Nak Kekalkan Key Leaders Yang Bagus Bukan Mudah. Setuju?

Ramai Titan dan juga usahawan lain ada roadblock berkenaan retaining good Key Leaders dalam company. Betul-betul? Bila ada Key Leaders yang bagus, buat kita ada sedikit ruang untuk bernafas tapi nak kekalkan Key Leaders begini agak mencabar yang boleh buat kita sesak nafas.

Nak pulak MenThor dah selalu pesan untuk grow bukan kita seorang saja yang perlu upgrade knowledge tapi Key Leaders dan semua team kita perlu upgrade juga. Tapi along the way tu kalau mereka asyik “meninggal” saja sudah tentu matlamat dan perancangan rapi kita akan terbantut.

Stress, kecewa dan buntu bila ada cabaran begini, nak pulak kalau kerap berlaku. Kita begitu ghairah nak meroket selepas dapat guidance dan direction dari MenThor tapi jadi lambat bila tiada orang yang akan sambut. End up kita yang buat sendiri.

Sebenarnya, bila kita gagal kekalkan Key Leaders akan sangat besar kesannya. Salah satunya, ia akan beri gambaran yang buruk pada staff yang lain bila tengok ramai yang pergi, mereka mungkin berasa seperti tidak selamat kerja dengan kita. Lebihan kerja yang ditinggalkan pulak akan menjadi beban pada yang lain.

Tu belum masuk kos dan masa terbuang untuk recruit yang baru, training, buat exit inteview dan sebagainya. Nak headhunter untuk dapat yang lebih berkualiti pun bukannya murah.

Kalau boleh kita nak ada the best player dalam semua cabang pillar dalam organization kita terutamanya untuk pastikan semua execution berlaku, customer berpuas hati, sales number terus meningkat, produk sentiasa berkualiti, compliance terjaga, PM semua berjawab dan dalam masa yang sama staf semua happy.

Adakah itu Be Do Have?

Rasanya semua tu boleh jadi kenyataan dan mungkin juga tips kali ini akan dapat membantu untuk kekalkan mereka bersama kita.

1. Set Context

Mesti pastikan Key Leaders tahu apa yang kita mahu dari mereka. Kebanyakan mereka tak buat apa yang kita mahu sebab mereka tidak tahu sepenuhnya apa yang kita mahukan. Bila kemahuan kita meningkat, kita kena jelaskan pada mereka perubahan itu. Tengok juga tahap pemikiran dan level mereka. Kalau dapat bagi skop yang lebih luas adalah lebih baik. Kongsikan dengan Key Leaders blueprint hala tuju dan direction company setahun, dua tahun dan seterusnya ke mana hala nak dibawa.

2. Communication

Sediakan platform untuk mereka suarakan pendapat dengan mudah dalam company. Biar mereka bebas bagi idea dan feedback tanpa rasa bersalah atau risau dipersalahkan. Latih mereka untuk bagi feedback yang membina bukan menjatuhkan satu sama lain. Mereka akan rasa diperlukan bila suara mereka didengari. Sediakan batasan supaya kita tidak terbawa-bawa mendengar feedback mereka sehingga terlebih kepada masalah peribadi terlalu banyak. Kita buat bisnes bukan pakar motivasi.

3. Appreciate Talent

Benarkan mereka untuk guna bakat atau kemahiran tertentu selagi ia tidak menganggu kerja asal. Berikan manfaat pada company dan mengikut garis panduan company yang ada. Sebagai contoh Team Hasnuri, di mana ramai volunteer untuk buat Live di platform mereka sehingga terpaksa buat jadual harian bagi mengelakkan pertindihan. Mereka sangat motivated dan bersemangat untuk menyumbang lebih dari sepatutnya. Begitu juga team RichWorks yang ramai-ramai ingin turun padang semasa event besar kami untuk bersama menyumbang untuk pastikan program lancar dan berjaya.

4. Training Berkala

Key Leaders yang bagus memang sentiasa mahu belajar dan grow. Mereka sentiasa mahu showcase potential mereka tapi kalau stuck buntu tidak boleh grow, mereka perlukan training, mereka perlu guidance, hadir program supaya mereka tidak berada pada level sama. Mereka perlu cipta pengalaman dan dapat rasa peluang kenaikan dalam company kita supaya mereka tahu mereka ada potensi.

5. Spend Time

Bila kita tidak ramai staf memang mudah nak kenalpasti mereka, kelebihan, potensi atau pun kelemahan yang boleh digilap secara direct. Tapi bila makin besar, makin ramai, kita pun kadang keliru mereka itu Key Leaders kita ke atau Key Leaders office sebelah? Jadi pastikan kita dapat luangkan masa untuk sesekali berjumpa mereka supaya mereka rasa kewujudan mereka diketahui oleh top management, rasa dihargai dan diperlukan untuk sama-sama grow the company.

6. Rewards

Memang itu adalah impian setiap manusia yang bekerja. Tapi semua itu bergantung kepada performance dan budget company. Tidak semua mereka terlalu demand mahukan rewards setiap masa. Kadang-kadang ucapan terima kasih atas kerja bagus yang mereka buat pun dah rasa dihargai. Apatah lagi pujian dan rewards atas kejayaan yang bagus mereka buat. Selain itu komisen dan bonus juga boleh diberikan sekiranya mereka memang layak dan company memang mampu adalah sangat terbaik untuk kekalkan mereka bersama kita.

Yang tak sanggup dan malas nak berusaha tu akan tetap tinggalkan kita juga. Tiada yang boleh dikesalkan kalau kita dah buat semua yang termampu.

Mungkin mereka bukan team leader yang kita layak bawa ke level seterusnya. Sekiranya kita dah banyak keluar belanja untuk mereka, anggaplah itu sedekah daripada kita dan sekiranya dia amalkan ilmu itu di tempat lain In Sha Allah kita juga akan dapat sedikit saham dan keberkatan.

Semoga kita dikurniakan dengan yang lebih baik selepas ini.

#IAmATitan
#GangTitan
#BinaBusinessBerjaya2020
#HPTLBJan2020
#YouAreAGreatLeader
#BuildNextLeader

CheSuzz
Vice President High Net Worth Client

Artikel terbaru

5 Comments

Leave a Reply