Bolehkah ekonomi pulih tahun ini? Inilah persoalan yang pastinya berlegar-legar dalam pemikiran Kerajaan, ahli ekonomi, syarikat korporat, bisnes-bisnes dan pihak berkepentingan termasuk rakyat di luar sana.
Adakah kita akan menyaksikan pemulihan ekonomi pada tahun ini dengan rakyat akan mendapatkan limpahan kesejahteraan dan kemakmuran daripadanya?
Menurut Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, unjuran hasil pada 2021 berjumlah RM236.9 bilion adalah lebih rendah daripada pungutan hasil 2019 berjumlah RM264.4 bilion.
“Unjuran ini berdasarkan pengalaman semasa Global Financial Crisis 2008-2009, di mana cukai pendapatan individu dan korporat meningkat 18.1 peratus tahun ke tahun pada 2010.
“Bagi 2021, jumlah pungutan dijangka lebih konservatif dengan unjuran 12.3 peratus. Jadi, kerajaan tidak terlebih optimistik dalam unjurannya seperti yang diperkatakan beberapa pihak.
“Unjuran ini juga konsisten dengan jangkaan pertumbuhan KDNK negara pada 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada tahun 2021, selaras dengan unjuran Bank Dunia (6.7 peratus) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (7.8 peratus),” katanya.
Selain itu, IMF menjangkakan pertumbuhan KDNK dunia pada kadar 5.2 peratus pada tahun 2021, manakala Bank Pembangunan Asia mengunjurkan pertumbuhan 6.8 peratus bagi Asia Membangun dan 7.2 peratus bagi Asia Selatan.
Malah pemulihan ekonomi serantau juga bakal menyumbang kepada peningkatan semula aktiviti perdagangan.
Penyaluran bekalan vaksin Covid-19 di serata dunia pula memberikan gambaran yang lebih optimistik untuk tahun 2021, termasuk Malaysia yang dijangka menerima bekalan pertama vaksin seawal suku pertama 2021.
Ekonomi pulih bagi usahawan pada 2021?
2020 sudah berlalu, tahun yang sukar dan mencabar buat kita semua. Krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku menyebabkan semua perancangan yang dibuat sebelum itu terpaksa diubah dan disesuaikan mengikut situasi semasa agar terus kekal berdaya saing malah dapat bertahan.
Tahun lalu, memberikan kita ruang untuk kembali melihat semula bisnes, apa-apa lagi yang boleh dilakukan dan kemudian perbaiki serta tambah baik dengan teknologi & inovasi yang ada agar halangan atau kekangan dihadapi dapat ditangani dengan baik.
Alhamdulillah, ramai dikalangan usahawan terutama yang mengikuti program mentoring RichWorks dapat berdepan dengan situasi yang tidak pernah dilalui pun sebelum ini.
Melalui bimbingan dekat MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan program disediakan RichWorks hingga menyaksikan bukan saja perkembangan bisnes malah peningkatan jualan yang luar biasa.
Bagaimanapun masuk tahun 2021 ini, tidak menandakan cabaran sudah berakhir sebaliknya mungkin lebih mencabar lagi.
Kes jangkitan Covid-19 yang dapat kita lihat ketika ini juga bukan makin berkurangan tetapi meningkat dengan jumlah jangkitan tertinggi setakat ini – 3,027 kes baru pada 7 Januari 2021.
Justeru itu, usahawan perlu bersedia dan bertindak dengan ilmu, strategi, sistem dan MenThor yang ada proven results agar dapat terus berkembang dan menyaksikan peningkatan lebih baik pada tahun 2021 ini.
RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman nak bantu lebih ramai usahawan untuk bangkit dengan melonjakkan bisnes pada tahun 2021 ini.
Lebih banyak usahawan dapat bina bisnes berjaya, maka lebih banyak orang akan mendapat manfaat daripada pelbagai segi seperti peluang pekerjaan, dapat menjana pendapatan, bantu selesaikan masalah ramai orang dengan produk atau servis diberikan dan lain-lain.
“Bila dah dapat peluang – hargai, syukur dan buat tindakan”
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Disamping harapkan ekonomi negara semakin pulih, kita sendiri kena main peranan masing-masing, berusaha untuk pastikan ‘ekonomi sendiri’ atau bisnes mampu berkembang dan meningkat dalam apa jua keadaan dihadapi ketika ini.
Semuanya ini bermula dengan pilihan anda. Seperti kata Datuk Wira Dr. Azizan Osman bahawa :