Ramai usahawan biarkan ego membunuh bisnes sendiri. Jangan ingat pelanggan akan datang berpusu-pusu kalau anda tak tahu caranya.

Ramai usahawan biarkan ego membunuh bisnes sendiri. Jangan ingat pelanggan akan datang berpusu-pusu kalau anda tak tahu caranya.

Apa itu marketing?

Kemampuan kita sebagai usahawan bukan sahaja cipta produk/servis yang bagus tapi kemampuan untuk sampaikan mesej tersebut dengan jelas dan berulang kali sehingga lebih ramai “mata” nampak, lebih banyak otak terima dan hati terdetik untuk bertanya.

Soalannya, berapa tempat kita sampaikan mesej yg sama? Berapa kerap kita ulang, berapa konsisten kita ulang? Berapa agresif kita cuba sampaikan mesej kepada sasaran kita? Ini kempen “pilihanraya”.

Kemampuan sampaikan mesej dan value serta sampaikan tentang isu mereka yang kita boleh bantu adalah misi utama kita setiap detik. To convert people from nobody becoming our client. Dari kita nobody to them menjadi harapan dan ‘taksub’ kepada apa yang kita mampu buat untuk dia.

Anda yang berniaga kena akui yang anda ada krisis bisnes bila jualan anda makin turun dan pelanggan makin kurang. Dan bila anda mula cakap – “Ekonomi teruk dan orang ramai tidak ada duit untuk membeli”, sedangkan hakikatnya orang masih lagi membeli pakaian, makanan, produk atau servis berkaitan cuma sedarlah – mereka masih membeli cuma mereka tak membeli dengan kau kerana kau sebenarnya tak pandai marketing atau masih guna cara lama.

Ramai yang bisnes sebenarnya ingat pelanggan akan datang berpusu-pusu kepada dia tanpa dia berbuat apa-apa.

Hakikatnya hari ini, pelanggan ada banyak pilihan. Bisnes ada ramai pesaing dan sangat mudah untuk pengguna pilih pesaing lain kecuali kita. Apatah lagi kita tak ada strategi yang betul. Ini bukan tentang bisnes anda kecil, sederhana atau besar. Bisnes besar pun lingkup kalau tak pandai strategi marketing yang betul.

10-tahun masuk tahun ke-11 saya di dalam industri berkaitan pembangunan usahawan dan telah melahirkan ramai jutawan yang bermula dari kosong seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie , dan membantu ramai business owner dari juta menjadi puluh juta serta ratus juta ringgit setahun dan saya dapati pattern mereka pada asalnya sama.

Mereka mulanya tidak ada latest atau ilmu terkini berkaitan branding, marketing dan market acquisition strategy yang effective. Tapi, bila mereka sangup belajar dan dibimbing, bisnes mereka dan jualan mereka naik berkali ganda!

Dan inilah cabaran ramai usahawan kenapa mereka stucked dalam bisnes atau sales. Apa dia? Terlalu ego untuk belajar. Lebih rela bisnes stucked atau lingkup. Padahal pada saat mereka beri peluang diri mereka untuk belajar, mereka akan lebih cepat nampak peluang mereka untuk grow.

Well, it’s their choice. Tidak ada sesiapa boleh bantu mereka jika mereka sendiri tidak benarkan diri mereka dibantu. Walaupun kami di RichWorks berikan Free Guide di www.NakUbahHidup.com dengan free training dalam FB Group Nak Ubah Hidup. Tapi ego mereka kan…. bukan mudah!

Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan, Zero Kos Marketing dan Kuasai Pemasaran Facebook semua ini kunci besar dalam program 3-hari dari 1-3 Mac 2019, Millionaire Marketing Mastery (MMM) khusus untuk usahawan yang benar-benar nak capai 1st million or more walau anda sekarang baru bisnes apatah lagi dah lama bisnes…


P/S: Sampai bila nak berniaga konon, nak kaya konon…. tapi tak ada hasil sebab tak ada mentor, ilmu dan strategi yang dah terbukti berjaya? Ada yang kata nak jadi Titan yang berjaya macam ramai anak didik Titanium Dr Azizan Osman tapi tindakan? Ilmu? Komitmen untuk dibimbing? Tak sama kan….

Ingat- tindakan luar biasa, maka hasilnya pun luar biasa. Tindakan biasa-biasa? Hasilnya? Jawab sendiri……..

Dr Azizan Osman
Mentor Usahawan #1 Asia

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply