Semenjak akhir-akhir ini, semakin ramai memilih untuk melakukan bisnes online dari rumah. Ini berikutan keadaan ekonomi yang terjejas dan peningkatan kos sara hidup sebelum mahupun selepas pandemik. Kelebihan bisnes online dari rumah adalah anda hanya perlu mempunyai internet pantas, komputer riba atau telefon bimbit dan tidak perlu susah-susah buka kedai di luar.
Namun begitu, kami percaya peniaga online dari rumah juga mempunyai cabaran dan halangan tersendiri. Ini kerana peningkatan luar biasa dalam bidang ini bukan melibatkan suri rumah sahaja, tetapi juga pelajar, penganggur, peniaga terjejas mahupun mereka yang sudah ada kerjaya. Lalu bidang ini memerlukan strategi yang betul agar pelanggan memilih anda dari banyak pilihan yang mereka ada.
Kalau anda tanya orang yang sudah berjaya, tak semua nak share tips dan teknik mereka berniaga secara online. Jadi kami nak bantu anda yang sudah berniaga online atau minat untuk berniaga online dari rumah untuk berniaga dengan cara yang betul.
Baca dulu 25 kesilapan yang selalu usahawan lakukan dalam bisnes online dari rumah. Tak kira apa perniagaan anda samaada dropship, ejen atau produk sendiri, perniagaan dari rumah juga mampu menjana pendapatan lumayan jika anda tahu pantang larang tersebut.
25 Kesilapan Dalam Bisnes Online :
- Emosi
Tak kira apa perniagaan anda ingin ceburi, perkara pertama adalah didik dulu emosi anda. Walaupun perniagaan online dan digital kebanyakannya tidak memerlukan anda membuat pemasaran dan jualan secara berdepan dengan pelanggan tetapi ianya tetap mempunyai cabaran. Malah peniaga online paling mudah terdedah dengan pembuli siber (Cyberbully) dan kecaman. Jangan mudah mengalah dan kecewa dengan tiap kecaman di sosial media yang datang. Ramai peniaga online boleh berjaya jadi yakinlah bahawa anda juga boleh berjaya. Jadi, kuatkan emosi anda. Jika anda mudah terkesan, bagaimana pula jika perniagaan berkembang nanti? - Campur aduk akaun personal dan bisnes
Kesilapan yang ramai peniaga online buat secara tak disedari ialah mencampurkan urusan bisnes dan urusan peribadi di Facebook peribadi. Di situlah kita berniaga, di situlah kita bercerita tentang kenduri kahwin saudara mara dan kat situ jugalah tempat kita meluahkan perasaan.
Belum lagi nak kira mereka yang jual macam-macam dalam satu platform seperti FB. Bila anda buat macam tu, anda tak dapat nak jadikan pengikut anda kaitkan diri mereka dan perniagaan anda.
Mereka pun tak nampak jelas hala tuju bisnes mereka. Dan amatlah tak sesuai bila anda campur adukkan soal bisnes dan peribadi sehingga sukar untuk pelanggan anda menjadi raving fan anda. - Copywriting tidak jelas
Peniaga online selalu guna alasan tak tahu menulis dan tak perlu nak menulis. Cukuplah dengan upload gambar produk yang anda jual. Strategi ini adalah salah. Pelanggan bukan hanya ingin melihat gambar tetapi mereka memerlukan penulisan yang menarik agar peniaga dapat menyampaikan kelebihan produk. Bila anda tahu copywriting, anda akan tahu cara nak menulis dengan lebih baik. Manusia ni, suka baca cerita. Suka baca semua yang tunjukkan emosi kerana dengan emosi mereka dapat ‘relate’ dengan diri mereka. Anda boleh gunakan teknik bercerita untuk menarik pelanggan untuk terus masuk ke platform bisnes online anda. - Mengabaikan siapa sasaran pelanggan anda
Anda tak boleh berniaga online dan main agak-agak saja siapa yang patut beli dari anda. Anda tak boleh nak harapkan kawan-kawan dan keluarga saja beli dari anda.
Jika nak pergi lebih jauh dalam bisnes online, anda kena belajar untuk luaskan market. Bila anda tahu siapa pelanggan anda, jantina, umur, lokasi di mana mereka berada, apa minat mereka, maka senang anda nak fokuskan kempen pemasaran yang sesuai untuk target audience anda. Di kebanyakan platform sosial media ada fungsi vote yang boleh anda lakukan sebagai survey dan kaji selidik. Apa kata anda explore fungsi ini dan dapatkan pandangan jelas pelanggan sasaran anda?
Jangan lakukan 5 kesilapan ini yang boleh buatkan pelanggan-pelanggan anda lari - Jual Macam-Macam
Jangan jadikan online business anda macam kedai runcit, melainkan anda memang usahawan kedai runcit! Anda jangan menyangka orang yang beli tudung anda adalah orang yang sama nak beli bantal dan kuali yang turut anda jual di FB yang sama. Lazada tak bermula dengan menjual macam-macam secara online, mereka bina jenama dulu dan bila dah terkenal baru mereka tambahkan jenis barang dalam Lazada. - Mengabaikan Engagement
Tak ada engagement bermakna anda tak berinteraksi dengan followers Facebook anda. Anda buat posting untuk menjual dan mereka tak response. Anda tak dapat nak buatkan mereka tertunggu-tunggu posting anda. Paling teruk anda hanya post bila anda ada produk nak jual. Masa-masa lain, tiada posting atau posting peribadi yang tak beri apa-apa nilai produk kepada followers anda. - Tidak beretika
Bisnes online yang tak beretika ialah bila anda curi testimoni orang lain dan jadikannya testimoni anda, atau guna copywriting orang lain dan tukarkannya jadi copywriting anda.
Ada juga yang kutuk-kutuk produk orang lain, kutuk-kutuk pelanggan dan up status yang merendahkan produk orang lain. Anda hanya menunjukkan identiti sebenar diri anda sahaja sekaligus menunjukkan bahawa anda kurang ilmu dalam nak berbisnes online. - Tidak ada jadual (disiplin)
Berniaga online dari rumah sebenarnya ada cabaran tersendiri. Anda akan mudah tergoda dengan banyak perkara. Gadget, TV, Media Sosial yang hanya akan membuatkan anda hanya membuang masa.
Kami faham kita semua mempunyai komitmen terutama terutama suri rumah yang terpaksa bergelut dengan anak-anak dan urusan rumah tangga sehingga menyebabkan apa tindakan yang patut buat hari itu untuk bisnes terus TERGENDALA.
Bukan suri rumah saja, ramai antara mereka yang berniaga dari rumah gagal kerana mereka tak ada jadual dan tak fokus. Jadi, buat satu jadual supaya anda lebih berdisiplin. Dengan jadual, anda boleh membahagi masa dengan adil pada komitmen dan keperluan anda. Jangan lupa berbincang dengan ahli keluarga supaya mereka faham apa yang anda sedang lakukan,ya? - Mengabaikan branding
Dalam apa saja perniagaan, branding sangatlah penting. Tak kira anda berniaga produk orang lain atau produk sendiri. Anda memerlukan brand. Branding bukanlah sekadar pada produk dan logo. Ia merupakan ‘proses’ yang terlibat dalam mencipta nama yang unik dan imej untuk produk/servis dalam minda pengguna terutamanya melalui kempen pengiklanan dengan tema yang konsisten.
Ingat! Branding tak semestinya pada produk atau servis. Diri anda juga boleh jadi satu branding terutama jika anda peniaga online!
Secara mudahnya, tanya diri anda. Apa style atau trademark yang buat orang kenal anda? Begitu juga jika anda dropship produk orang lain. Anda boleh menggabungkan nama anda dan nama produk tersebut supaya orang tahu anda adalah ejen produk tersebut yang mempunyai branding diri anda sendiri.
Dengan adanya branding nanti, pelanggan akan kenal anda dari pesaing anda sendiri walaupun anda hanya berniaga dari rumah. - Terlalu menjual
Memang kalau anda tak berusaha untuk menjual, tak kan ada orang nampak apa yang anda nak tunjukkan. Tapi ini tak bermakna anda perlu jual setiap masa sehingga anda kelihatan terdesak. Perhatikan kembali platform sosial media anda. Adakah posting yang selalu anda buat semuanya tentang produk semata-mata? Adakah setiap komen anda selalu mengenai produk anda? Kalau iya, sudah masanya anda ubah sikap ini. Sekali sekala, buatlah siaran santai, keagamaan atau ilmu. Berikan sedikit informasi menarik supaya pengikut anda tidak jemu dan sentiasa mahu singgah di laman anda. - Tidak merujuk SEO
Yang ini pula bagi anda yang ada blog dan website sendiri. Sebenarnya, bagus jika anda menggunakan platform lain seperti website dan blog. Sekurang-kurangnya, sasaran anda jadi lebih luas. Tetapi jangan abaikan SEO untuk website anda. SEO adalah dari kata “search engine optimization.” SEO mampu mengoptimasi website agar mendapat ranking teratas di hasil pencarian Google. Bukan itu sahaja, ianya mampu menarik lebih banyak trafik ke laman anda. Jadi, jika anda ada laman web, jangan lupa rujuk SEO, okay? - Tangguh mendaftarkan perniagaan
Ini adalah kesilapan biasa peniaga online. Tidak mendaftarkan perniagaan tak ubah seperti menganggap bisnes anda tidak ada misi. Sebenarnya, apa saja perniagaan anda walaupun sekadar berniaga dalam mahu pun depan rumah, daftarkan perniagaan anda. Apabila perniagaan didaftarkan sedari ia bermula dari kosong, ianya akan menjadi rekod rujukan bank atau pemberi pinjaman apabila perniagaan berkembang. Semakin lama sesebuah perniagaan, semakin ianya dipercayai, bukan? Jadi, adakah anda hanya menunggu perniagaan itu berkembang baru nak daftar? Fikir-fikirkanlah.. - Tidak yakin dengan produk
Sebenarnya, dalam diam pasti ada peniaga online yang merasa tak yakin dengan produk sendiri. Mereka menjual semata-mata untuk mendapat pendapatan sampingan. Jangan macam tu. anda perlu yakin dengan produk yang dijual kalau tidak, macam mana anda nak yakinkan sasaran anda? Anda sendiri perlu jatuh cinta pada produk anda sebelum anda membuatkan orang lain jatuh cinta pada produk anda. Lagipun, pelanggan sekarang bijak memilih jadi mereka tahu jika produk itu kurang meyakinkan. - Terlalu sama dengan orang lain
Tidak salah anda mengikut trend dan menjual produk yang paling dikehendaki pasaran namun pastikan bisnes anda memiliki kelainan dan keunikan sendiri. Kelainan tidak semestinya pada jenis atau fungsi produk tetapi pada pembungkusan dan pemasaran anda. Kelainan ini akan membuatkan produk anda menonjol. Begitu juga jika anda menjual produk orang lain. Anda boleh cipta kelainan dan keunikan pada cara marketing anda. - Spam
Ada peniaga, pantang nampak posting atau siaran yang menjadi tumpuan, terus meninggalkan komen menjual. Ini adalah spam dan tak ada siapa yang suka kena spam. Lebih-lebih lagi spam tersebut bertentangan dengan isu dan topik siaran. Peniaga online perlu peka dan tahu menghormati laman atau siaran orang lain. Ibarat sebuah rumah, adakah anda suka orang sesuka hati masuk rumah anda dan terus menjual? - Kurang sabar
Adakah sedari bayi, seseorang itu boleh terus berlari dan berbicara? Sudah tentu tidak. Kita perlu belajar satu persatu dengan merangkak, jatuh, bangun dan seterusnya berlari. Begitu juga dengan bidang perniagaan. Anda tak boleh sama sekali mengharapkan baru kenal dunia bisnes online terus anda ada ramai pengikut. Jangan mengharapkan baru menjual terus dapat keuntungan besar. Semua itu perlukan proses satu persatu. Sabar dan sentiasa percaya setiap usaha pasti ada hasil. - Menyentuh isu sensitif
Tiga perkara yang pantang bagi peniaga online lakukan adalah menyentuh dan mengecam kepercayaan politik, agama dan kaum lain. Anda akan mengecilkan sasaran anda dan mempunyai pengikut dari mereka yang sefahaman dengan anda semata-mata. Sebenarnya potensi pasaran anda boleh jadi dari mereka yang lain aliran politik, agama dan kaum. Lagipun, kita jangan menambah musuh. Bukankah lebih ramai yang menyenangi anda, itu lebih baik untuk perniagaan anda? - Bergerak solo
Okay, memang betul berniaga online dari rumah bermaksud anda boleh berniaga tanpa orang lain. Cukup dengan telefon bimbit dan internet, semua pemasaran boleh berjalan. Lebih-lebih lagi kalau anda dropship. Penghantaran pun tak perlu fikir, kan? Tetapi sebenarnya, anda masih perlukan sokongan termasuk dari circle yang betul. Bina hubungan dengan kumpulan peniaga online yang positif atau bina hubungan dengan pembekal yang sangat menyokong anda. Sertai mana-mana kelompok peniaga yang boleh berkongsi tips yang betul supaya anda lebih terdedah dengan perkembangan pasaran online. - Melabur modal yang banyak
Tanpa mengira risiko, ada peniaga online terus melabur modal yang banyak sedangkan sebenarnya peniaga online dari rumah adalah yang paling beruntung kerana banyak kos dapat dijimatkan. Jangan terus melabur pada iklan berbayar sedangkan anda boleh buat iklan percuma dulu. Begitu juga dari segi stok barang. Jangan terus penuhkan stor atau ruang rumah anda dengan barang untuk dijual sedangkan pelanggan tak perlu pun datang untuk melihat sendiri barang tersebut. Sebaliknya, mulakan dengan kecil-kecil dulu. Lihat sambutan yang ada dan jika menggalakkan, barulah anda boleh tambah produk lagi. Pelaburan yang menguntungkan bagi peniaga online dari rumah adalah internet pantas, peralatan komputer, aplikasi digital(berbayar atau percuma) dan handphone untuk buat siaran. Jadi jangan melabur pada perkara yang bukan keperluan, ya? - Mengabaikan pesaing
Kami tak bermaksud anda perlu bermusuh dengan pesaing tetapi anda harus sentiasa tahu apa pesaing anda lakukan. Bila anda berniaga online, tak bermakna anda tak ada pesaing semata-mata kerana mereka tidak berada di depan mata atau berada dekat dengan kawasan bisnes anda. Malah sebenarnya, dunia online mempunyai pesaing yang sengit dan lebih luas. Walaupun peniaga anda di seberang laut pun, mereka boleh mencapai pelanggan sasaran anda! Jadi jangan abaikan mereka. Jika mereka kreatif dalam pemasaran, anda juga boleh jadi kreatif, kan? - Tidak mengikut kehendak pasaran
Ini adalah salah satu masalah peniaga online sekarang. Anda harus terima kehendak pasaran semasa. Jangan degil dan rasa anda boleh sedangkan perniagaan anda sudah tidak mampu bertahan. Contohnya, anda menjual kelengkapan umrah. Jika anda melihat situasi di mana umrah dan haji tidak dibenarkan kerana larangan rentas negara, kenapa anda tidak usahakan untuk fokus pada telekung dan sejadah sahaja? Jangan bazirkan masa dan tenaga untuk buat siaran yang anda tahu takkan ada orang beli buat masa terdekat. - Gagal mengurus kewangan
Walau apa pun model perniagaan anda, jangan pernah abaikan pengurusan kewangan. Jangan campur adukkan duit perniagaan dan peribadi. Mahirkan diri dengan pengurusan kewangan dari mula anda bertapak supaya anda belajar dan tahu menjaga kewangan apabila perniagaan anda berkembang. - Menggunakan satu platform sahaja.
Jika anda sudah mahir dan mempunyai ramai pengikut di platform FB, tak ada salahnya anda menjemput mereka ke akaun Instagram mahupun You Tube. Promosikan produk di platform lain juga mampu memudahkan anda mencapai lebih sasaran. Malah sekarang ini anda boleh melakukan pemasaran dengan menggunakan platform Shopee atau Whatsapp Business. Jadi, beranikan diri untuk mencuba platform dan menggunakan teknologi digital untuk pemasaran yang banyak ditawarkan di sosial media. - Tidak mencari mentor/ilmu
Sebenarnya, usahawan yang sudah lama berniaga pun masih memerlukan bimbingan, apalagi jika peniaga online? Ini kerana bidang online adalah bidang yang sentiasa pantas berkembang dan mempunyai strategi yang berbeza. Jangan terjun dalam bidang ini tanpa belajar dan tanpa merujuk pakar yang benar-benar terbukti memberi bimbingan yang betul. Contoh mudah, tanpa membaca dan menimba ilmu dari artikel di sini, mungkin anda sedang melakukan beberapa kesalahan yang tersenarai di atas tanpa anda sedari. - Sampai sekarang masih tidak bermula
Anda sudah ada ilmu asas dan dalam kepala dah ada macam-macam idea untuk berniaga tapi sampai sekarang belum mula! Anda harus tahu berniaga online di rumah boleh dimulakan bila-bila masa tapi tak bermakna anda perlu tangguh! Kalau anda tak ada modal, apa kata anda mulakan dengan dropship dulu? Modal tak perlu fikir, penghantaran pun dihantar oleh pembekal. Sekarang pun patut boleh mula, kan?
Macam mana? Anda dapat kaitkan diri anda atau kenalan anda melalui perkongsian ini? Apapun kesilapan yang anda lakukan, ini masa untuk ubah dan lakukan perkara yang betul. Jangan menganggap bisnes online dari rumah akan terus kekal bertapak di rumah. Pelajar-pelajar RichWorks membuktikan ramai antara mereka bermula dari rumah tapi sekarang sudah memiliki gudang, wisma dan empayar sendiri. Percayalah, anda juga berpotensi untuk berjaya asalkan anda ada kesungguhan dan semangat untuk berusaha.
**** Di RichWorks, kami komited untuk memberi bimbingan terutama melibatkan online dan digital kepada peniaga mengikut tahap perniagaan mereka. Dapatkan bimbingan percuma berterusan bersama komuniti peniaga terbesar di Malaysia dengan menyertai telegram Azizan Osman Official.
3 Comments
Terbaik Sifu….Mohon share
Terima Kasih . Yess boleh share. sharing is caring ! Awesome Tuan Nasrudin
Maka, kami akan kongsikan cabaran-cabaran yang akan anda hadapi dalam bisnes online dan cara tackles masalah dan customer anda. Teruskan pembacaan anda!