Di saat musim cuti sekolah dan perayaan menjelma, pemilik perniagaan kecil pastinya merasai tekanannya yang tersendiri.
Selain kewajipan peribadi mereka yang harus dilunaskan, ada juga di kalangan usahawan yang perlu bekerja lebih lama untuk mengimbangi hari cuti pekerja, bergelut untuk mendapatkan inventori daripada pembekal yang tegang dan merasakan tekanan daripada pesaing besar mereka untuk menawarkan jualan bermusim.
Dalam usaha untuk memajukan ekonomi tempatan, kita boleh menunjukkan sokongan kita dengan membeli produk daripada pemilik perniagaan kecil ini.
Dengan memberikan sokongan kepada mereka, kita tidak hanya mengukuhkan struktur ekonomi tempatan tetapi juga dapat memupuk inovasi, kreativiti dan kelestarian dalam perniagaan tempatan.
Oleh itu, langkah-langkah positif dan berkesan perlu diambil untuk mendorong dan memajukan usahawan tempatan agar mereka dapat terus berkembang dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif.
1. Tinggalkan ulasan yang positif
Anda mungkin berasa sulit untuk meluangkan masa bagi duduk dan menulis ulasan. Tetapi,percayalah tindakan kecil anda ini benar-benar mampu memberi impak kepada pemilik perniagaan.
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk meningkatkan rating mereka kerana pembeli baharu berkemungkinan menyemak imbas dan membaca ulasan untuk memilih hadiah terbaik untuk orang tersayang mereka.
Sama ada anda telah membuat pembelian pakej percutian baru-baru ini atau membeli produk-produk kecil yang lain, tinggalkan ulasan untuk perniagaan mereka bagi menggalakkan orang lain pula membeli-belah di sana.
2. Beli secara tempatan
Membeli-belah produk tempatan mendatangkan banyak faedah kepada banyak pihak. Secara tidak langsung, anda dapat membantu merangsang ekonomi tempatan dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.
Marketplace ialah sumber dalam talian yang menampilkan pelbagai jenis perniagaan yang boleh dicari mengikut kategori dan geografi supaya anda boleh mencari perniagaan yang hampir dengan rumah.
Jika anda mendapati tiada banyak pilihan berhampiran tempat tinggal anda, anda boleh mencarinya dengan lebih meluas lagi melalui laman web e-dagang di internet.
3. Beli kad hadiah (Gift Card)
Membeli kad hadiah adalah cara yang bagus untuk menyokong dan membantu mereka mengekalkan momentum mereka selepas musim cuti. Namun, tak semua perniagaan yang menjual kad hadiah ini.
Jualan berkemungkinan akan berkurangan apabila musim perayaan sudah berakhir. Tapi, jika anda membeli kad hadiah, anda dapat membantu mendorong trafik ke perniagaan mereka untuk suatu masa nanti.
Selain itu, jika anda sudah runsing dan tak tahu nak beli produk apa untuk dijadikan hadiah, maka ini adalah hadiah yang sesuai diberikan di saat-saat akhir.
4. Beritahu rakan anda (mouth to mouth)
Salah satu pemacu jualan yang paling penting untuk pemilik perniagaan kecil ialah pemasaran dari mulut ke mulut. Jika anda baru-baru ini anda membeli produk daripada peniaga tempatan dan menyukai produk tersebut, maka anda perlu beritahu rakan dan keluarga anda!
Jika anda ingin mempamerkan pembelian baharu yang anda suka, tag akaun perniagaan tersebut di media sosial.
Terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menyebarkan berita tentang perniagaan kecil yang anda sukai yang sekaligus turut dapat membantu orang dalam komuniti anda untuk mencari produk berkualiti untuk dicuba.
Melalui pembelian ini, anda bukan sahaja dapat mencari hadiah yang sempurna untuk membuatkan orang yang anda sayangi berasa lebih istimewa, tetapi anda juga akan dapat memberikan rangsangan hebat kepada perniagaan tempatan dalam komuniti anda.