Kemudahan i-Sinar pastinya dapat membantu orang ramai terjejas yang dianggarkan membabitkan 8 juta ahli ekoran krisis ekonomi dan kesihatan yang dialami pada masa ini.
Terdahulu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kemudahan i-Sinar dibuka permohonan dalam talian – isinar.kwsp.gov.my bermula 21 Disember 2020.
Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
Bagi ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah). Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
Objektif i-Sinar
Bagaimanapun jika salah niat dan caranya untuk menggunakan duit daripada i-Sinar, objektif untuk bantu meringankan bebanan kewangan dan merancang kelangsungan hidup pemohon tidak akan kesampaian.
Duit simpanan masa tua anda (pengeluaran i-Sinar) itu boleh habis sekelip mata jika tidak dirancang dan digunakan dengan betul dan sebaiknya.
Apatah lagi, didapati sebahagian daripada mereka yang mahu memohon dan mendapatkan kemudahan i-Sinar bercadang menggunakan duit itu untuk mulakan bisnes.
Tahniah! Kami ucapkan kepada mereka yang bercadang untuk mulakan bisnes dengan duit i-Sinar itu tapi kalau tersilap langkah boleh menyebabkan bisnes itu tak bertahan malah kemungkinan tinggi alami kerugian.
Hal ini terutamanya kepada mereka yang tidak pernah dan tiada pengalaman dalam bisnes. Nampak macam senang untuk buat bisnes tapi susah untuk berjaya jika tiada beberapa perkara penting ini.
Nak Mula Bisnes
Sebab itu, kami nak ingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati menggunakan duit i-Sinar itu nanti terutama kepada yang nak mula bisnes.
Boleh yang nak mula bisnes, semak diri dulu ada tak 3 perkara asas penting ini :
- Jika ada ilmu sales & marketing
- Sales & marketing merupakan bahagian penting dalam bisnes anda terutama yang baru saja bermula. Tanpa sales bisnes anda takkan dapat bertahan lama dan tanpa marketing macam mana orang nak tahu apa anda tawarkan kepada mereka.
Kedua benda ini perlu anda faham dan jelas agar membuatkan bisnes yang dijalankan boleh jana pendapatan malah berkembang.
- Jika ketahui siapa sasaran anda
- Sasaran kepada siapa produk atau servis anda perlulah jelas bukannya secara am. Ya anda boleh katakan contohnya air soya dijual untuk semua orang yang dahaga, tapi anda kena tahu secara spesifik sasaran seperti lingkungan umur, jantina, tempat tinggal, minat dan lain-lain.
Hal ini sangat berkaitan dalam soal marketing anda nanti.
- Jika tahu urus duit bisnes
- Urus duit ini sangat penting ya bukan saja dalam hidupan harian malah bisnes. Perkara asas menguruskan duit dengan mengasingkan duit bisnes dan peribadi anda.
Selain itu, anda perlu buat rekod setiap transaksi yang dilakukan agar memudahkan dapat melihat duit keluar masuk terutama mengetahui keuntungan yang diperolehi.
Melalui 3 perkara asas ini, bisnes yang anda mulakan boleh menyaksikan perkembangan. Bagaimanapun, ia juga perlu disertakan dengan komitmen dan kesungguhan mereka untuk mengusahakan bisnes berkenaan.
Lebih selamat, mulakan dengan modal kecil ataupun tiada modal. Anda boleh menjual produk/servis bisnes orang lain sebagai dropship/ejen terlebih dulu. Daripada situ, anda akan dapat belajar macam mana selok-belok bisnes dan menimba pengalaman baru.
Namun ia masih tidak cukup untuk bisnes dijalankan dapat pergi ke tahap seterusnya. Mereka perlulah membuat pelaburan untuk mendapatkan ilmu-ilmu bisnes yang penting untuk dapat terus berkembang.
Seperti selalu RichWorks tekankan, betapa pentingnya ilmu, sistem dan MenThor yang terbukti dapat bimbing anda untuk bina bisnes berjaya.
RichWorks telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang sejak 12 tahun lalu menghasilkan banyak results usahawan yang berjaya capai daripada zero to hero.
Pelbagai program disediakan untuk setiap peringkat usahawan yang mana baru bermula, tahap pertengahan mahupun sudah berkembang.
Ramai anak didik Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang telah pun menjadi jutawan malah terbaharu, dua syarikat ini – Sabella dan Mamasab mencipta sejarah daripada ‘zero’ menuju ke jualan setahun RM100 juta pada 2020 ini.
Sabella setakat ini telah pun mencapai jualan melebihi RM100 juta manakala Mamasab pula capai RM87.6 juta pada 29 November lalu.
Jika anda baca kisah Sabella ini, mereka hanya mulakan dengan membuat baju kurung dengan 1 mesin jahit sahaja. Nak tahu kisah kejayaan ini boleh klik di sini.
Sehubungan itu, sekali lagi kami ingin ingatkan agar mereka mendapatkan i-Sinar yang nak bisnes agar mulakan dengan langkah betul dari awal lagi.
Kita tidak mahu duit yang diharapkan untuk menjana pendapatan melalui bisnes tidak menjadi dan habis begitu saja.
1 Comment
[…] biarkan kemudahan i-Sinar menjadi i-Malap, tujuan dan objektif asal bagi membenarkan pengeluaran sebahagian wang bagi masa tua dan persaraan […]