Gadis berusia 21 tahun ini terkenal di kalangan generasi Y dan Z di seluruh dunia. Mana tidaknya, jumlah pengikutnya di sosial media Instagram adalah seramai 158 juta. Beliau juga dikenali sebagai mogul kosmetik iaitu orang yang sangat berpengaruh dalam dunia kosmetik. Kemasyhuran beliau juga tidak lari daripada tempias ahli keluarganya yang juga merupakan selebriti dan usahawan ternama di Amerika Syarikat antaranya Kendall Jenner, seorang model terkenal.
Namun jelasnya, beliau tidak menumpang populariti sesiapa untuk bina bisnesnya sendiri hingga berjaya. Kalau tak, tak adalah sampai diiktiraf self-made billionaire.
“Saya bekerja dengan sangat kuat”
Kylie Jenner
Bisnes Jenner iaitu kosmetik yang dikenali sebagai Kylie Cosmetics baru ditubuhkan pada 2015. Tapi, Kylie Cosmetics mampu bina bisnes berjaya hanya dalam tahun pertamanya di pasaran. Jualannya mencapai USD307 juta pada tahun tersebut hanya dengan jualan online saja!
Terkenal dengan produk ‘Kylie Lip Kit’ pada awal kemunculan jenama ini, beliau menambah koleksi Kylie Cosmetics dengan concealer, berus make up, gincu dengan pertambahan tona warna yang pelbagai untuk variasikan produknya. Ketika ditanya bagaimana beliau boleh bina bisnes berjaya, beliau berkata :
“Ini adalah kuasa sosial media, saya ada strong ‘reach’ sebelum saya mula segalanya.”
Kylie Jenner
Pada 2015 ketika mula berbisnes, bisnes Kylie Cosmetics hanya mempunyai 7 orang pekerja sepenuh masa dan 5 orang pekerja ‘part-time’ sahaja. Pengeluar dan pembungkus diambil dari sumber luar Seed Beauty, produk “Original Equipment Manufacturer” (OEM) dan jualan diuruskan sepenuhnya oleh Shopify, syarikat e-commerce di Kanada.
Ibu Kylie Jenner, Kris Jenner berperanan menguruskan kewangan dan perhubungan awam manakala pemasaran sepenuhnya di sosial media Kylie Jenner.
Kini, 500 pekerja bantu untuk bina bisnes lebih berjaya di Kylie Cosmetics dan selepas tiga tahun, Kylie Cosmetics mula mencuba pasaran di rangkaian kedai kecantikan dan penjagaan diri iaitu Ulta Beauty.
Penceburan jualan produk ini di pasaran bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja yang tidak mempunyai akses online banking. Tambahan pula, kedai fizikal memudahkan pelanggan untuk lihat, rasa dan cuba produk Kylie Cosmetics sebelum mereka membeli.
Ketika Kylie Cosmetics dilancarkan di Ulta Beauty sekaligus di 50 buah negeri di Amerika Syarikat, reaksi pelanggan tidak ubah seperti fenomena jualan online produk ini pada awal kemunculannya dahulu. Untuk pengetahuan semua, produknya sold out kurang daripada seminit pada ketika itu! Sama seperti di Ulta Beauty, inventori mereka licin dalam beberapa jam saja!
“Produk Kylie Cosmetics laris cepat berbanding apa yang kami jangkakan,” akui Tara Simon, Naib Presiden bahagian perdagangan di Ulta Beauty.
Setelah genap setahun Kylie Cosmetics diedar di Ulta Beauty, jualan jenama ini dianggarkan bernilai USD 360 juta. Dengan anggaran itu, Forbes menganggarkan bisnes Kylie Jenner bernilai sekurang-kurangnya USD 900 juta. Dan dengan tunai yang diletakkan Kylier di dalam bisnesnya, nilai kekayaan Kylie bernilai USD 1 billion termasuk sumber pelaburan yang lain dan menobatkan beliau sebagai billionaire termuda dunia yang sebelum ini dipegang oleh Mark Zuckerberg yang berusia 23 tahun ketika memegang title itu.
Namun, meskipun populariti yang gah tapi dengan hanya berbekalkan itu sahaja tidak membantu Kylie Jenner bina bisnes berjaya sehingga bernilai USD 1 billion. Kesudahannya, yang menentukan segalanya adalah produk itu sendiri. Produk yang unggul dan terbaik membuatkan pelanggan tidak berhenti untuk membeli dan juga dapat memastikan pengedaran yang berterusan. Betul betul?
Tatkala remaja lain sedang mencari arah hidup, Kylie sudah mencapai USD 1 billion pada usia 21 tahun. Apa learning point yang kita dapat dari kisah gadis ini?
Anda seorang usahawan, peniaga, pemilik bisnes, usahawan sepenuh masa, usahawan separuh masa, usahawan baru atau usahawan yang lama, dan suri rumah yang berniaga? Dah berapa lama anda berbisnes?
Jika anda sudah lama berbisnes tapi masih belum lagi mencapai sejuta pertama cuba semak balik dan sesuatu tindakan baru perlu diambil untuk bina bisnes yang berjaya.