Mungkin anda di luar sana sudah biasa mendengar ungkapan ini terutama bagi mereka yang baru nak mula bisnes ataupun sudah bermula.
Bagi mereka yang tidak tahu, ia bermaksud mulakan bisnes dengan apa anda mahir dan tahu. Lihat apa yang anda paling mahir dan cekap, kemudian mulakan bisnes berkenaan.
InsyaAllah, bisnes anda nanti lebih mudah diuruskan berbanding sesuatu benda yang asing buat anda.
MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, jual apa yang anda tahu, pengalaman sendiri juga kepakaran dalam sesuatu perkara itu.
Apatah lagi ketika pandemik Covid-19 ini, ramai yang terjejas terutama mereka dalam sektor penerbangan dan pelancongan. Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara berdepan pandemik ini.
Bukan itu saja, ada yang terpaksa cuti tanpa gaji, pengurangan elaun dan kerja lebih masa (OT) dibuat bagi memastikan operasi bisnes itu terus bertahan.
Bahkan ada bisnes-bisnes malah jenama besar yang menutup operasi dalam dan luar negara. Robinson Co (Malaya) Sdn Bhd (Robinsons) telah memulakan proses penutupan dua gedungnya terletak di The Gardens Mall dan Shoppes at Four Seasons Place pada Oktober lalu.
Pastinya ada dikalangan rakan-rakan kita ataupun diri sendiri yang terkesan dengan keadaan ini. Kini mencari peluang-peluang kerja lain termasuk melakukan bisnes.
Mula berfikir apa bisnes yang sesuai, berapa modal perlu dikeluarkan dan persediaan diperlukan untuk buat bisnes bagi jana pendapatan.
Jelas Datuk Wira Dr. Azizan Osman, sebenarnya untuk berjaya dalam bisnes adalah mengenai modal diri sendiri.
“Bukan tentang duit tapi tentang modal, bukan modal duit tapi modal diri kita. Tapi adakah kita tahu apa yang kita nak, adakah kita sanggup dibimbing.”
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Kajian Kes
Siapa kenal dengan jenama Bantal Hotel DAG, Bantal Hotel 7 Bintang? Kebanyakan kita akan melihat seorang lelaki memeluk bantal di papan billboard di lebuh raya.
Tahukah anda, bisnes ini hanya bermula di ‘car boot sales’ saja. Jualan mereka hanya 20 biji sebulan ketika bermula namun hingga kini jualan purata sudah mencapai 30,000 ke 40,000 biji sebulan.
Pemilik Das Abdul Global, Tuan Das Abdul yang merupakan bekas jurutera kini mempunyai gudang serta pekerja dan stokis dan ejen yang ramai.
Semuanya ini bermula, apabila beliau melihat video Datuk Wira Dr. Azizan Osman di Facebook.
“MenThor saya cakap, nak mula berniaga guna apa ada di tangan. Maksud dia apa yang mudah dan kita tahu buat..”
Tuan Das Abdul
Kebetulan ketika melihat video ini, beliau sedang memegang bantal di tangannya. Bermula dari situ, beliau mulakan bisnes menjual bantal.
Macam mana? Mesti anda mahu menjadi seperti Das Abdul? Tapi bukan semudah itu, Tuan Das Abdul nekad untuk ubah hidupnya yang mengalami pelbagai masalah sebelum ini dan melakukan bisnes itu secara bersungguh-sungguh.
Bagaimanapun, beliau tak buat bisnes begitu saja. Das Abdul pergi belajar, dapatkan ilmu dan bimbingan dari program-program RichWorks dan mendapatkan bimbingan rapat bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman sebagai Titanium Premier.
RichWorks menyediakan platform latihan dan bimbingan keusahawan kepada orang ramai untuk Bina Bisnes Berjaya yang mana lebih 700,000 orang telah menyertainya program-program dijalankan sejak 2008.
7 Comments
Terima kasih team Richworks… Team Richworks The Best.
👍👍👍👍👍
💖💖💖💖💖
Terima Kasih kembali. Anda Kaya dan Berjaya
Assalamualaikum, saya baru nak mula business. Soalan saya macam mana nak jadi dropship yang berjaya. Apa yang saya perlu buat.
Waalaikumussalam Cik Puan Atikah, boleh saya tahu cik puan berniaga apa? dah berapa lama berniaga? Pernah sertai progam kami sebelum ini?
Please tell me that youre going to keep this up! Its so great and so important. I cant wait to read far more from you. I just really feel like you know so very much and know how to make people listen to what you have to say. This blog is just also cool to become missed. Great things, really. Please, PLEASE keep it up!
assalamualaikum,
saya mempunyai bisnus kedai makan .Melalui program BBB 3 hari saya dah nampak kelemahan yang saya alami.Masalah utama saya disini yang paling ketara adalah dalam pencarian pekerja.Sebab tiada pekerja agak sukar dalam menguruskn perniagaan kerana saya terpaksa membuat semua kerja
Waalaikumussalam, tahniah kerana hadir Program Bina Bisnes Berjaya! Untuk pertanyaan bisnes, boleh WhatsApp pegawai kami di 0192442244 untuk dibantu. Semoga bermanfaat!