Sekiranya anda tidak perasan, terdapat lebih daripada beberapa founder dalam talian setiap hari memasarkan jenis perniagaan dan menawarkan perkhidmatan yang sama.
Anda log masuk je ke media sosial dan anda boleh melihat banyak rakan usahawan anda yang menjual produk kecantikan, pakaian, makanan, menjalankan iklan (run ads), mengajar anda cara menggunakan video secara langsung (live), mengajar anda bagaimana membuat blog yang menguntungkan, dan kesemua list-list ini terus berjalan dari hari ke hari.
Membina perniagaan dalam talian tidak mudah (online business), dan terdapat beberapa realiti yang anda perlu sedar.
Ramai yang menyangka, pemasaran bisnes online semudah upload gambar-gambar produk di Instagram dan Facebook, kemudian anda hanya duduk menunggu customer PM untuk pertanyaan. Namun ia sebenarnya sangat jauh dari apa yang kita sangkakan. Seperti yang Datuk Wira Dr. Azizan Osman nyatakan:
“Teknik pemasaran digital kini lebih meluas dengan iklan online, SEO, emel, dan macam-macam lagi…”
Apa itu SEO?
Seo ini adalah cara untuk kita naikkan web kita di engine pencarian. Contoh seperti Google, Bing, Yahoo. Seo ini adalah satu proses untuk kita naikkan perkataan tertentu ataupun keyword di dalam website kita ataupun kita nak menang keyword itu.
Seperti contoh keyword
- produk kecantikan wanita
- cara untuk kuruskan badan
- cara untuk kempiskan perut.
- cara mulakan perniagaan
Bagaimana kita nak memenangi keyword itu dan macam mana proses itu berlaku?
SEO ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Satu on Page , satu lagi Off Page
Untuk On Page ini,
Anda kena setup, bina artikel, setting dari Title, Heading, Gambar, Video, Link Internal dan Link External
Untuk Off Page SEO,
Anda ada contoh seperti anda buat link backlink, kita hantar link-link website kita di luar website kita seperti di blog, forum, website pesaing, YouTube atau di mana-mana sahaja. Letakkan link website kita di luar supaya mudah untuk pengguna cari.
Di samping itu, masih ramai yang beranggapan bahawa setiap kali ada PM, DM atau WhatsApp dari potential customer, itu bermakna dia wajib membeli dari kita. Jika tiada pembelian darinya, maka mulalah anda meroyan di FB dan mengungkap kata-kata yang kurang enak didengar. Mengutuk dan menyindir pelanggan anda. Adakah ini satu perkara yang bagus?
7 Strategi untuk meningkatkan perniagaan online anda
1. Henti meniru usahawan lain
Pelanggan membeli dari seseorang yang mereka tahu, suka dan percaya. Mereka tidak membeli daripada orang yang tidak dikenali. Apabila mereka mahu membeli, mereka akan membeli dari anda. Jangan meniru usahawan lain dan kekalkan identiti anda. Gunakan rangka kerja yang dapat membantu bisnes anda tetapi anda perlu ingat, jangan jadi klon.
2. Menjelaskan siapa sasaran utama pelanggan anda
Ramai yang berimpian untuk capai sasaran seluruh dunia, tapi pada realitinya anda tak mungkin dapat malah ianya tak akan sampai kepada sesiapa pun. Anda tidak akan dapat membantu orang jika anda tidak menetapkan siapa sasaran utama anda. Lebih spesifik, anda boleh dapatkan target sasaran anda supaya lebih mudah melakukan pemasaran, yang pada akhirnya akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Apabila anda berbuat demikian, anda akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada strategi anda. Selain itu, penjenamaan dan mesej anda juga harus sangat jelas.
3. Pastikan ia mudah
Pastikan laman web anda mudah dan ‘bersih’. Walaupun WordPress mempunyai pelbagai pilihan seperti widget dan plugin, anda tidak perlu guna semuanya. Apabila seseorang melawat web anda, jangan biarkan mereka keliru. Jadikannya mudah. Bina trafik ke website anda. Ketahui apa masalah yang dihadapi oleh pelanggan sasaran anda. Buat produk dan perkhidmatan yang membantu menyelesaikan masalah tersebut.
4. Jangan hanya bergantung kepada media sosial
Anda tidak boleh tertumpu dan bergantung hanya kepada media sosial, jadi jangan jadikan ia strategi nombor satu anda untuk tarik trafik dan leads. Pengarang laris New York Times, Crystal Paine, jelas menggambarkan yang anda sendiri yang membina perniagaan anda di platform anda sendiri dan bukannya orang lain. Kita mahu orang mendaftar terus ke senarai e-mel anda, dan berinteraksi dengan anda secara peribadi dan bukannya hanya bergantung pada media sosial semata-mata.
5. Fokus pada perkara yang penting
Terdapat banyak maklumat yang anda boleh belajar secara online. Belajar tentang SEO. SEO akan mebantu anda dapatkan ‘tetamu’ secara semula jadi. Anda juga perlu fokus dan lihat semula di mana anda berada sepanjang perjalanan 2019 ini yang akan membantu bisnes anda.
6. Jangan takut untuk mengenakan harga yang berpatutan
Kami faham ramai ushaawan suka membantu pelanggan, tapi harus diingat, jangan sampai menjerat diri. Anda juga mempunyai keluarga untuk dijaga dan banyak lagi bil-bil yang anda perlu bayar. Jika anda menambah NILAI dan membantu orang, anda perlu dibayar dengan harga yang berpatutan dengan nilai yang diberi itu. Ingat, anda sedang membina perniagaan; ia tidak boleh menjadi perniagaan yang tidak menghasilkan wang.
Terdapat beberapa founder / usahawan yang menjual secara online mengenakan caj yang tinggi. Selagi anda memberikan NILAI dan TUMPUAN kepada pelanggan anda, harga yang ditetapkan itu adalah sangat berbaloi.
7. Terus menerus kepada matlamat anda
Pada penghujung hari, jika anda ingin perkara ini berjaya, anda perlu menentukan sekarang bahawa anda akan terus tidak kira apa pun yang berlaku. Ketekunan adalah usaha untuk mengembangkan perniagaan anda. Walaupun anda belum membuat proses yang anda mahu buat pada masa ini. Apa yang paling penting, tetapkan kepada matlamat anda.
Sabar. ia merupakan suatu proses yang memerlukan masa untuk membina bisnes anda. Dengan usaha yang betul, boleh membina bisnes online yang kuat atau mengembangkan lagi bisnes anda. Gunakan 7 strategi yang diberi ini untuk mengoptimumkan usaha pembinaan bisnes anda. Bina sesuatu yang membantu pelanggan sasaran anda. Fokus dan kami pasti anda boleh melakukannya.
Jika anda masih ragu-ragu dan takut untuk mulakan sesuatu, cari MenThor yang telah berjaya untuk membimbing anda dalam pemasaran bisnes online.