Wanita Ini Pernah Tidurkan Anak Beralas Kotak Dan Beri Minum Air Beras? Tapi Sekarang Dah Buktikan Hidup Susah Bukan Selamanya!

Kehidupan orang tak sama. Ada orang fikir hidup mereka sudah cukup bagus dan senang. Sedangkan apa yang ada belum cukup untuk penuhi keperluan keluarga dan anak-anak.

Susu digantikan dengan air beras, tidur tak beralas, hanya berbantalkan lengan…makanan tak pernah cukup. Pernah juga anak kecil ini kutip plastik roti kerana lapar dek kerana ibunya tak mampu untuk beli makanan…Berlapar seharian! Allahu…Anak kecil sebegitu apalah yang dia faham dan tahu masalah yang dialami ibunya itu.

Runtun hati seorang ibu…menangis setiap hari mengenangkan satu-satunya anak yang tak dapat dijaga dengan baik kerana kesusahan yang dialaminya dulu…

Ibu mana yang sanggup lihat anak tidur tak beralaskan apa-apa. Ibu mana yang sanggup biarkan anak kelaparan? Ibu mana yang tak sayang anak? Tapi apa yang dia boleh buat dulu. Hanya tangisan dan kekecewaan saja yang mampu diberi.

Kisah benar ini benar-benar meruntun hati kami ketika berjumpa dengan Puan Zalikha Mohd Rasidi, salah seorang ahli Titanium (program Mentoring) di kedainya, Umido Bakery di Subang.

Ibu muda yang baru berusia 27 tahun ini dah penat menangis bila mengenangkan nasib hidupnya dulu. Sesiapa yang mendengar pasti akan mengalirkan air mata. Seorang wanita dan juga ibu yang terpaksa menghadapi ‘kekejaman’ kehidupan lalu.

“Saya kurang bagi perhatian pada anak. Anak selalu ditinggalkan pada mak saya. Suami saya pulak ketika tu kerja sebagai tentera udara. Jauh dari saya. Jadi saya stress. Dengan duit tak pernah cukup. Sampaikan saya dan suami hampir bercerai,” jelasnya sambil mengalirkan air mata.

Disebabkan dia kurang beri perhatian kepada anaknya, menyebabkan anaknya mengidap ADHD Moderate (attention deficit hyperactivity disorder) yang mana anaknya mengalami masalah fokus dan stress.

“Dulu susah, selalu tinggal anak kat mak. Effectnya kat anak. Bila tak ada sumber kewangan membuatkan anak jadi stress.”

Malah anaknya juga tak dapat bersekolah buat sementara waktu bagi mendapatkan rawatan daripada hospital.

Katanya lagi, semasa dia susah, ibunya yang banyak membantu. Rasa bersalah tu sentiasa wujud dalam diri bila dia sendiri tak mampu nak bagi duit pada kedua-dua ibu bapanya itu.

Kesusahan hidupnya ini membuatkan dia sangat bengang. Jadi dia mula berbisnes. Semuanya mula berubah bila Zalikha buat keputusan untuk menyertai program RichWorks walaupun dah nampak RichWorks sejak tahun 2015 lagi.

Dia melalui journey bersama RichWorks. Bermula daripada program IMKK, seterusnya ke NUH dan akhirnya dia membuat keputusan untuk join Spire dan seterusnya ke Titanium bagi membantu bisnesnya untuk berkembang dengan lebih baik. Dia juga perlukan seorang Mentor bagi memberikan direction kepada hala tuju bisnesnya.

Katanya, daripada program RichWorks jugalah yang membantunya untuk kenal potensi diri dan juga dia ubah hidup menjadi lebih baik.

“Saya tak sangka RichWorks telah mengubah hidup saya. Daripada hidup susah, sampai nak makan pun bercatu, kini saya dah berjaya kembangkan perniagaan bakeri saya. Hasil dari bisnes ni saya tak pernah terfikir pun nak beli kereta, tapi saya dapat beli kereta Serena. Rumah yang dulunya kecil kini saya dalam proses untuk beli rumah 2 tingkat. Saya juga boleh pergi melancong ke Korea pada Disember tahun lepas bawa family saya,”

“Allah dah uji saya hidup susah, anak sakit tapi Allah juga turunkan rezeki untuk saya rawat anak saya sekarang dan bina hidup yang lebih baik sekarang,” jelasnya syukur.

Kalau dulu bisnesnya hanya mampu capai RM80 ribu ke RM200 ribu sahaja setahun, 2019 dia capai RM1.6 juta dan kini dalam masa 2 bulan sahaja dia dah pun capai RM2.2 juta! Awesome kan?

Korang boleh tengok macam mana hidup Puan Zalikha ni berubah bila dia betul-betul komited belajar, fokus dan fllow apa yang Dr Azizan Osman ajar. Alhamdulilah, kami sangat bangga dengan pencapaian dia.

Korang nak tak kami bantu macam Puan Zalikha ni?

#ResultMatters
#ResultIAmATitan

Artikel terbaru

Leave a Reply