5 Sebab Buat Bisnes Separuh Jalan

5 Sebab Buat Bisnes Separuh Jalan

Kami selalu lihat ramai peniaga yang buat bisnes separuh jalan. Mula-mula bersemangat. Lepas tu mula famous, produk mula meletop, viral sini-sana tapi lepas tu… senyap, krik-krik dan hilang macam kena sorok bunian!

Kami dapati ada 5 sebab kenapa buat bisnes separuh jalan berlaku :

1) Bila mereka stop bina matlamat yang lebih besar 

  • Mereka rasa dah cukup berjaya bila produk mereka viral. “Cukuplah setakat ini!” kemudian dia tak tahu nak bina matlamat baru yang lebih besar.

2) Mereka tak ada ilmu baru 

  • Apa yang mereka buat selepas itu semua tak berapa jadi atau, mereka terus tak tahu nak buat apa sebab mereka stuck dengan pengetahuan lama yang mereka ada.

3) Mereka hilang fokus

  • Ramai orang mudah hilang fokus. Nampak bisnes orang makin berjaya, mereka pun nak tukar bisnes juga. Sedangkan bisnes yang ada kat tangan belum buat cukup baik lagi. Mereka sendiri tak tahu potensi bisnes mereka dan sendiri give up dengan bisnes sendiri.

4) “Api yang membakar dah padam”

  • Dulu masa buat bisnes, mereka bersemangat, ada rasa bengang yang tinggi, ada kejayaan yang mereka perlu buktikan. Tapi lama-kelamaan, bila sudah berjaya sikit mereka biarkan api tu padam! Mereka tak terus curahkan minyak dam terus bakar… mereka sudah jadi katak sejuk dalam bikar yang ada ais. Selesa!

5) Tak ada MenThor untuk buatkan mereka terus bina matlamat lagi besar,

  • Bantu beri ilmu baru, terus fokus dan terus terbakar. Kalau ada MenThor atau ada ilmu baru pun, mereka suka ada MenThor yang tepuk-tepuk dan belai mereka, ilmu baru yang mereka ada pun tak mencabar sangat, mungkin mereka dah tahu tapi mereka rasa ini ilmu baru supaya menyedapkan hati sendiri.
  • Tugas MenThor atau coach adalah untuk buatkan anda tak selesa dengan keadaan anda sekarang dan mereka akan terus berikan ilmu baru, teknik baru, paksa anda untuk fokus dengan ‘laser fokus’, serta setkan anda untuk target yang lebih besar.

Sebenarnya 5 perkara di atas, semua orang dah tahu tapi ramai yang masih rasa “itu bukan aku”, “aku OK” walaupun tak ada peningkatan dalam jumlah sales bulanan. Ambil masa bertahun-tahun untuk capai RM1 juta atau juta-juta yang mereka mahu, atau mereka terpaksa beroperasi secara besar-besaran, dengan kos yang besar kerana mereka tak tahu macam mana nak capai cita-cita dengan lebih mudah, lebih cepat dan jauh lebih baik.

Ada orang boleh buat RM5 juta dalam masa 5 tahun dengan 3 cawangan tapi dalam masa yang sama dengan mentor yang sudah ada proven results ada #AnakDidikDrAzizan yang boleh buat RM5 juta, dengan 1 cawangan dan dalam masa 1 tahun saja.

Tuan Shahrin Azam dan Lugman Mezan yang mengusahakan bisnes Hazel Tshirt Dakwah – boleh buat jualan pada tahun lalu saja RM10 juta berbanding RM2.7 juta pada 2019.

Puan Nur Laila Alway – Pemilik Ella Furniture pada mulanya hanya menjalankan bisnes suka-suka dengan mencapai jualan RM250,000 pada 2019. Bagaimanapun, pada 2020 menyaksikan perubahan ketara dengan beliau menyertai Program Mentoring Spire dan kemudian menyertai Titanium hingga berjaya mencapai jualan berjumlah RM1.7 juta hanya pada tahun lalu.

Yang mana lebih bagus? Yang mana anda rasa lebih berkesan? Terpulang kepada anda jika anda rasa matlamat anda penting dan perlu untuk dicapai. Apa yang penting, jangan buat separuh jalan.

“Habiskan apa yang anda mulakan. Barulah capai kejayaan”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Artikel terbaru

2 Comments

  • Tq team rich works kena mberi inspirasi yg bermakna ,bgi semangat yg luar biasa ,sy nak buat yg terbaik utk berjaya jdi usahawan+ jutawan yg berjaya .nak ubah hidup!! Wlpun x brpa pandai tpi sy percaya sy blh buat….

  • Lieza Desa

    LP
    Stop bina matlamat lebih besar
    -stop upgrade ilmu
    -tiada menthor
    -hilang semangat
    -hilang fokus

Leave a Reply