Siapa di sini yang sudah berjaya buat pre-order PlayStation 5 (PS5) yang dibuka pada 11 November lalu ataupun sudah pun memilik siri iPhone 12 yang mula dijual pada 13 November lalu?
Harga rasmi 4 versi iPhone 12
iPhone 12 mini – bermula RM3,399
iPhone 12 – bermula RM3,899
iPhone 12 Pro – bermula RM4,899
iPhone 12 Pro Max- bermula RM5,299
Harga Rasmi PS5
PS5 Versi Digital: RM1,869
PS5 : RM2,299
Tahukah anda, dalam tempoh sehari saja pre-order PS5 itu telah habis dijual di negara ini. Bagi siri iPhone 12 pula, hanya mengambil masa 45 minit pre-order yang dibuka habis di Taiwan. Orang ramai beratur panjang di depan kedai manakala ada yang bersedia di depan komputer atau telefon bimbit untuk menjadi yang terawal untuk mendapatkan produk berkenaan.
Kedua brand besar ini – Apple & Sony sememangnya mempunyai pelanggan setia dan raving fans yang ternanti-nantikan keluaran produk terbaru mereka.
Orang membeli produk Apple iPhone bukan hanya disebabkan ia premium atau lebih baik daripada lain tapi ia melambangkan pembaharuan dan revolusi baru. Bagi Sony PlayStation pula, ia menampilkan pengalaman permainan video yang futuristik.
Perkara ini menunjukkan meskipun ketika dunia berdepan pandemik Covid-19 yang menyebabkan berlakunya krisis ekonomi, orang ramai masih MEMBELI dan meneruskan kehidupan mereka dengan norma baharu.
Tidak kira ia suatu kehendak atau keperluan, orang akan membelinya jika rasa ia memberikan nilai kepada mereka.
Bagaimanapun pembelian pengguna akan lebih berhati-hati, untuk membeli dengan melihat dari segi bajet perbelanjaan masing-masing.
Tingkah laku pengguna juga berubah dengan ramai yang sudah mula membiasakan diri dengan dunia digital dan pembelian secara online. Justeru itu, suka atau tidak, bisnes-bisnes perlu berubah dan menyesuaikan dengan keadaan semasa untuk beralih dan menumpukan kepada dunia digital demi kelangsungan bisnes.
Adakah bisnes yang dijalankan masih memberikan nilai kepada pelanggan mereka dalam masa ini?
Jika tidak, sesuatu tindakan dan perubahan baru perlu dilakukan termasuk mengubah model bisnes jika perlu. Inovasi juga perlu dilakukan bagi bantu menyelesaikan masalah dengan cara inovatif yang akan membuka peluang bisnes dan pendapatan baru ketika pandemik ataupun tidak.
Inovasi paling mudah adalah penyelesaian online di mana bisnes dulunya yang hanya menumpukan kehadiran fizikal pelanggan ke kedai boleh beralih ke dalam dunia digital.
Apa yang kita boleh belajar?
Perkara penting di sini adalah seperti Apple iPhone dan Sony PlayStation, macam mana kita boleh menjadi seperti mereka.
Mempunyai Brand dipercayai dengan adanya pelanggan setia dan raving fans yang bukan saja menantikan produk atau perkhidmatan ditawarkan malah mempromosikannya.
Apple sudah berusia 44 tahun yang mula beroperasi pada 1 April 1976 dan Sony pula beroperasi sejak 7 Mei 1946 bersamaan 74 tahun.
Ia bukannya mudah dan boleh berlaku sekelip mata tapi tidak mustahil jika dibuat dengan betul. Inovasi merupakan salah satu cara untuk memastikan bisnes anda dapat terus memberikan nilai kepada orang ramai.
Semua ini boleh dibina dengan ilmu, sistem dan MenThor yang membimbing anda untuk mencapainya. Apa yang diperlukan adalah kesungguhan dan komitmen untuk mencapainya.
Ingat, anda juga boleh berjaya!
1 Comment
Sy nak berjaya