Database Is King! 5 Manfaat Database Pelanggan Bagi Usahawan

Database Is King! 5 Manfaat Database Pelanggan Bagi Usahawan

Mengapa orang kata database is king? Seperti seorang raja yang mempunyai peranan besar dalam sesebuah kerajaan, begitu juga database atau pangkalan data ini.

Database sangat penting dalam bisnes terutama kepada mereka yang nak bina bisnes yang berjaya. Kalau yang tak nak berkembang dan sudah selesa dengan keadaan ketika ini boleh abaikan saja.

Hal ini kerana database boleh membantu anda dalam memantau, mengkaji dan merancang bisnes anda. Ia boleh membuatkan bisnes anda lebih efisien yang bantu mengembangkan bisnes dengan buat keputusan lebih baik dan tepat.

Bayangkan betapa ruginya jika anda sudah berniaga bertahun-tahun, sudah tentu lebih ribuan produk atau servis dijual dan diberikan kepada pelanggan-pelanggan.

Database pelanggan yang sepatutnya dimiliki semua usahawan, tidak ada dan menyebabkan bisnes anda hanya fokus cari pelanggan baru.

Tak penat ke? Mana lebih mudah untuk anda approach, pada database sedia ada yang sudah nampak, kenal, faham dan berpengalaman dengan produk atau servis anda berbanding pelanggan atau orang baru?

Sudah tentu, pelanggan-pelanggan sedia ada dalam database dimiliki lebih mudah untuk mendekati mereka, buat retargeting dan mengekalkan hubungan dengan mereka.

Menurut MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman, cara paling pantas untuk anda bina bisnes dan marketing yang power dengan kos yang rendah adalah database.

“Problem bila customer datang dan pergi, sedangkan kita nak customer datang dan stay.”

Datuk Wira Dr Azizan Osman

5 Manfaat Database Pelanggan Anda :

  1. Wujudkan pelanggan setia

Dapat kenal pasti pelanggan-pelanggan setia anda. Anda dapat memberikan layanan mengikut tahap mereka.

Anda boleh berikan mereka tips, diskaun dan tawaran menarik bagi mereka melakukan pembelian semula.

  1. Berikan khidmat pelanggan lebih baik

Maklumat-maklumat pelanggan yang ada seperti maklum balas, umur, minat dan sebagainya dapat membuatkan anda berkomunikasi mengikut kesesuaian diri mereka.

Melalui cara ini, usahawan akan dapat bina hubungan yang lebih dekat dengan pelanggan malah akan mengembirakan mereka.

  1. Saluran utama pelanggan

Mereka ini merupakan pelanggan sedia ada anda yang telah pun mencuba dan berpengalaman dengan produk atau servis yang ditawarkan.

Justeru itu, kebarangkalian untuk mereka membeli semula lebih tinggi berbanding pelanggan baru.

  1. Mewujudkan tarikan brand

Anda dapat bina tarikan kepada brand bisnes dengan mencapai pelanggan dengan menawarkan produk baru, diskaun istimewa, berikan value kepada mereka yang akan buatkan mereka rasa mempunyai hubungan dengan bisnes anda.

Malah ia juga dapat membina kepercayaan dengan mereka.

  1. Melancarkan produk baru

Anda boleh melancarkan produk baru kepada audiens yang kecil untuk melakukan membuat menguji dahulu sebelum buat pelancaran secara besar-besaran.

Pilih kumpulan pelanggan yang paling dipercayai bagi anda dapat maklum balas membina dan konstruktif supaya dapat buat penambahbaikan lagi,

Apabila anda mengetahui apa yang dimahukan pelanggan, sudah tentu ia akan memperkasakan lagi produk yang ditawarkan dan bagaimana untuk anda menawarkannya.

Sehubungan itu, sebagai usahawan sebenarnya wajib untuk kita ada database terutamanya database pelanggan. Bagaimanapun, ada sebahagian daripada usahawan tak nampak ia penting malah ambil sambil lewa saja.

Sedangkan banyak potensi atau manfaat kepada bisnes mereka sendiri. Justeru itu, bagaimana pula anda nak dapatkan database pelanggan ini?

Untuk ketahui lanjut anda boleh baca di sini mengenai 3 proses paling penting untuk usahawan kumpul database pelanggan anda.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply