Kenapa tuan dah berniaga lebih dari 10 tahun, tapi tuan masih belum mampu untuk memiliki lebih dari 1 cawangan? Apa isu yang tuan hadapi selama buat bisnes?
Begitu ramai usahawan di luar sana yang bersusah payah buat bisnes tetapi selepas bertahun-tahun berniaga mereka hanya mampu miliki 1 cawangan, dan masih terkial-kial berbisnes seorang diri.
Kalau ada pembantu pun, asyik bersilih ganti dan gagal bertahan lama. Atau, kalau ada pun setakat bekerja asal boleh dan asal dapat gaji, atau ada yang dengan masalah disiplin yang teruk dan boleh dikatakan tak membantu langsung dalam perkembangan bisnes.
Siapa di antara anda yang sedang menghadapi masalah seperti ini? Apa yang anda rasa setiap hari bila terpaksa buka tutup kedai untuk setiap tahun tapi anda masih tak capai hasil yang memuaskan? Adakah anda nampak bisnes anda akan pergi lebih jauh dari apa yang ada sekarang, atau akan selamanya ‘stuck’ pada level yang sama?
Ini antara soalan yang usahawan di luar sana perlu fikirkan. Dan, suka atau tidak usahawan perlu akui bekerja dan berniaga seorang diri membuatkan anda tak akan mampu untuk pergi lebih jauh. Usahawan perlu ada team dan bukan setakat team yang makan gaji, tapi team yang ready untuk menjadi leader. Fahamkan perkara ni, bila anda mahu buka cawangan atau besarkan bisnes, anda perlu ada leader yang boleh bantu anda sebab anda tak akan mampu nak menguruskannya seorang diri.
Masalahnya, ramai usahawan sendiri yang tak readykan diri nak ada leader. Masih ramai yang ada rasa sangsi dalam diri dan berprasangka buruk. “Kalau aku ajar dia buat bisnes, nanti dia bukak bisnes dan jadi pesaing aku?” atau “Mana boleh dedahkan rahsia bisnes, nanti dia bagitau orang lain?” dan banyak lagi bisikan-bisikan yang bermain di minda usahawan apabila bercakap tentang membina leader dalam bisnes mereka.
Dan, dari sini jugaklah Datuk Wira Dr Azizan Osman yang sangat arif dalam menghasilkan leader dalam bisnes dan membantu ramai anak didiknya ini menurunkan ilmu Leadership beliau kepada anak didiknya terutamanya ahli Titanium.
Kami dapat lihat dengan jelas, ramai ahli Titanium yang berjaya grow-kan bisnes bila mereka sendiri perbaiki Leadership dalam diri sehingga menghasilkan lebih ramai leaders yang mampu menguruskan bisnes dalam skala yang lebih besar.
Antara jenis Leadership yang Datuk Wira Dr Azizan Osman selalu terapkan dalam diri anak didiknya ialah untuk mereka mempunyai sikap “Transformational Leadership” iaitu kemampuan untuk mengubah seseorang dari biasa-biasa sehingga menjadi seorang leader yang kuat berpegang pada visi dan misi yang sama dengan founder/usahawan.
Transformasi ini berlaku bukan sahaja dari segi kerja tetapi juga melibatkan cara berfikir, tingkah laku dan sikap, kepercayaan kepada masa hadapan bisnes, kepercayaan kepada founder/usahawan, team dan syarikat dan dalam erti kata menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya.
Tak ramai orang mahu membantu orang lain untuk transformasi hidup dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Dan ini bukan sekadar untuk kejayaan di dunia tapi juga kejayaan di akhirat. Jika anda sebagai usahawan tidak mahu menghasilkan lebih ramai leaders dan membantu mereka untuk memiliki kehidupan yang lebih baik dan mengubah diri dari seorang yang biasa-biasa dan menjadi lebih luar biasa, anda sangat rugi.
Percayalah, jika anda tak menghasilkan leader yang berkualiti dalam bisnes anda tak akan mampu untuk grow dan kembangkan bisnes lebih jauh dari sekarang. Hasilkan lebih banyak leader berkualiti dan bantu transform hidup mereka untuk menjadi lebih baik, InsyaAllah bisnes anda akan mampu terbang lebih jauh lagi.
1 Comment
Bereh bohhh