Cabaran Bisnes Yang Dilalui Usahawan

Cabaran Bisnes Yang Dilalui Usahawan

Memulakan perniagaan pasti ada pelbagai cabaran seperti kebanyakan usahawan di luar sana, cabaran bisnes tidak pernah lari. Menjadi usahawan pada permulaan tidaklah semudah dengan apa yang dijangka.

Pelbagai perkara yang perlu dilalui sebagai pemilik perniagaan dan bagaimana cara kita untuk tangani adalah menjadikan kita usahawan yang luar biasa.

Begitu juga dengan #AnakDidikDrAzizan, Titanium Circle dan Titanium Premier yang mana mereka juga melalui pelbagai cabaran dalam hidup serta bisnes mereka.

Ya! Mungkin bila kita melihat mereka berjaya kini mereka tersenyum lebar namun sedarkah anda di sebalik senyuman yang mereka lemparkan itu, dahulunya mereka pernah hidup merana. Nak diceritakan satu persatu memang mengalir air mata!

Cabaran Bisnes Yang Dilalui Usahawan

Cabaran Bisnes Ada Turun Naik

Ramai antara mereka ini pernah melalui cabaran turun dan naik dalam membina bisnes. Namun cara terbaik untuk mereka hadapi cabaran adalah dengan membaiki dan belajar dari pengalaman orang lain dengan tidak melakukan perkara yang sama berulang kali.

Jom baca apakah antara cabaran bisnes yang pernah mereka lalui:

  1. Mudah berasa selesa

Ramai mengakui apabila mereka telah menjadi pegasas produk atau bos untuk syarikat, mereka merasakan sudah cukup untuk tidak membuat apa-apa hanya menunggu duit masuk di dalam akaun sahaja.

Boleh ambil contoh terhadap jenama KODAK. Di mana mereka berada dalam keadaan selesa sehingga tidak menghiraukan pesaing mereka telah meninggalkan mereka di belakang dengan membuat produk yang lebih mudah dan mesra pengguna.

Hakikatnya mereka perlu sentiasa melakukan kajian terhadap pesaing-pesaing di luar sana yang menjadikan mereka tidak ketinggalan dek peredaran masa.

  1. Tiada jalan pintas untuk berjaya

Tiada resepi ajaib untuk anda berjaya. Anda mesti kena melalui permulaan hidup yang mana ia akan bermula dari bawah sebelum naik sikit demi sikit dan berada di puncak kejayaan yang makin dikenali orang ramai.

Anda pasti melalui perjalanan yang tersekat –sekat tetapi percayalah dan bersabar dalam setiap liku-liku yang dilalui yang akan membuatkan anda makin kuat dalam menjadi usahawan yang berjaya. Jadikan setiap liku-liku orang lain sebagai panduan kepada anda untuk melangkah lebih jauh.

  1. Sentiasa upgrade ilmu

Banyak strategi dan ilmu pemasaran yang anda boleh belajar di laman sesawang pada masa kini. Penting untuk anda sentiasa ketahui ilmu pemasaran terkini dan ini membantu anda mendapat permintaan yang tinggi sekali gus membantu menaikan jualan anda untuk tahun ini.

Seperti pada masa kini terlalu banyak strategi yang tidak perlu mengeluarkan kos terlebih dahulu antaranya melakukan kekerapan live video dan sebagainya.

Selain itu, bagi mereka di Titanium sangat istimewa kerana mereka diberi peluang untuk bertanya pelbagai soalan dan belajar ilmu marketing yang terkini dengan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Cabaran Bisnes Yang Dilalui Usahawan
  1. Sentiasa konsisten dengan apa yang dilakukan

Konsisten dengan apa yang anda sedang lakukan dan pastikan ia berjaya. Jangan sesekali mengalah dengan cabaran, walaupun anda sedang menghadapi masalah tetapi anda tetap bangkit dan terus mara ke hadapan. Jangan biarkan diri anda dihantui dengan masalah kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Sentiasa fokus dan konsisten dengan dengan matlamat apbila menjadi seorang usahawan. Ini kerana anda mestilah ada perancangan untuk 5 tahun dari sekarang apa yang bakal anda kecapi sebagai seorang usahawan. Kuncinya adalah sentiasa konsisten dengan setiap perancangan dan matlamat yang telah dibuat.

Ada pelbagai halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh seorang usahawan. Anda perlu tahu setiap detik cabaran lebih banyak berbanding detik gembira.

Tetapi ini tidak boleh menjadi titik noktah untuk anda. Semua yang berlaku adalah cabaran dan penyelesaian yang bakal dihadapi oleh usahawan. Selepas ini, anda akan menjadi lebih bersedia menghadapi suka dan duka dalam berbisnes dan semoga kejayaan sentiasa menjadi milik anda.

Jangan pernah berhenti belajar walaupun di mana tahap anda kerana setiap tahap bisnes memerlukan ilmu-ilmu dan strategi tertentu untuk berdepan dengan cabaran baru. RichWorks juga menyediakan program  Bina Bisnes Berjaya pada hujung bulan ini bagi menyediakan usahawan-usahawan pada tahun baru ini.

InsyaAllah anda juga boleh berjaya!

Artikel terbaru

5 Comments

Leave a Reply