Berusaha untuk membantu dan memenuhi keperluan manusia lain adalah antara akhlak Islam yang tinggi lagi mulia.
Berusaha untuk membantu dan memenuhi keperluan manusia lain yang dituntut oleh agama sebenarnya tidaklah terhad kepada faedah material sahaja, tetapi ia juga merangkumi memberi manfaat seperti melalui ilmu, memberi manfaat kepada orang lain melalui pendapat, nasihat, cadangan yang baik dan apa jua cara.
Rasulullah Sallallahualaihi Wasallam bersabda:
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”
(HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni).
Memberikan manfaat kepada orang lain, realiti dan hakikat sebenarnya manfaatnya tersebut akan kembali untuk kebaikan diri kita sendiri. Allah berfirman:
إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ
“Jika kamu berbuat baik, sesungguhnya kamu berbuat baik bagi diri kamu sendiri”
QS. Al-Isra:7
Rasulullah Sallallahualaihi Wasallam juga ada bersabda:
مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ الله فِي حَاجَتِهِ
“Barangsiapa membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan membantu keperluannya.”
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Rasulullah Sallallahualaihi Wasallam juga menegaskan perkara ini dengan bersabda:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ الله عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ, ةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ الله عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
“Barang siapa yang memudah kesulitan seorang mu’min dari apa jua kesulitan-kesulitan dunia, Allah akan memudahkan segala urusannya pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang memudahkan orang yang sedang dalam kesulitan niscaya akan Allah memudahkan baginya di dunia dan akhirat”
(HR. Muslim).
Bahkan memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain adalah amalan yang paling dicintai oleh Allah, tidakkan kita ingin dicintai Allah?
MANUSIA YANG PALING DICINTAI OLEH ALLAH
Daripada Ibnu Umar RA Rasulullah SAW bersabda:
أحبُّ الناس إلى الله أنفعهم للناس،
“Manusia yang paling dicintai oleh ALLAH adalah yang paling bermanfaat untuk manusia.
وأحبُّ الأعمال إلى الله عز وجل، سرور تدخله على مسلم،
Dan amalan yang paling dicintai oleh ALLAH adalah
1️⃣ kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin,
تكشف عنه كربة
2️⃣ Atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya,
أو تقضي عنه دينا
3️⃣ Atau engkau membayarkan hutangnya,
أو تطرد عنه جوعا
4️⃣ Atau engkau hilangkan kelaparannya…”
(HR Tabarani)
Marilah kita berusaha untuk mendatangkan kebaikan dan memberikan manfaat kepada seramai mungkin makhluk dan para hamba Allah yang lain
1 Comment
1-ilmu itu seperti cahaya kalau tak ada ilmu maka gelap lah masa depan
2-marketing sangat peting dalam bisnes kita
3-usahawan mesti ada ilmu untuk bena besnes berjaya