Semalam, pastinya hari yang dinanti-nantikan pencarum KWSP yang telah memohon bagi kategori 1 kemudahan i-Sinar yang diluluskan Kerajaan dalam Belanjawan 2021. Keputusan sama ada permohonan diluluskan atau tidak.
Ramai yang terjejas ekoran krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku hingga tiada pendapatan disebabkan hilang pekerjaan, pengurangan gaji dan elaun, bisnes ‘slow’ malah ada yang tutup dan banyak lagi.
Ada yang gembira kerana permohonan mereka diluluskan dan juga yang sedih disebabkan permohonan tak diluluskan. Wang daripada i-Sinar itu diharap dapat digunakan bagi meneruskan kelangsungan hidup mahupun bisnes mereka.
KWSP pada 2 Disember tahun lalu mengumumkan 2 kategori pencarum KWSP yang layak mengeluarkan wang simpanan Akaun 1 menerusi skim i-Sinar.
Kategori 1 yang layak adalah ahli KWSP yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri dan bekerja dalam sektor ekonomi gig serta ahli KWSP yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Kategori 2 pula ahli KWSP yang masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
Bagi yang permohonan mereka diluluskan, saat ini merupakan tempoh penting untuk mereka menguruskan wang dengan sebaik-baiknya apabila menerimanya tak lama lagi.
Ujian Besar
Di sinilah ujian besar berlaku di mana bila ada wang, macam-macam bisikan mula kedengaran dengan nafsu cuba pengaruhi pemikiran kita membeli atau mendapatkan sesuatu yang bukannya keperluan untuk diri dan keluarga.
Mulalah kedengaran skim-skim ‘cepat kaya’ ataupun pelaburan yang tak sah, menjanjikan keuntungan luar biasa hingga tiada pun risiko. Memang seronoknya saja bunyinya, tapi sebenarnya ia boleh bawa kerugian.
Jangan biarkan kemudahan i-Sinar menjadi i-Malap, tujuan dan objektif asal bagi membenarkan pengeluaran sebahagian wang bagi masa tua dan persaraan mereka tercapai dan berikan manfaat kepada pengeluar.
Berniaga dengan wang i-Sinar?
Sebelum ini, kami ada berkongsikan dengan anda agar jangan berniaga dengan wang i-Sinar ini… Jika anda tak ada ilmu, strategi, sistem dan MenThor yang dapat bimbing untuk elakkan daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang dapat dicegah dalam bisnes.
Apatah lagi bagi mereka yang tak ada pengalaman, untuk mulakan bisnes mungkin nampak senang, tapi sebenarnya banyak perkara perlu dibuat yang boleh menjadi susah jika tidak tahu caranya.
Ilmu Bisnes atau Keusahawanan
Sebab itu, di sini kami ingin tekan soal ilmu bisnes yang penting kepada mereka yang nak mula bisnes ataupun baru saja menjalankan bisnes.
Ya, melalui kemudahan teknologi banyak membantu orang ramai untuk mendapatkan pelbagai ilmu melalui internet, video-video, buku, seminar dan banyak lagi.
Namun, anda perlulah pandai ‘filter‘ atau menapis ilmu-ilmu bisnes yang sudah terbukti berkesan dan berhasil bagi menghindarkan daripada kerugian malah membuang masa.
RichWorks sendiri dengan pengalaman memasuki 13 tahun pada 2021 ini, telah membimbing dan melatih lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai ilmu bisnes bagi dari tahap baru bisnes hingga yang sudah berkembang hingga sales berjuta ringgit.
Program mentoring yang dijalankan saja bagi Spire dan Titanium telah pun menjana jualan lebih RM2.1 bilion pada 2020. Jelas ini antara bukti-bukti bahawa latihan dan bimbingan disampaikan secara fizikal dan virtual ketika ini mempunyai proven results.
Apatah lagi, tahun ini RichWorks akan menyusun pelbagai program melalui platform Bina Bisnes Berjaya. Pada hujung bulan ini, satu program – Bina Bisnes Berjaya dijadualkan untuk menyediakan lebih ramai usahawan di negara bagi berdepan tahun baru 2021 ini dengan jayanya.
Anda nak bina bisnes berjaya pada 2021 ini?
3 Perkara perlu dilakukan dengan wang daripada i-Sinar?
- Buat perancangan kewangan
- Pastikan anda membuat perancangan daripada wang yang akan diterima itu. Lihat manakah keperluan atau kehendak untuk pastikan tidak berbelanja pada tempat yang tak sepatutnya.
- Lihat mana satu keutamaan yang perlu diberi perhatian untuk anda dapat mengawal penggunaan wang itu. Anda mahu pastikan duit itu digunakan untuk keperluan-keperluan diri dan keluarga anda dalam tempoh mencabar ini.
- Simpanan kecemasan
- Sebolehnya terutama bagi yang tiada lagi simpanan kecemasan bolehlah menetapkan sebahagian daripada wang dikeluarkan itu bagi kegunaan untuk hal luar jangka.
- Duit ini nanti dapat membantu anda berdepan situasi sedemikian seperti banjir yang berlaku ketika ini, kemalangan, kerosakan kenderaan dan lain-lain.
- Pelaburan ilmu keusahawanan
- Ilmu ini sangat penting terutama kepada mereka yang sudah pun merancang nak buat bisnes ekoran hilang pekerjaan.
- 90% dari bisnes yang baru bermula akan gagal. Ini bukan nak takutkan anda, tapi untuk menjadi peringatan agar dapat buat dengan langkah betul dari mula lagi.
- Gunakan sebahagian wang yang diterima untuk melaburkan dulu kepada ilmu keusahawan sebelum mula bisnes. Anda tidak akan rugi jika mendapatkan ilmu-ilmu yang terbukti melahirkan ramai usahawan yang berjaya di negara.
“Dalam bisnes ini, siapa yang tak ada ilmu, akan tertinggal”
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Banyak kisah-kisah dan testimoni kejayaan usahawan ini yang ditampilkan RichWorks setiap masa. Result Matters, kejayaan-kejayaan ini dapat berikan inspirasi malah memecahkan ‘limited believe’ yang ada pada ramai orang di luar sana.
Beri peluang kepada diri kita dan mulakan dengan langkah betul pada 2021 ini. Jangan biarkan wang daripada kemudahan i-Sinar anda malap sebaliknya dapat bersinar dengan terang dikala di waktu gelap.
7 Comments
Saya ingin belajar dari kesilapan yang lalu ,,,
saya nak belajar bagaimanakah cara saya patut menguruskan perniagaan
Serius nak upgrade bisnes! Klik di sini dan berhubung dengan Team RichWorks sekarang! https://richworks.com/hellorbr
Terima kasih di atas perkongsian ilmu daripada Team Datuk
Terima kasih untuk ilmu dan pengetahuan yang bermanfaat. Saya merupakan salah satu yang ingin memulakan perniagaan denhan i-sinar. Sebelum memulakan perniagaan, tengah top up ilmu supaya dapat jadi usahawan yang jutawan.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah syukur kerana saya lulus dlm i-sinar itu insyaallah saya gunakan wang tersebut kepada perkara2 yang penting sahaja terutama pada bisnes saya
Salam Dr,
Bagaimana nak join kelas Dr ya.
Cik Puan boleh klik di link dan berhubung dengan Team RichWorks! https://richworks.com/hellorbr