Pilihan anda untuk pakai ‘topi’ mana satu pada setiap pagi. Pilihan ini boleh mempengaruhi sepanjang hari anda.
Lebih-lebih lagi ketika tempoh PKP 2.0 ini, pilihan topi yang betul perlu untuk memastikan usahawan kekal bertenaga agar bisnes bukan saja bertahan malah dapat berkembang.
Jelas MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman, jika kita pilih topi muka yang sedih pada pagi itu, maka ia akan mempengaruhi orang sekelilingnya anda termasuk pelanggan.
Orang itu daripada nak membeli dengan anda berubah fikiran buatkan dia tak jadi beli. Mungkin ada orang yang betul-betul dalam kesedihan namun jangan terlalu lama dan kembali bangkit untuk meneruskan kehidupan anda.
Justeru itu, cuba pakai topi yang positif seperti gembira, bersemangat, teruja dan banyak lagi untuk mulakan hari anda. Malah tiap-tiap hari, sebenarnya banyak perkara yang perlu kita syukuri termasuk apa yang sudah dimiliki ketika ini.
“Aku masih diberi peluang untuk bernafas, dapat berusaha untuk bantu diri, keluarga malah orang lain melalui bisnes.”
Beryukur dan kemudian berusaha dengan tindakan anda. Kalau kita malas, tak nak buat tindakan maka tiada apa-apa akan berubah.
“Tiada kejayaan untuk orang malas. Kejayaan ada hanyalah dia berjaya jadi malas.”
Datuk Wira Dr Azizan Osman
Berikut kami kongsikan 5 tips yang dapat bantu usahawan memulakan harinya dengan topi yang betul.
5 Tips Untuk Bantu Usahawan Pilih Topi Setiap Hari :
- Bersyukur
- Setiap kali bila bangun pagi, syukur kepada Allah SWT yang masih benarkan kita benafas dan meneruskan kehidupan ini. Tuliskan apa lagi anda syukuri.
Usahawan akan lebih menghargai apa yang ada dan yang mahu dicapai pada masa akan datang. Justeru itu, buatlah yang terbaik dalam segala apa yang dilakukan nanti.
Sesungguhnya Allah SWT pemberi nikmat yang menjanjikan tambahan nikmat kepada mereka yang bersyukur.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
2. Solat sunat
- Bangun awal untuk menunaikan solat sunat seperti solat tahajud yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Solat tahajud dilakukan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam dan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.
Jika kita ingin meminta sesuatu tentunya kita perlu mendekatkan diri kepada yang akan kita minta.
Seperti kita ingin meminta keampunan atas dosa yang kita lakukan, maka kita perlu mendekatkan diri kepada Allah supaya taubat nasuha kita diterima.
Ia juga dapat berikan ketenangan dan kedamaian jiwa kepada diri anda.
- Bersenam
- Luangkan masa untuk melakukan senaman pagi agar buatkan diri lebih cergas dan bertenaga. Senaman dapat menghasilkan hormon penting untuk otak iaitu serotonin, enforfin, epinephrine dan dopamin.
- Jangan lupa sarapan pagi
- Sarapan pagi dikatakan makanan paling penting setiap hari. Banyak manfaat yang diberikan kepada tubuh anda.
Contohnya, ia memulakan metabolisme yang membantu tubuh badan membakar lebih banyak kalori. BMI akan jadi lebih rendah.
Bukan itu saja, sarapan pagi yang tinggi serat membantu mengurangkan keletihan.
- Tetapkan sasaran anda hari itu
Sasaran atau target anda yang ditetapkan pada hari itu akan membantu untuk mencapainya. Orang yang berjaya selalunya mempunyai tujuan yang jelas.
Apa yang nak dicapai hari ini? Apa cara paling efektif dan efisien untuk menggunakan masa yang ada bagi menyiapkan tugas?
Bagaimanapun, hari anda semuanya bermula dengan pilihan anda untuk memakai ‘topi yang mana. Mulakan dengan betul bagi mendapatkan hari anda yang lebih baik dari sebelumnya.
Ia bukan saja dapat bantu diri anda, malah beri kesan kepada team dan bisnes agar dapat berkembang dalam membina bisnes yang berjaya.
2 Comments
terbaik!
terima kasih atas sharing yang di berikan