Pernah tak anda rasa macam hidup atau bisnes tak ke mana-mana? Dah cuba macam-macam, dah usaha ‘gila-gila’, tapi tetap rasa macam duduk kat tempat yang sama. Seolah-olah ada ‘tembok halimunan’ yang halang anda daripada capai kejayaan yang lebih besar.
Kalau anda pernah rasa macam ni, jangan risau kerana anda tak keseorangan. Ramai orang alami benda yang sama.
Tapi, persoalannya, kenapa jadi macam ni? Dan yang lebih penting lagi, macam mana nak keluar dari keadaan ni?
Hari ni kita nak kupas sebab utama kenapa ramai orang stuck dalam hidup dan bisnes, serta macam mana anda boleh buat perubahan sekarang juga!
Kenapa hidup stuck?
1. Cara berfikir yang masih lagi sama
Salah satu sebab utama kenapa kita stuck adalah kita masih fikir dengan cara yang sama.
Bayangkan, kalau anda nak pergi ke tempat baru tapi masih guna peta lama, agak-agak boleh sampai ke destinasi tak? Tak boleh, kan? Sebab peta tu dah tak relevan lagi.
Sama juga dengan hidup kita. Kalau nak capai sesuatu yang baru, kita kena ubah cara fikir dulu.
Orang yang berjaya sentiasa ada mindset berkembang (growth mindset). Mereka belajar daripada kesilapan, mereka tak takut cuba benda baru dan mereka sentiasa cari ilmu serta mentor yang boleh bimbing mereka ke tahap seterusnya.
Nak ubah hidup? Mula dengan ubah cara fikir!
2. Asyik ulang kesalahan yang sama
Cuba fikir balik… berapa kali anda ulang kesilapan yang sama dalam bisnes atau kehidupan?
Kadang-kadang kita rasa dah buat yang terbaik, tapi sebenarnya kita cuma ulang benda yang sama tanpa sedar. Kalau strategi yang sama tak berkesan tahun lepas, kenapa masih guna tahun ni?
Orang yang berjaya sentiasa review apa yang mereka buat. Mereka cari apa yang salah, apa yang boleh diperbaiki, dan bagaimana nak buat dengan lebih baik.
Jadi, kalau anda rasa stuck, cuba tanya diri sendiri..
- Apa yang aku buat sekarang, adakah ia berkesan?
- Adakah aku ulang kesilapan yang sama?
- Apa yang perlu aku ubah supaya dapat hasil yang berbeza?
3. Tak ada mentor dan bimbingan yang betul
Anda pernah tengok atlet berjaya yang tak ada coach atau jurulatih? Mesti tak pernah, kan? Sebab semua orang hebat mesti ada mentor yang bimbing mereka.
Tapi dalam bisnes dan kehidupan, ramai orang masih cuba buat semuanya sendiri. Mereka fikir boleh belajar sendiri, boleh cari jalan sendiri… akhirnya bertahun-tahun stuck di tempat yang sama.
Sebab tu pentingnya ada mentor! Mentor bukan saja bagi ilmu, tapi mereka bantu kita elak kesilapan, cepatkan kejayaan dan akan tunjukkan jalan yang terbukti berkesan.
Kalau anda masih rasa bersendirian dalam perjalanan hidup dan bisnes, mungkin ini masanya untuk cari mentor yang betul!
4. Tak ada strategi yang jelas
Ramai orang kata nak berjaya, nak hidup lebih baik, nak bisnes berkembang, tapi bila tanya apa strategi anda? Apa plan anda dalam 6 bulan, 12 bulan akan datang? Terus blur tak ada jawapan.
Nak capai kejayaan bukan sekadar ada impian, tapi kena ada strategi yang jelas serta tindakan yang konsisten. Bayangkan kalau anda nak bina rumah, tapi tak ada pelan. Agak-agak rumah tu boleh siap dengan sempurna? Tak mungkin!
Sama juga dengan hidup dan bisnes. Kena ada strategi yang betul.
5. Tak tahu apa langkah yang seterusnya
Kadang-kadang kita dah usaha, dah buat macam-macam, tapi masih tak tahu apa langkah seterusnya.
Contohnya dalam bisnes, anda mungkin dah capai tahap tertentu, tapi nak naik ke level seterusnya rasa macam blur. Nak grow lebih besar? Nak tambah sales? Nak kembangkan pasaran? Semua tu perlukan ilmu serta bimbingan yang betul.
Kalau anda masih rasa keliru dan tak pasti apa langkah seterusnya, jangan biarkan diri terus stuck. Cari ilmu, cari mentor dan mula ambil tindakan!
Macam mana nak ubah hidup dan bisnes?
Sekarang anda dah tahu kenapa ada ramai orang stuck dalam hidup dan bisnes. Soalan seterusnya, macam mana nak ubah keadaan ni?
Jangan risau, anda tak perlu cari jalan sorang-sorang. Sebab ada satu program yang boleh bantu anda keluar dari masalah ini dan mula ubah hidup ke arah yang lebih baik!
TRANSFORMASI360, sebuah program untuk bantu anda ubah hidup dan bisnes!
Di Transformasi360, anda akan dibimbing secara langsung oleh Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman untuk..
- Kenal pasti apa yang menghalang kejayaan anda selama ni
- Ubah cara anda berfikir supaya lebih yakin dan jelas dengan hala tuju anda
- Belajar strategi bisnes yang telah terbukti berjaya
- Ambil tindakan dengan bimbingan dan sokongan yang betul
Transformasi360 adalah program yang dinaiktaraf dari IMKK dan Nak Ubah Hidup! Lebih baik, lebih power dan lebih hebat. Bukan sekadar teori, tapi terbukti berjaya dari program yang lepas.
Transformasi diri anda sekarang dengan mendaftar di transformasi360.com
Kalau anda betul-betul nak ubah hidup, ini peluang anda. Jangan tunggu lagi, sebab kalau anda tak ubah sekarang, setahun dari sekarang mungkin anda masih di tempat yang sama!
Jom mula transformasi diri anda hari ini!