Seringkali MenThor pesan pada kita untuk FOKUS dalam bisnes. Seringkali juga kita lari FOKUS. Dah pesan dan dah bebel pun seringkali pasti akan terlari FOKUS juga. Kadang-kadang kita rasa pelik dengan akal kita yang mudah terpesong dari landasan walaupun kita sering ingatkan diri sendiri untuk terus FOKUS dan FOKUS.
Kalau maksud FOKUS ini adalah hanya tidak buat dua tiga business serentak, sangat mudah untuk kita ikut dan stay FOKUS. Tapi FOKUS satu business pun nak kena FOKUS banyak perkara yang betul supaya kita tidak membuang masa, tenaga, wang dan akhirnya beri kesan yang tidak bagus untuk business kita.
Sangat tricky perkara ini tapi kalau kita sentiasa peka, disiplin, tetap pendirian dan ikut segala apa yang di-guide, InsyaAllah kita akan berjaya FOKUS.
Contoh lari FOKUS yang tanpa kita sedari seperti :
1. FOKUS untuk selesaikan masalah
Sekiranya process dalam menyiapkan sesuatu kerja itu ada masalah, kita cepat-cepat nak betulkan masalah itu. Kita nak lihat semula process flow yang sedia ada dan lihat apa root causenya dan cuba perbaiki.
Kita terlalu excited sehingga kita duduk bersama team, betulkan dan buat process flow baru satu persatu sampai selesai semua. Mungkin akan ambil masa seminggu atau mungkin juga berbulan. Selepas selesai semua proses itu kita pasti rasa lega. Tapi adakah proses itu dah cukup sempurna? Adakah proses itu akan selesaikan semua masalah? Adakah proses itu kekal begitu tanpa kita perlu upgrade? Adakah kita perlu duduk dan buat semula proses itu selepas ini?
Jadi banyak masa kita habiskan hanya nak betulkan proses sahaja, yang pasti tiada kesudahan. Ini adalah technical work yang akan larikan FOKUS kita tanpa kita perasan. Sedar-sedar sales drop atau agent stockist dah lari.
2. Bila dah jadi usahawan yang berjaya ni semuanya manis
Kadang-kadang kita akan jadi sangat manis, seperti halwa yang manis dan wangi. Maka semut pun terhidu dan mula mengerumuni kita setiap masa. Sedar tak sedar rasa sangat hebat mula meresap di jiwa.
Ke mana pergi ramai yang menyapa dan meminta nasihat itu ini. Nak pulak kita dah naik hotseat atau dah keluar skrin besar. Bagus la kita pun suka lihat orang berjaya tapi kita juga suka lihat orang yang berjaya dan bijak memilih dengan siapa dia bergaul dan luangkan masa. Kalau kita baru nak menuju puncak rasanya masa kita sangat berharga untuk kita betulkan asas business kita supaya tidak rapuh.
FOKUS kita untuk membantu sesiapa sahaja di luar sana kadang-kadang kena berpijak di bumi nyata. Mungkin kita ada agent stockist yang masih teraba-raba untuk membuat jualan yang perlukan kita untuk dibimbing secara berterusan. Mungkin juga jumlah mereka yang active masih rendah dan perlukan guidance kita untuk kembali active.
Mungkin juga team sales kita masih tergapai-gapai perlu bantuan penafasan walaupun sales kelihatan naik tapi untuk sustainkan mereka, perlu pertolongan. Mungkin juga team marketing sudah huru-hara tidak tahu marketing strategy mana yang memberi impak, mana yang tidak.
Jadi tanpa disedari kemanisan bertukar sedikit demi sedikit menjadi pahit dan tiba-tiba kita terlanggar dinding. Ada banyak cara peminat di luar sana boleh dibantu dengan follow kita di social media, tonton video, baca e-book, layari website kita dan sebagainya.
3. Ada juga yang sudah ada ilmu dan sudah ada direction tapi masih belum buat tindakan
Sikap terlalu berhati-hati kadang kala bagus tapi kalau terlalu sangat akan membuat kita tidak kemana-mana. Jalan yang lurus menuju ke destinasi yang betul telah ditunjukkan cuma kita masih belum bergerak lagi.
Masih lagi mengkaji adakah pokok-pokok ditepi jalan itu akan tumbang? Masih lagi kaji kalau tumbang, apa plan B? Adakah kita patut tebang semua pokok-pokok di tepi jalan supaya kita boleh lalu dengan selamat? FOKUS kita bukan lagi untuk sampai ke destinasi yang disarankan tapi lebih kepada melayan persepsi yang melambatkan kita bertindak.
Akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju cuma dah ada orang lain dekat destinasi itu dan mereka dah enjoy dengan segala peluang di situ. Ini adalah contoh FOKUS tapi sebenarnya tak FOKUS.
4. Sebagai Titanium perkara yang paling berharga selain Inner Circle Meeting (ICM) dan Executive Coaching (EC) adalah One on One sesi bersama MenThor
Lepas kita dah dapat direction kita pun bersemangat untuk buat satu persatu bimbingan yang diberi. Dalam sibuk nak execute direction semua tu kita pun kongsikan dengan Titan yang lain. Mereka pun kongsikan direction mereka dan kejayaan mereka. Kita pun dapat idea baru untuk buat macam mereka juga. Kita pun rangkakan perancangan seperti yang kita dengar dan masa kita sibuk habiskan untuk jayakan rancangan baru kita itu.
Terlalu FOKUS dengan rancangan baru sampai lupa direction kita sendiri. Orang lain nak ada team Sales sendiri, kita pun nak ada team Sales sendiri, padahal kita diminta untuk kuatkan branding, campaign dan marketing untuk dapatkan banyak leads dan kumpulkan database.
Jadi bila dah keluarkan belanja yang besar untuk hire ramai pemancing tapi hasilnya tidak sama seperti orang lain, mungkin sebab kolam masih kecil dan ikan pun belum banyak. Kalau ada pun belum betul-betul lapar nak makan. Jadi trust the process buat apa yang kita sepatutnya buat, bukan tak sesuai tapi mungkin belum sampai masa yang sesuai.
5. Ada juga yang terlalu FOKUS dengan apa yang ada di tangan
Bagus sebenarnya tapi kita kena realistik juga. Dalam kes agent stockist kita kena kreatif sikit. Kalau yang ada di tangan itu dalam secupak sahaja takkan lah boleh jadi segantang.
Kita FOKUS bersungguh-sungguh nak tambah ilmu mereka, nak bagi latihan berterusan, nak share pelbagai ilmu dan nak bagi tip-tip business dan marketing supaya mereka bersemangat untuk buat sales. Bagus memang itu yang disarankan cuma kalau jumlah mereka tidak ditambah macam mana nak nampak impak 10 kali ganda?
Yang keluar pun kita belum ganti, yang ada itu pun bukan semua active dan bukan semua restock setiap bulan. Jadi kita lupa FOKUS recruit baru sebab terlalu FOKUS pada yang ada sahaja.
Jelas untuk FOKUS kita perlu ilmu dan guidance berterusan supaya kita tidak begitu mudah terlari FOKUS. Otak kita kadang-kadang suka nak divert-kan kita pada perkara lain, perkara lebih mudah, lebih seronok atau yang tidak beri impak apa-apa. FOKUS kita terganggu tanpa kita sedari.
Bila cuti lama juga boleh lari FOKUS dan untuk dapat balik momentum itu sangat payah dan akan terlepas pandang banyak perkara yang sepatutnya difokuskan. Sebab itu juga tak suka ambil cuti apatah lagi cuti panjang, bila masuk kerja macam lost kat planet lain.
Sedikit saranan untuk kita sama-sama betulkan FOKUS:
1. Pilih dan limitkan activity bersantai atau hobi yang pelik-pelik sampai kita terbuang banyak masa untuk itu.
2. Masa yang ada mesti dimanfaatkan dengan sepenuhnya untuk improvement. Kalau tak bagi manfaat yang berbaloi baik betulkan semula FOKUS.
3. Susun semula jadual dan kerja yang perlu dibuat mengikut kepentingan.
4. Buat ‘Things to Do’ (TTD) – senaraikan kerja-kerja yang ada dan buat priority. Penting tapi tak perlu. Perlu tapi tak penting. Tak penting dan tak perlu dan sebagainya.
5. Bangun awal pagi – selain solat, bangun awal untuk strategise-kan dan lihat semula FOKUS kita. Tanya diri kita betul ker FOKUS yang kita buat.
6. Limitkan pergaulan – macam yang MenThor selalu pesan bukan semua orang kita nak jumpa yang kita nak kawan. Lain la kalau ia memberi manafaat pada business kita.
7. Delegate kerja – kerja yang banyak buang masa dan remeh temeh beri pada staff untuk selesaikan. Rancang, Organize, Train dan pantau dia supaya dapat hasil yang kita mahukan.
8. Trust the process – sabar dan tabah untuk buat tindakan serta buat sampai jadi.
9. Sentiasa belajar dan upgrade ilmu sebab itu adalah kunci utama menentukan quality FOKUS kita.
Bukan mudah untuk FOKUS tapi dengan ilmu, guidance dan direction yang ada pasti kita lebih jelas untuk buat keputusan dalam menentukan FOKUS kita. Dengan ilmu yang ada kita juga boleh tentukan atau betulkan FOKUS team kita supaya selari dengan hala tuju company.
Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari tersasar tapi apa yang penting ialah untuk sentiasa lihat semula FOKUS kita dan betulkan. Bersyukur kita yang ada Circle yang positif, boleh menegur sesama sendiri atau MenThor yang sentiasa peka untuk betulkan FOKUS kita sekiranya tersasar.
1 Comment
[…] anda fokus pada satu-satu produk atau bisnes dan cari jalan untuk mengembangkan lagi bisnes anda itu, tak […]