Proses untuk berjaya dalam bisnes bukan setakat menjalankan aktiviti pemasaran secara berterusan semata-mata. Ianya juga bukan bergantung kepada jenama yang baik, apa lagi dengan teknik viral mudah yang membolehkan produk anda laku keras di pasaran.
Ianya mungkin dapat meningkatkan jumlah jualan bisnes anda tetapi lebih bersifat jangka pendek. Ramai usahawan boleh buat marketing tetapi ianya tidak akan menjamin bisnes anda boleh mencapai satu sasaran yang lebih besar jika anda tidak mempunyai team yang bagus.
Dalam bisnes, mempunyai team yang bagus bermakna usahawan mempunyai sokongan yang mampu melakukan tugas keseluruhan operasi dalam bisnes sebaiknya.
Jika anda sebagai usahawan dah lakukan marketing terbaik tetapi team anda gagal untuk ‘sambut’ semua permintaan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan dan produk terbaik, kejayaan anda dalam melakukan marketing tidak akan bertahan lama.
Isunya ialah, ramai usahawan mampu ada team tetapi berapa ramai dari anda yang boleh membina High Performance Team?
High Performance Team bermakna mereka percaya kepada misi dan visi perniagaan anda, tindakan dan sikap mereka adalah selari dengan ‘culture’ syarikat anda dan mereka nampak jelas bagaimana bisnes anda mampu bantu mereka membina masa hadapan mereka sendiri.
Sebelum seseorang mahu ada High Performance Team, usahawan sepatutnya mempunyai high performance leadership. Mungkin ada usahawan di luar sana yang tak rasa dan tidak percaya leadership adalah sesuatu yang penting dalam bisnes. Dan kami yakin kerana tidak ada kepercayaan ini menyebabkan usahawan terpaksa tunggang-langgang menguruskan bisnes seorang diri, merangka strategi, menguruskan marketing, menguruskan operasi dan pentadbiran bisnes kerana anda tidak ada team yang bagus.
Isu kedua yang selalu dihadapi oleh usahawan ialah kadar keluar masuk yang tinggi di kalangan team. Dan sangat mengecewakan anda bila ada team yang telah dilatih, diberi peluang, dan mempunyai pengalaman tiba-tiba berhenti kerja dan menjadi pesaing anda kerana mereka bekerja untuk cari pengalaman supaya mereka juga dapat berniaga. Sedangkan, mereka tidak sedar dan tidak bersedia dengan cabaran bisnes yang ada.
Silapnya, usahawan tak pernah menyakinkan mereka bahawa mereka ada masa hadapan yang cemerlang jika mereka bersetuju untuk sama-sama membantu mencapai misi dan visi syarikat. Silapnya juga bila usahawan tidak percayakan team dan usahawan juga gagal mendapatkan kepercayaan dalam team.
“A good leader boleh kenal pasti siapa player dia, siapa yang dia ada, delegate right task dan monitor”
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
TIDAK MEMILIKI HIGH PERFORMANCE KEY LEADERS adalah punca utama sesebuah bisnes tidak boleh berkembang.
Berapa ramai dari anda pernah hadapi situasi ini:
1) Bila anda tidak hadir ke pejabat / ke kedai, bisnes anda tak boleh jalan. Tiada sales yang masuk, staf anda tak tahu apa yang mereka perlu buat.
2) Bila anda dah latih, dan berikan ilmu kepada staf yang anda harapkan boleh bantu anda, mereka kemudiannya PERGI MENINGGALKAN syarikat anda, malahan ada yang menjadi pesaing anda
3) Kadar keluar masuk staf dalam syarikat atau perniagaan anda sangat tinggi. Anda sendiri tak pasti apa puncanya dan anda dah penat nak cari dan latih team baru.
4) Anda menggunakan stokis dan ejen sebagai ‘distribution channel’ bisnes anda, masalahnya stokis dan ejen anda lemau, tak agresif, tak bersemangat, selalu lompat-lompat jadi stokis dan ejen produk lain dan juga tak fokus.
5) Team yang ada setakat datang untuk bekerja. Tak ada disiplin yang tinggi, tak ada semangat, kualiti kerja tidak berada di tahap yang baik dan anda sendiri tak RASA BANGGA dengan team anda.
RichWorks sendiri berbangga dan bersyukur kerana dapat membantu usahawan tempatan untuk membina High Performance Team mereka sendiri sehingga membantu bisnes mereka menjadi sangat besar seperti:
1) Puan Nur Aini Zolkepeli yang sebelum ini hanya seorang suri rumah yang berniaga dari rumah sehingga kini mampu membina jenama produk kecantikan – Nurraysa dengan 6,000 ejen di Malaysia, Brunei dan Singapura.
2) Puan Siti Noor Sabrina yang merupakan bekas kakitangan kerajaan yang kini mampu membuka bisnes bakerinya – MAMASAB Bakeri dan mempunyai 8 cawangan serta menggunakan sistem ejen dalam memasarkan produknya.
Jualan beliau kini sudah nak menghampiri ke RM100 juta setahun yang mana pada bulan lalu sudah pun mencecah RM87.6 juta.
3) Tuan Hasbullah Awang dan Puan Nuriah Zakaria yang dulunya membuka perniagaan pakaian dengan membuka booth di event-event dan kini mampu memiliki butik sendiri dengan jenama HASNURI yang semakin terkenal dibantu oleh 80 orang kakitangan yang mampu membuat jualan sehingga mencecah puluhan juta setahun.
4) Tuan Aizat Zulhaili yang merupakan pemilik King’s Char Kuey Tiaw yang hanya bermula di bawah pokok dengan tak ada staf kemudian kini kurang dari 5 tahun mampu membuka restoran yang dapat menempatkan 1,500 pelanggan dalam satu-satu masa dengan dibantu oleh 50 key leaders dan kakitangan.
5) Tuan Das Abdul – pemilik Bantal Hotel DAG yang dulunya mula berniaga dari carboot sales dan juga pernah kehilangan team ejen dan stokis ketika bisnes baru nak naik tapi dengan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bisnesnya kini dah mampu menjual lebih 1 juta bantal dengan billboard yang terpasang di sepanjang lebuh raya dan sales berjuta ringgi!
RichWorks berazam untuk membantu lebih ramai lagi usahawan yang mahu dibantu membina high performance team dan bisnes secara keseluruhan untuk terus berkembang melalui platform Bina Bisnes Berjaya.