10 Tips Baru Nak Mula Bisnes

Perasan atau tak, ramai orang ada impian untuk ada bisnes sendiri tapi tak ramai orang sanggup mengambil risiko untuk realisasikan impian mereka. Malah kadang-kadang kita gagal sebab rasa sudah pandai dan tahu banyak perkara. Sedangkan sebenarnya kita masih tidak tahu apa-apa dan sejauh mana kita tahu tentang sesuatu perkara.

Bila sebut nak mulakan bisnes, yang paling ditakuti kebanyakan orang adalah kemampuan untuk bersaing.

Berikut 10 tip untuk anda yang baru nak mulakan bisnes.

1. Tahu tujuan bisnes

Ada orang menjadikan bisnes sebagai pilihan terakhir untuk jana pendapatan dan ada juga yang berbisnes suka-suka, sekadar mencuba sebab ikut trend bisnes sekarang yang ada sistem stokis, ejen dan dropship kerana modal yang rendah. Tapi untuk anda yang serius nak menjadi bisnes adalah kerjaya dan punca pendapatan utama, anda kena kenal pasti tujuan utama berbisnes.

Yang pertama kebanyakan orang berniaga supaya mendapatkan sumber kewangan lebih baik. Dan anda juga kena tahu bagaimana produk anda boleh membantu menyelesaikan masalah orang ramai.

2. Buat apa yang anda suka

Bila anda suka terhadap sesuatu bisnes, perjalanan anda akan menjadi lebih mudah kerana anda boleh lakukan sepenuh hati. Jika anda kurang suka atau buat kerana terpaksa, ia tidak mendorong diri anda untuk lakukan yang terbaik. Malah, anda akan sentiasa dalam keadaan berfikiran negatif dan tahap kesukaran anda akan lebih tinggi. Jika anda buat sesuatu yang anda suka, anda akan ada lebih banyak motivasi untuk tambah nilai diri dan bisnes serta boleh bertahan lebih lama.

3. Sentiasa berada dalam persekitaran yang positif

Untuk permulaan anda mungkin berasa kekok dan tidak selesa. Tetapi apabila anda mempunyai orang sekeliling yang positif, ia secara tidak langsung membuatkan anda belajar sesuatu yang baru, memperbetulkan kesilapan sebelum ini dan boleh juga menjadi faktor penolak untuk anda lakukan sesuatu dengan lebih baik. Jadi jangan buang masa dengan orang yang merendah-rendahkan kemampuan anda untuk berbisnes.

4. Sentiasa belajar

Jika anda rasa anda sudah ada banyak pengalaman berbisnes, mendapat kelulusan berkaitan bisnes atau sudah tahu selok-belok bisnes, fikirkan semula. Ramai orang sebenarnya ada keinginan untuk belajar tetapi tidak mampu merendah ego sendiri untuk belajar. Untuk anda yang baru nak memulakan bisnes, jangan terlalu cepat untuk berpuas hati kerana perjalanan anda masih panjang. Sentiasa tambah ilmu supaya boleh meningkatkan potensi diri dan bisnes anda.

5. Letakkan keutamaan pada pelanggan anda

Walaupun anda berasa bangga dengan kejayaan memiliki perniagaan sendiri. Tapi dalam masa sama anda mengutamakan keperluan pelanggan atau memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, bukan memfokuskan kemahuan anda sendiri. Letakkan pelanggan anda dalam setiap keputusan yang anda buat dan perlu sentiasa ingat tujuan utama anda berbisnes kerana setiap masalah yang ada pada orang ramai adalah peluang untuk bisnes anda.

6. Rancang dengan teliti

Dalam bisnes, lebih-lebih lagi anda yang baru mula berbisnes, perancangan adalah lebih daripada sekadar keperluan untuk membantu anda mendapatkan keuntungan. Tetapi ia boleh bertindak sebagai panduan dan memastikan anda memberi tumpuan kepada apa yang perlu anda lakukan segera. Jadi, setiap perancangan bisnes mesti dilakukan lebih awal supaya anda tidak membuang masa dan mengelakkan daripada tersilap langkah.

7. Sesuaikan diri

Walaupun anda telah membuat persediaan, tetapi ada sesetengah perkara yang tidak boleh diramalkan. Pastikan anda dan bisnes anda cukup bersedia apabila berdepan keadaan-keadaan yang sukar atau di luar jangkaan. Jangan terlalu selesa dan hanya mengikuti langkah dilakukan oleh syarikat lain kerana cabaran dalam setiap jenis perniagaan adalah berbeza.

8. Seimbangkan online dan offline

Guna kuasa media sosial untuk membantu menghubungkan anda dengan prospek, rakan kongsi, pelanggan, atau sesiapa sahaja yang boleh mempromosikan produk atau perkhidmatan anda.

Bagaimanapun, anda juga perlu cipta rangkaian hubungan dengan individu lain yang mempunyai pengaruh besar dalam perniagaan. Tambahan lagi, rangkaian secara offline membuatkan prospek atau pelanggan anda lebih yakin berbanding pengantara di laman media sosial.

9. Mulakan jualan atau pemasaran

Ini benda yang paling penting dalam bisnes sebab pemasaran (marketing) akan membuatkan orang lebih nampak produk atau bisnes anda. Anda perlu tahu bahawa anda hanya ada 30 saat untuk menarik perhatian prospek anda. Pastikan anda menunjukkan idea yang berpotensi atau berkait dengan masalah prospek anda.

10. Jangan cepat berputus asa

Dalam banyak kes, pada awal perniagaan ramai orang masih bersemangat dan tidak mudah mengalah dengan masalah dan cabaran. Kunci orang berjaya adalah mereka tidak mudah berputus asa, konsisten dan terus buat sampai habis walaupun lebih banyak kemungkinan yang akan berlaku sepanjang proses itu.

Artikel terbaru

28 Comments

  • Asbiah md Isa

    Dalam bisnes pelangan adalah keutamaan bg kita .
    Sentasa kena cari ilmu .
    Ofline dan online kena seimbang

    • Team RichWorks

      Setuju, belajar dan terus belajar berserta tindakan.

    • Team RichWorks

      Ya betul Puan Asbiah Md Isa . Ilmu sangat penting untuk upgrade diri dan perniagaan kepada yang lebih baik. Boleh berhubung terus dengan Team Richworks jika ingin bantuan penerangan lanjut di wasap.my/60167136638.

  • Bila berbisnes kita perlu ada passion atau minat kerana ia mumudahkan perjalanan bisnes kita..
    serta kesemua 10 tips tersebut perlu dihayati.

  • Assalamualaikum semua …
    Sy sorg peniaga ayam gunting di tepi jln, sy tengah kumpul modal untuk buka kedai secara propel dan sy nk masukan product frozen sekali … apa pendapat semua n tkasih

  • MOHD AMIN

    SAYA BERMINAT UNTUK BERNIAGA SECARA ONLINE DAN TELAH MENGHADIRI SEMINAR DR. AZIZAN DALAM PROGRAM ZERO KOS MAKERTING DAN NAJIB ASSADOK DALAM RPM DAN ARB.
    SAYA MEMFOCUSKAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK BERNIAGA CHAR KUEY TEOW JENAMA NADIMAN. SETAKAT HARI INI HANYA ANAK DAN MENANTU SAYA SAHAJA YANG BERNIAGA DAN SAMBUTANNYA AMAT MENGGALAKKAN. UNTUK MAKLUMAN TUAN SEBELUM INI ADA 3 ORANG YANG SUDAH BERNIAGA C.K.T JENAMA NADIMAN TETAPI PERISTIWA YANG LEPAS PIHAK MPSA MERUNTUHKAN SEMUA GERAI PERNIAGAAN PELANGGAN OLEH ITU PADA MASA SEKARANG HANYA TINGGAL 2 LOKASI SAHAJA YANG ADA.
    (PATI CHAR KUEW TEOW SAYA BUAT DAN BOTOLKAN SENDIRI SENDIRI)

    UNTUK MAKLUMAN, SAYA ADA JUGA BUAT PERNIAGAAN SAMBAL IKAN BILIS (MASIH DALAM RND KETAHANAN).
    MINTA PENDAPAT TUAN MANA YANG TERBAIK PERNIAGAAN C.K.T ATAU SAMBAL IKAN BILIS UNTUK PERNIAGAAN ONLINE.

    INSYAALAH YANG AKAN DATANG SAYA AKAN MENYERTAI SEMINAR DR. AZIZAN.

    • Team RichWorks

      Teruskan konsisten dalam lakukan tindakan tuan. Moga cabaran dihadapi ini, akan menjadi pembakar untuk tuan terus bangkit lagi. Tuan boleh terus hubungi kami bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang program dan lain-lain.

    • Team RichWorks

      Alhamdulillah sangat bagus! Semoga semua ilmu yang diterima di kelas Zero Kos Marketing bermanfaat dan boleh diaplikasikan di dalam perniaagaan Tuan Mohd Amin. Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan Team Richworks di wasap.my/60167136638 untuk penerangan lanjut.

  • Rinapalicious

    Terima Kasih RichWork atas panduan dan nasihat imi.

  • Harman

    Bagi saya sesuatu produk atau sesuatu yang saya boleh usahakan untuk saya biasakan dengan berbisnes memandangkan status kerjaya saya ada sedikit terhalang dengan masa dibawah perkhidmatan angkatan tentera Malaysia. Tetapi saya akan buktikan kerjaya dalam tentera boleh meraih kejayaan didalam berbisnes

  • terimakasih atas perkongsian panduan ini

  • mohd zaki

    assalamualaikum…sy baru nk mula berniaga makan&minuman.insyallah selepas isteri selamat melahirkan anak ke3 kami pd awal bulan 12 ni.sy akan mula berniaga.dalam doa tuan/puan smua selitkan doa utk sy dan isteri tabah harungi bidang baru ni ya.jg sy doakan kalian smua dipermudahkan urusan masing2 amin…

    • Team RichWorks

      Waalaikumussalam, terima kasih atas perkongsian. Semoga tuan sekeluarga tabah dan dapat harungi segala ujian, dipermudahkan segala urusan dan dapat capai matlamat tuan.

  • I discovered your blog site on google and verify just a few of your early posts. Continue to maintain up the very good operate. I simply further up your RSS feed to my MSN News Reader. In search of ahead to studying more from you later on!

  • Bila kita brniat untuk memulakn perniagaan kita mestilh yakin dng apa yg kita lakukan.Niat sudah ada teruslan usaja kita tanpa menoleh.Setap pernigaan ada risikonya.Kita kenalah tabah.Jgn cepat mengalah.Berdoa dsn teruskan perniagaan kita tu….

  • amirul

    assalamualaikum tuan..sy bru lepasan spm dan bercadang utk buka sebuah kedai asas tani seperti baja dll dan nursery sebagai langkah permulaan.Doakan sy tabah dan kuat dlm mengharungi segala cabaran dalam permulaan perniagaan.

Leave a Reply