Google Analytics dapat membantu anda dari segi membina ‘strong online brand presence’ untuk menaikkan jualan secara dalam talian (online sales). Dengan adanya Google Analytics ini juga, jenama anda boleh muncul pada kedudukan teratas dalam carian Google.
Apa tu Google Analytics?
Google Analytics adalah aplikasi penganalisa laman web. Ia memberi anda kemampuan menganalisa yang hampir menyeluruh untuk laman web anda.
Percayalah, Google Analytics sudah mampu melakukan pelbagai jenis analisa yang mencukupi.
Kenapa perlu guna Google Analytics ni?
Kerana ianya menyeluruh dan mudah untuk dicustomizekan dengan pelbagai fungsi analisa. Dan disebabkan inilah, pemilik bisnes perlu belajar untuk update laman web mereka.
Apa yang paling penting adalah Google Analytics ini juga dapat menjana pendapatan mereka dari laman web atau online store. Adalah lebih penting untuk mengetahui apa yang terjadi di laman web anda berbanding sekadar mengetahui dari mana atau berapa ramai pelawat yang datang ke laman anda.
Apa Fungsi-Fungsi Menarik Google Analytics ini? Mari kita semak di bawah:
1. Paparan Data-Data Analisa Yang Penting
Dashboard Google Analytics akan memaparkan data-data yang kebiasaannya penting seperti Unique Visitors, Page Views dan lain-lain.
Tak cukup dengan itu, anda boleh customize apa yang anda mahu lihat di dashboard tanpa perlu ke pilihan yang tertentu.
2. Tahu Dari Mana Pelawat Datang
Anda boleh melihat dengan lebih teliti dari mana pelawat anda datang. Bukan sahaja dari segi lokasi secara geografi — anda juga boleh melihat link atau pautan yang membawa trafik ke laman anda.
3. Lihat Apa Yang Pelawat Anda Cari Di Laman Web
Jika anda melakukan tetapan untuk merekodkan apa yang dicari oleh pelawat/pelanggan di laman web anda, anda mampu melihat rekod ini.
Ini merupakan fungsi yang sangat menguntungkan jika anda mempunyai banyak jenis produk yang ditawarkan.
4. Ketahui Prestasi Setiap Halaman Di Laman Web
Anda boleh melihat artikel atau post mana yang mempunyai kadar pelawat tinggi/rendah sebagai contoh.
Dari sini, anda boleh mendapatkan gambaran kasar mengenai topik yang digemari oleh pembaca anda.
5. Bezakan Sama Ada Laman Web Anda E-Commerce Atau Bukan
Tetapan tertentu di Google Analytics juga mampu membuatkannya mengenali sama ada laman web anda menawarkan konsep e-commerce atau tidak.
Jika anda merupakan sebuah laman web e-commerce, Google Analytics akan memberi lebih tumpuan kepada data-data yang berkaitan dengan penjualan secara online.
6. Analisa Prestasi Penjualan Di Atas Laman Web
Anda boleh mencipta conversion funnels sendiri dan menilai langkah atau halaman mana yang mempunyai rate of abandonment paling tinggi.
7. Sync Dengan Pelbagai Jenis Plugins Lain
Jika anda menggunakan laman WordPress dan plugin WooCommerce untuk menjual di kedai online anda, anda boleh dapatkan plugin sesuai dengan Google Analytics.