dan berusaha mengatasinya.
3. Kena agile untuk berdepan pelbagai keadaan
Agile diperlukan bagi usahawan agar dapat buat perubahan dengan pantas. Usahawan tidak boleh terus statik dan selesa pada takuk yang sama sedangkan masa beredar dengan pantas.
Apatah lagi, perubahan teknologi yang pantas memerlukan usahawan sentiasa upgrade diri dan ilmu untuk berikan kelebihan dalam bisnes anda.
Contohnya, seperti Kodak yang suatu ketika dulu menjadi keperluan orang bagi mendapatkan gambar, namun disebabkan tidak agile membuatkannya boleh dikatakan ‘pupus’.
4. Perlunya tindakan
Tindakan sangat penting dalam bina kekuatan mental dan ketahanan anda. Tidak kira berapa banyak idea dan strategi bijak yang ada, tanpa tindakan tak berguna.
5. Hanya pelan A
Usahawan perlu meletakkan diri mereka dalam keadaan yang mana mereka tidak ada pilihan lain dengan hanya boleh maju ke depan. Habiskan apa yang sudah anda mulakan.
6. Beritahu orang lain
Bila anda beritahu orang lain mengenai perancangan, misi atau target anda. Langkah ini akan membawa anda kepada konsisten untuk mencapainya.
Anda akan lebih komited untuk berusaha mencapainya kerana orang lain juga tahu perkara itu.
Jelas De Sena, apa-apa cabaran dan halangan dihadapi dalam perjalanan anda untuk mencapai tidak bermakna perlu mengalah.
“Anda perlu seronok dengan journey ini. Jika tidak seronok, anda tidak akan gembira. Semuanya mengenai journey,” katanya
Sebab itu, usahawan perlulah ada kekuatan mental dan ketahanan bagi mampu bangkit kembali ketika berdepan masalah dan cabaran.