Dividen ASB 2020 Paling Rendah Dari 1990! Krisis Tak Dapat Elak Tapi Ada Peluang?

Krisis tak dapat elak tapi ada peluang bagi mereka yang tahu.Pengumuman ASB 2020
Krisis tak dapat elak tapi ada peluang bagi mereka yang tahu. Pengumuman ASB 2020

Krisis tak dapat elak, ekoran pandemik menyebabkan kegawatan ekonomi dan kini menyaksikan dividen ASB 2020 yang paling rendah sejak dimulakan pada 1990.

Bagi pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB), inilah hari yang ditunggu-tunggu untuk mendengar pulangan dan dividen yang diperolehi hasil simpanan dan pelaburan mereka.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan ASB berjumlah 4.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Ia berdasarkan agihan 3.5 sen seunit dan bonus berjumlah 0.75 sen seunit. Namun, PNB juga memberikan ehsan pada kadar 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama sempena sambutan Ulang Tahun ASB ke-30.

Menurut Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz, agihan pendapatan itu melibatkan jumlah RM7.6 bilion kepada 10.2 juta pelabur.

Katanya, di sebalik pasaran kewangan yang tidak stabil, ASB terus memberi pengagihan kompetitif tahun ini dengan aset di bawah pengurusan (AUM) meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM320.5 bilion.

Unit dalam edaran juga meningkat sebanyak 3.4% kepada 263.2 bilion unit, dengan lebih daripada 200,000 akaun baharu didaftarkan sepanjang tahun.

Usaha kepelbagaian portfolio PNB telah memberikan hasil positif, dengan pelaburan antarabangsa memberi sumbangan yang lebih besar terhadap pendapatan kasar.

Apa boleh belajar daripada pengumuman dividen ASB 2020?

Krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku pada tahun ini menyebabkan kebanyakan bisnes terjejas maka pulangan pelaburan juga agak rendah.

Bagaimanapun, ada bisnes yang berjaya bangkit dan menyaksikan peningkatan luar biasa.

Bagi bisnes yang tidak membuatkan penyesuaian dan perubahan penting, mereka ini tidak dapat bertahan hingga ada yang terpaksa menghentikan operasi.

Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan-usahawan dan bisnes ketika tempoh yang sukar pada tahun ini.

Krisis Tak Dapat Elakkan

Kita tidak ada pilihan, krisis yang terjadi ketika ini disebabkan faktor luaran ekoran pandemik yang menjejaskan kesihatan orang ramai.

MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, ketika krisis memang banyak perkara terjejas namun masih ada peluang-peluang untuk mereka yang TAHU.

Hal ini kerana dalam keadaan krisis ekonomi dan kesihatan, manusia tetap perlu teruskan kehidupan. Sebab itu kita perlu tahu dan faham apa keperluan-keperluan orang ramai.

Antara perkara penting dalam keadaan krisis adalah perlu ambil perhatian soal uruskan kewangan dan disiplin.

Kita kena tahu mana keutamaan dalam perbelanjaan bisnes mahu pun harian anda. Sekiranya kita tak pandai urus wang maka masalah besar akan timbul hingga boleh menjejaskan aliran wang tunai dan bisnes juga boleh tutup.

Kajian Kes

Puan Hajah Rohana Abdul Razak menjalankan bisnes networking sebagai Master Leader BNR Global Enterprise yang menjalankan bisnes beauty & health.

Beliau telah berada dalam bisnes networking ini selama sekitar 20 tahun dan menyertai circle Elite X bagi mendapatkan ilmu dan bimbingan keusahawan pada Januari lalu.

Beliau menjalankan bisnes untuk membantu keluarga terutamanya meninggalkan sedikit harta kepada anak istimewanya yang berusia 24 tahun.

Ketika pandemik ini, walaupun banyak bisnes terkesan, beliau lihat ia peluang untuk upgrade ilmu keusahawanan disamping terus melakukan tindakan.

“Saya juga nak add value kepada orang lain sebab saya tahu susah hidup. Saya out of job suami juga pada satu ketika dulu.

“Kami pernah makan nasi dengan air, walau duduk rumah yang ok tapi masih makan… telur dan sebagainya.”

Puan Hajah Rohana Abdul Razak

Sebab itu saya terpanggil untuk terus membantu orang di luar sana. Apatah lagi ada circle yang positif yang dapat berikan semangat dengan pencapaian akan meningkat.

Ketika menyertai Elite X juga, beliau berjaya mencapai 5 bulan berturut-turut mendapat rank yang diperolehinya sekarang.

Alhamdulillah, jualan setakat ini telah pun mencecah sebanyak RM406,000 melepasi target ditulis iaitu RM400,000 pada tahun ini. Jom tonton temu bual eksklusif bersama Puan Hajah Rohana Abdul Razak.

Jadi, siapa nak menjadi seperti beliau? Sentiasa upgrade ilmu-ilmu penting dalam bisnes disamping mempunyai circle yang positif yang membantu diri dan bisnes anda,

Elite X merupakan sebuah program bimbingan secara online yang ditawarkan kepada usahawan atau anda yang baru ingin memulakan perniagaan yang sangat komited untuk mengembangkan dan meningkatkan perniagaan.

Fokus utama yang diberikan adalah kepada perkembangan bisnes yang baru bermula dari segi pemasaran.

Artikel terbaru

6 Comments

Leave a Reply